MECAN TRADE REALISASIKAN IMPIAN UNTUK MEMILIKI E-SHOP SENDIRI!

Pernah tak korang ada impian untuk ada business sendiri satu hari nanti? Aku pernah berangan sejak dari zaman kanak-kanak lagi, suatu hari nanti aku nak ada business sendiri.  Minat aku dalam berniaga bermula dari kecil lagi. Titik-tolak aku mula berniaga masa umur 11 tahun. Masa tu, aku start berniaga kecil-kecilan jual Kek Appollo. Dari situ, berkembang jadi kedai runcit. Tak ada kedai runcit khas, cuma berniaga di bahagian dapur rumah. Kemudian, bila kena sambung belajar ke sekolah berasrama penuh ketika tingkatan 1, aku terpaksa lupakan business kedai runcit. Tetapi, semangat dan minat dalam perniagaan aku tetap teruskan dengan turut serta dalam Program Usahawan Muda. Pendek kata, dari dulu sampai sekarang, aku sentiasa berniaga. Tak kira lah produk apa sekalipun, aku memang suka berniaga. Cuma, akibat kekangan masa dek kerja hakiki, aku tak dapat nak fokus 100%. Jadi, aku buat sekadar suka-suka untuk isi masa lapang time waktu weekend je. Sampai satu tahap, member-member cakap, "Ko ni dah macam kedai runcit! Semua benda nak jual". Dari situ, aku ambil kata-kata orang sekeliling sebagai permulaan untuk aku terus berangan nak ada kedai runcit sendiri iaitu MOKA MART. InsyaAllah, one fine day!


MeCan Trade Realisasikan Impian

Tapi angan-angan tetap jadi angan-angan disebabkan kekangan masa. Bermula dari cita-cita dan angan-angan kosong macam ni, siapa sangka hari ini aku dah ada MOKA MART sendiri. Walaupun tiada kedai runcit fizikal seperti yang aku idam-idamkan dalam imiginasi aku selama ini, tetapi untuk kick-start dengan ada e-shop macam ni sudahpun memadai. Kenapa aku cakap memadai? Kerana dalam masa yang singkat, tidak perlukan modal, tak perlu ada staff, tak ada risiko untuk rugi, aku dapat memiliki e-shop yang user-friendly dengan inrterface yang sangat catchy. Sesuai dengan keadaan dan permintaan semasa zaman sekarang yang mana semua orang lebih suka untuk membeli-belah di atas talian (online), MeCan Trade adalah pilihan yang tepat bagi aku untuk masa sekarang. Terima kasih kepada MeCan Trade kerana telah merealisasikan impian aku untuk memiliki e-shop sendiri menjadi realiti. Dari MOKA MART, sekarang aku dah ada e-shop iaitu https://moka.mecan.trade/




Jadi, untuk perkongsian kali ini aku berbesar hati nak share dengan semua readers tentang MeCan Trade dan apa yang aku jual di platform e-shop aku sendiri. Mana tahu, ada member-member kat luar sana pun berminat untuk ada e-shop sendiri macam ni juga kan? Untuk korang yang tak berminat, don't worry. Korang still boleh register sebagai shoppers. Orang kata, benda baik mesti dikongsi bersama. Semoga perkongsian aku kali ini bermanfaat untuk semua especially untuk korang yang tengah mencari pendapatan sampingan di waktu genting macam sekarang yang penuh cabaran dalam menangani kemelut ekonomi dan wabak COVID-19.

MeCan Trade

Untuk pengetahuan korang, MeCan Trade merupakan one-stop centre untuk membeli-belah atas talian (online) yang menawarkan pelbagai jenis barangan dan jenama. Sebut saja produk apa, dari keperluan asas, kosmetik, makanan segar dan macam-macam lagi, semua ada dijual di platform MeCan Trade. Macam mana nak join MeCan Trade? Caranya mudah sahaja. Korang just perlu daftar. Actually, ada beberapa kategori untuk turut serta dalam MeCan Trade iaitu sebagai (1) Penjual (Seller), (2) Pembeli (buyer), (3) Duta (Ambassador) ataupun (4) Shoppers. Apa beza setiap kategori ni?

  1. Penjual (Seller) - Untuk korang yang ada produk sendiri untuk diniagakan
  2. Pembeli (Buyer) - Untuk korang yang nak jadi distributors/resellers untuk sesuatu produk
  3. Duta (Ambassador) - Untuk korang promote dan jual sesuatu produk dan ada e-shop sendiri
  4. Pembeli (Shoppers) - Untuk korang yang nak beli produk dari MeCan Trade


Selepas kenalpasti korang nak jadi ahli MeCan Trade sama ada Seller, Buyer atau Shopper, korang hanya perlu daftar akaun. Kalau korang register sebagai Shopper, korang boleh start pilih barang atau produk mengikut jenama yang korang suka untuk beli. Macam aku sekarang ni, aku join sebagai Seller iaitu dalam kategori Ambassador Programme. Jadi, aku dah ada e-shop sendiri yang boleh customise nama kedai sendiri. Then, aku boleh start promote e-shop dan tunggu customer untuk beli apa-apa produk yang ada untuk dapatkan keuntungan. Setiap pembelian akan mendatangkan keuntungan tanpa perlu keluarkan sebarang modal dan tanpa perlu pening kepada untuk jaga stok dan penghantaran (postage). Mudah kan?



Kalau korang nak lagi faham proses dan kategori ahli MeCan Trade, korang boleh rujuk gambar rajah kat bawah ni. Secara ringkasnya, MeCan Trade adalah platform e-commerce yang cukup lengkap dengan menawarkan pelbagai jenama dan pelbagai jenis produk. All in one!



MeCan Trade mempunyai ibu pejabat di Kuala Lumpur. Sehingga kini, syarikat ini sudah diperkenalkan di Malaysia, China, Thailand dan Indonesia. Untuk masa akan datang, MeCan Trade akan terus berkembang ke beberapa buah negara serantau iaitu ke Singapura, Vietnam, Cambodia, Laos dan Myanmar. Memandangkan keadaan semasa dengan isu pandemik COVID-19 berlarutan, model perniagaan yang dijalankan di seluruh dunia pun kini berbeza. Dari perniagaan yang ada kedai fizikal, sekarang ni makin ramai yang memulakan online business. Untuk masa akan datang, pastinya semua syarikat akan pilih untuk go digital dengan modal dan kos operasi yang lebih rendah. Apa yang istimewa dengan MeCan Trade? Semestinya kita boleh generate pasive income dengan cara paling mudah dan konsisten tanpa perlu keluarkan modal dan tak perlu tanggung risiko kerugian. MeCan Trade ni sesuai untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan langkah pertama sebagai seorang usahawan.


Antara faktor yang mendorong aku untuk turut serta dalam MeCan Trade adalah seperti berikut:

  1. Mudah untuk set-up e-shop
  2. Tak perlu keluarkan modal atau kos operasi (OPEX & CAPEX)
  3. Tak ada risiko kerugian
  4. Tak perlu fikir untuk jaga stok (inventori) dan penghantaran (postage)
  5. Sistem yang efisien termasuk order system dan payment system
  6. Program yang cukup lengkap dengan dashboard & marketing materials
  7. Hanya perlu kreatif untuk promosi produk dan e-store
  8. Ada sale, ada untung. Tak ada sale, tak ada kerugian!
  9. One stop center unntuk menghubungkan seller, buyer dan shopper di seluruh dunia
  10. Be your own boss!

Selain itu, aku percaya dengan visi dan misi pengasas MeCan Trade iaitu Mr Andy Goh yang sangat optimistik dan berpandangan jauh dalam bidang perniagaan dan teknologi. Lagipun, beliau bukan calang-calang orang. Beliau merupakan pengasas kepada Old Town dan kini merupakan pemilik rangkaian Restoran Nam Heong. Jadi, dengan pengalaman yang cukup lama serta berpengetahuan  luas dalam merangka strategi untuk bisnes, kaedah ini semestinya dapat membantu mereka yang menghadapi masalah di dalam perniagaan ketika ini atau mereka yang ingin memulakan perniagaan  atas talian (online) tetapi tiada modal untuk mencuba sesuatu yang baru seperti MeCan Trade.

MOKA MeCAN Trade

Okey, back to my own e-shop. Macam mana aku ada e-shop sendiri? Seperti yang aku carita tadi, aku menyertai program Duta (Ambassador) MeCan Trade. Jadi, sekarang apa yang aku perlu fikir adalah untuk kemasikini katalog produk di e-shop aku. Lagi best, segala gambar (banner) dan info semuanya lengkap disediakan oleh pihak MeCan Trade. Kalau korang ada skill design poster atau banner, it's a bonus. Nanti, korang boleh customize poster/banner sendiri untuk letak dalam e-shop.


Dah settle kemaskini katalog produk dan interface, apa yang aku lakukan sekarang adalah mempromosikan produk yang ada dalam e-shop menggunakan platform sosial media yang aku ada iaitu Blog, Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Untuk urusan jual-beli di platform MeCan Trade, aku tak perlu risau. Dari pendaftaran shopper, prosedur, pembelian, pembayaran, penghantaran semuanya akan diuruskan dalam satu sistem oleh pihak MeCan Trade. Tugas aku hanya perlu buat promosi untuk menghubungkan penjual dan pembeli secara tidak langsung. Apa yang aku suka tentang e-shop aku adalah dari segi variasi produk. Terdapat plebagai produk dan jenama yang ditawarkan tak kira produk lokal mahupun produk antarabangsa, semuanya ada. Menarik kan?


Okey, jom aku kongsikan antara 2 produk yang bagi aku menarik untuk korang cuba. Kalau korang berminat nak beli, korang boleh dapatkan dari e-shop aku ye. 

1. Jobbie

Jobbie merupakan jenama peanut butter yang terkenal. Apa yang menjadikan Jobbie lebih istimewa berbanding produk peanut butter lain di dunia adalah kerana dari segi kualiti bahan dan rasa. Jobbie menitikberatkan bahan berkualiti dan 100% semulajadi dan berkhasiat. Kalau korang peminat peanut butter macam aku, aku recommend korang try produk ni. Serious, memang berbaloi!



Ada 4 variasi pilihan iaitu:
  1. Classic Chunky - Peanut butter with crunchy nuts inside
  2. Classic Creamy - Smooth & creamy texture peanut butter
  3. Chunky Pure - Sugar & salt free crunchy peanut butter
  4. Creamy Pure - Sugar & salt free creamy texture peanut butter

Kalau korang berminat nak beli Jobbie untuk breakfast atau untuk bawa pergi picnic, korang boleh order di Jobbie.

2. Vanzo

Produk seterusnya adalah Vanzo. Vanzo merupakan penyegar udara untuk kenderaan yang dihasilkan daripada ekstrak tumbuhan. Paling penting, ia bebas daripada bahan kimia dan tidak mengandungi alcohol, formaldehyde, benzene dan toluene. Vanzo merupakan produk keluaran Ogawa & Taiyo Corporation dan cukup sinonim dalam pasaran produk wangian antarabangsa untuk tempoh lebih 125 tahun terutama sekali di Jepun dan Asia. Ia diyakini selamat dan berkualiti.


Produk Vanzo adalah produk wangian khas untuk kenderaan. Paling penting, semua produk yang diperkenalkan ini telah mendapat kelulusan daripada MSDS International Standard Test Report, telah lulus ujian SGS dan diiktiraf dengan menerima Certificate of Analysis. 

Tips: Wangian jenama Vanzo mampu untuk bertahan  sehingga 60 hari


Actually, Vanzo menawarkan 2 variasi pilihan iaitu (1) Dashboard Series dan (2) Aircond vent series. Untuk setiap pilihan, Vanzo menawarkan 3 variasi wangian iaitu:

Dashboard Series
  1. English Pear and Freesia 1818
  2. LX Secret Musk 1616
  3. LX Velvet Musk 1717 
Aircond Vent Series
  1. Miniature English Pear and Freesia 658
  2. Miniature LX Secret Musk 656
  3. Miniature LX Velvet Musk 657

Dari segi packaging produk dan kualiti, aku berpuas hati. Dengan wangian yang sangat menenangkan, memang best untuk letak dalam kereta sebagai terapi especially ketika menhadapi perjalanan yang jauh dan kesesakan lalu-lintas. Dari segi harga, memang berpatutan dengan kualiti produk. Highly recommended!



Untuk korang yang berminat untuk dapatkan produk Vanzo untuk letak dalam kenderaan sendiri atau plan nak bagi hadiah untuk sesiapa, korang boleh dapatkan di Vanzo.


Jadi, itulah serba-sedikit perkongsian aku tentang MeCan Trade. Kalau korang pun berminat untuk ada e-shop sendiri, bolehlah daftar. Ataupun, korang boleh daftar unruk jadi shopper dan start untuk shopping di e-shope aku ye. Selain dari produk Jobbie dan Vanzo, actually ada banyak lagi produk-produk lain yang aku jual. Korang klik je link https://moka.mecan.trade/ dan tengok produk apa yang korang berminat. Macam-macam ada, dan pastinya semua barang yang dijual adalah pada harga yang mampu milik dan berbaloi-baloi. Check it out! Don't forget to support my online shope ya. Thank you!

Post a Comment

0 Comments