JENNORTHO MIDVALLEY TAWARKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN TAPAK KAKI PERCUMA!

Korang tahu tak jenis tapak kaki korang yang mana satu? Kalau nak tahu, tapak kaki kita boleh diklasifikasikan kepada 5 jenis iaitu (1) Normal, (2) Pronated, (3) Flat, (4) Severe Flat dan (5) High arch. Kenapa penting sangat kena tahu jenis tapak kaki? Sebabnya, kalau korang salah pilih kasut yang sesuai dengan jenis tapak kaki, maka korang akan alami sakit kaki walaupun kasut tu baru je beli. Jujurnya, aku pun tak tahu sangat pentingnya untuk tahu jenis tapak kaki sehingga aku dapat informasi tambahan dari doktor pakar, Dato Dr Edmund Lee dari JennOrtho, MidValley.


Secara mata kasar, korang boleh kenalpasti jenis tapak kaki korang yang mana satu. Nak tahu macam mana caranya? Korang just perlu berdiri dan selidik bentuk tapak kaki korang especially tengok pada bahagian lengkungan antara ibu jari kaki dengan tumit kaki. Cuba berdiri dan check sekarang!

  1. Flat feet - Bentuk tapak kaki yang tiada lengkungan langsung antara ibu jari kaki dengan tumit
  2. Normal feet - Ada lengkungan normal antara ibu jari kaki dengan tumit
  3. High arch - Lengkungan yang terlalu besar antara ibu jari kaki dengan tumit

Secara mata kasar, dengan menganalisa jenis lengkungan pada tapak kaki korang, korang dah boleh tahu korang dalam kategori tapak kaki yang normal, flat ataupun high arch. Cuma, kalau korang nak analisis yang lagi tepat, korang kena refer pakar seperti JennOrtho yang baru dibuka di MidValley. Mesti korang ingat kena bayar mahal kan untuk buat check-up tapak kaki? Ya, kalau jumpa doktor pakar, sekurang-kurangnya kena caj dalam RM250 untuk satu sesi. But, don't worry! Ada berita baik kalau korang pergi ke JennOrtho, korang akan dapat buat pemeriksaan kesihatan tapak kaki secara PERCUMA!


Jadi, untuk korang yang mengalami masalah sakit kaki, sakit lutut, sakit pinggang, sakit-sakit badan dan sebagainya, salah satu faktor kita alami kesakitan tersebut adalah disebabkan oleh tapak kaki kita. Tapak kaki kita bekerja keras dalam menampung berat badan kita. Bayangkan kalau kita tak pernah nak faham bentuk tapak kaki kita dan lebih parah kita membeli kasut untuk dipakai sesuka hati tanpa menghiraukan jenis tapak kaki kita sendiri. Akibatnya, kita berdepan dengan masalah kesihatan dalam tak sedar dek kerna sikap kita yang tak cakna dengan kesihatan tapak kaki kita. Kalau boleh kesan masalah tapak kaki dari awal (kanak-kanak) atau sebelum berusia 14 tahun, paling tidak kita masih lagi  boleh buat rawatan kerana tulang kaki masih lembut. Tapi, kalau dah usia 20-an dan 30-an ataupun lebih berusia, sudah tentu susah. Satu-satunya cara yang ada adalah dengan mengenalpasti jenis kasut atau pelapik kasut (insole) yang sesuai dengan jenis tapak kaki kita.


Jadi, di kesempatan ini aku nak share serba-sedikit pengalaman aku sendiri berkunjung ke JennOrtho, MidValley. Aku harap dengan perkongsian aku kali ini dapat memberi kesedaran kepada orang di luar sana untuk jadi lebih cakna (prihatin) dengan kesihatan tapak kaki masing-masing agar tidak memudaratkan mereka di kemudian hari. Personally, aku nasihatkan agar setiap orang yang mengalami masalah kaki digalakkan untuk bertemu dengan pakar ortotik seperti Dato Dr Edmund Lee bagi menjalani rawatan dan khidmat nasihat. Apa proses yang perlu korang jalani kalau berkunjung ke JennOrtho? Jom, aku kongsikan!


1. Free Foot Alignment Check

Tadi korang dah check kan anggaran jenis tapak kaki korang yang mana satu? Di JennOrtho, korang akan melalui proses scanning untuk tentukan jenis tapak kaki. Kalau secara mata kasar, kita boleh tentukan 3 jenis tapak kaki. Tapi, dengan bantuan teknologi scanner ni, kita boleh dapatkan keputusan yang lagi tepat secara kualitatif dan kuantitatif. Paling penting, ia PERCUMA! 



2. Consultation Session

Selesai buat scanning jenis tapak kaki dan print-out result, staff JennOrtho akan bagi penjelasan tentang keputusan jenis tapak kaki. Berdasarkan keputusan tadi, kita akan dapat kenalpasti masalah kesihatan tapak kaki kita dan beberapa kaedah untuk atasi masalah. Antara cadangan yang diberikana adalah dengan menggunakan pelapik kasut (insole) mengikut kaki kita. Actually, insole yang ditawarkan di JennOrtho ada dua jenis iaitu (1) ready-made dan (2) custom-made. Then, korang juga boleh dapatkan kasut yang ditawarkan di sini berdasarkan jenis tapak kaki korang.



3. Ukur saiz kasut dan pelapik kasut (insole)

Dalam memilih kasut untuk dibeli, kita kena pastikan jenis tapak kaki kita. Orang yang mempunyai tapak kaki flat dan tapak kaki jenis high arch memerlukan jenis kasut yang berbeza. First, kita kena ukur size. Tips yang aku dapat semasa proses ukur saiz kasut adalah kita mestilah pilih saiz yang sedikit besar dari saiz kaki kita. Dengan kata lain, jangan terlalu ketat. Kasut yang sedikit besar membolehkan kita untuk letak pelapik kasut (insole) untuk keselesaan dan rawatan masalah kesihatan tapak kaki. Lagi satu, untuk proses rawatan, kita disarankan untuk memakai insole lebih kurang 1-3 jam sehari. Paling penting, insole yang kita pakai adalah bersesuaian dengan jenis tapak kaki dan masalah yang kita hadapi. 




4. 3D Custom Medical Orthotics

Kalau korang menghadapi masalah yang kronik, salah satu alternatif yang ditawarkan di JennOrtho adalah dengan menjalani rawatan Perubatan Ortotik Custom 3D (3D Custom Medical Orthotics). Kaedah ini lebih tepat dalam merawat masalah kesihatan tapak kaki yang dihadapi kerana kita dapat ukur tapak kaki kita menggunakan shoe inserts atau insoles yang direka khas untuk kasut kita seperti kasut sukan dan kasut kasual. 3D Custom medical orthotics dapat membantu kaki kita untuk berfungsi dalam keadaan baik. Paling penting, kaedah ini sekaligus dapat menghilangkan rasa kesakitan yang dialami seperti kesakitan di bawah tapak kaki, pergelangan kaki, lutut, pinggul dan punggung.


5. Dapatkan pelapik kasut (insole) dan kasut yang bertepatan

Last but not least, selepas pertimbangkan segala nasihat dan pandangan daripada pakar, korang boleh decide untuk dapatkan produk yang terbaik untuk diri sendiri. Untuk pastikan kita dapatkan kasut atau insole yang bertepatan dengan masalah kita, kita kena pastikan bila dipakai kita rasa selesa. Aku suka dengan design kasut yang ditawarkan di JennOrtho. Walaupun ia menitikberatkan soal kesihatan, namun soal fashion dan design juga diutamakan seiring dengan trend terkini! 



6. Dapatkan diskaun sehingga 50%

Sempena dengan pembukaan JennOrtho outlet di MidValley, sekarang berlangsungnya jualan dengan menawarkan diskaun sehingga 50%. Bagi aku, ini adalah masa yang sesuai untuk dapatkan produk terbaik untuk penjagaan kesihatan kaki dari JennOrtho. Selain dapat FREE Foot Alignment Check dan FREE Consultation dari Dato Dr Edmund Lee, korang juga berpeluang untuk dapatkan produk JennOrtho pada harga yang jauh lebih murah dari biasa. So, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang!



Kalau korang bertuah, korang boleh jumpa sendiri face-to-face untuk chit-chat dengan Dato Dr Edmund Lee. Beliau bukan calang-calang orang. Beliau merupakan Renowned Podiatric Biomechanics Expert in Asia. Satu perkara yang aku suka dengan beliau, selain dari friendly dan humble, beliau sangat helpful dalam memberikan penerangan yang terperinci tentang kesihatan tapak kaki. Banyak ilmu baru yang aku dapat daripada beliau. Thank you Dr!



Oh lagi satu aku nak bagitahu, di JennOrtho ni bukan setakat kasut untuk orang dewasa, malah kat sini juga ada menyediakan kasut dan produk untuk kanak-kanak. Kalau korang ada anak-anak yang alami masalah sakit kaki ataupun masalah tapak kaki rata dan sebagainya, aku syorkan korang bawa ke sini untuk dapatkan rawatan awal. Pelbagai design dan produk untuk dewasa dan kanak-kanak ada di JennOrtho.




Kalau korang nak tengok video pengalaman aku sendiri ke JennOrtho MidValley, KL korang boleh tengok di Youtube Channel aku. Aku ada share video VLOG dan berkongsi pengalaman di JennOrtho. Link: JennOrtho, Midvalley Kuala Lumpur!



Jadi, kalau korang berminat untuk dapatkan rawatan tapak kaki atau khidmat nasihat tentang kesihatan tapak kaki, jangan lupa berkunjung ke JennOrtho. Untuk info lanjut, korang boleh rujuk laman sesawang ataupun laman media sosial JennOrtho. Cekidout!

Lokasi:
JennOrtho
S-011, 2nd Floor, Mid Valley Megamall, 
Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 
59200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (setiap hari)


Website:

Facebook:

Instagram:

Post a Comment

0 Comments