FATIN'S KITCHEN TEMPAT MAKAN BEST DI DANAU KOTA

Danau Kota adalah syurga makanan buat warga kota Kuala Lumpur. Sebut sahaja nak makan apa, semua ada. Terdapat banyak pilihan restoran di sini. Untuk perkongsian kali ini, aku tertarik untuk bercerita serba-sedikit tentang satu lokasi yang mesti korang singgah dan cuba kalau bertandang ke kawasan Danau Kota atau mencari tempat lepak sekitar Kuala Lumpur. Untuk perkongsian kali ini, jom kita tengok apa yang menarik tentang Fatin's Kitchen iaitu salah satu restoran makan terbaik di Danau Kota. 

Bagi korang yang suka Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) atau suka bawa keluarga atau kawan-kawan keluar makan, korang boleh consider untuk singgah di Fatin's Kitchen. Menu yang ditawarkan di sini memang bertaraf 5 bintang, tapi harga cuma 2 bintang. Jadi, jangan risau. Confirm, dompet korang tak rabak kalau makan kat sini. Tetapi, gerenti puas hati!



Mesti korang tertanya-tanya, "Apa yang special sangat di Fatin's Kitchen?". Kalau korang nak tahu, Fatin's Kitchen mempunyai keunikan tersendiri. Antaranya menyediakan suasana tempat makan yang santai, bersih dan moden. 

Dari segi makanan pula, jangan risau. Fatin's Kitchen menawarkan menu yang wow dan memang rare. Antara menu yang mencuri perhatian aku sendiri adalah NASI LEMAK RENDANG RUSA, KAMBING BAKAR MONGOLIA STYLE, NASI LEMAK AYAM KALASAN dan banyak lagi.

Paling penting, juadah yang dihidangkan di Fatin's Kitchen ini disediakan oleh bekas chef hotel bertaraf 5 bintang. Jadi, korang tak perlu risau dari segi rasa dan kualiti juadah yang dihidangkan. Tetapi, dari segi harga memang berpatutan. Korang pasti terkejut dengan harga promosi yang ditawarkan di Fatin's Kitchen.


Dengan sentuhan dekorasi terkini bersama menu masakan yang pastinya cukup enak, Fatin’s Kitchen memang sesuai untuk dijadikan pilihan lokasi untuk gathering, lepak santai makan bersama keluarga dan kawan-kawan mahupun untuk dijadikan lokasi event atau surprise birthday party. 

Aku pun baru tahu, sekarang ni Fatin’s Kitchen juga ada menyediakan pakej khas untuk mereka yang berhajat atau merancang untuk mengadakan majlis ringkas di Hall Fatin’s Kitchen. 

Kalau korang merancang untuk adakan apa-apa majlis, tetapi masih belum ada tempat, aku cadangkan korang pilih Fatin's Kitchen sebagai lokasi. Antara majlis yang korang boleh buat di sini adalah:

  1. Annual Dinner
  2. Majlis Seminar
  3. Majlis sambutan hari jadi
  4. Gathering rakan sekolah/pejabat
  5. Makan-makan bersama family
  6. Candle Light Dinner

Pendek kata, Fatin’s Kitchen adalah salah satu restoran yang menyediakan pakej lengkap termasuk menu masakan bertaraf 5 bintang dan dekorasi menarik untuk para pelanggan. Selain itu, korang juga boleh dapatkan menu Fatin's Kitchen secara atas talian (online).

Apa tunggu lagi? Jangan lupa untuk terjah Fatin's Kitchen iaitu tempat makan best di Danau Kota yang menawarkan menu terbaik daripada bekas chef hotel 5 bintang. Kalau korang mengidam nak makan Kambing Bakar Mongolia sedap atau Nasi Lemak Rendang Rusa Danau Kota, hah di sini lah tempatnya. Untuk maklumat lanjut mengenai Fatin's Kitchen, korang boleh layari Facebook page ataupun Instagram mereka. Check it out! 

FATIN'S KITCHEN
Platinum Walk, Jalan Langkawi, Setapak

Waktu Operasi:
12 tengah hari - 12 malam

Facebook page:

Instagram: 

Post a Comment

0 Comments