Ayam Goreng Mala-Tup Marrybrown

Sekarang ni macam-macam menu baru yang muncul. Selaku kaki makan, apa je yang baru keluar nemang terus rasa nak cuba. Haiyak, nafsu makan memang membuak-buak. CMCO tak menghalang untuk kita semua mencuba menu terbaru dengan adanya perkhidmatan penghantaran (delivery). Lagi-lagi musim Work From Home (WFH), jadi food delivery adalah pilihan paling ideal.


Kali ini, giliran Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas Halal milik anak tempatan No.1 di Malaysia iaitu Marrybrown pula tampil memperkenalkan menu terbaru mereka. Marrybrown mempertaruhkan hidangan Ayam Goreng MALA-TUP (MB Mala Fried Chicken). Hidangan ini mula ditawarkan di outlet Marrybrown bermula dari 28 Oktober 2020 sehingga 13 Disember 2020. Limited time only! So apa tunggu lagi guys? Jangan lepaskan peluang. Biasanya, menu-menu terbaru dari Marrybrown tak pernah mengecewakan. Rugi kalau korang tak cuba sendiri. Bila lagi nak uji tahap kepedasan korang, hehe.


Hidangan kali ini memang kena dengan tagline Marrybrown iaitu “something different”. Ayam Goreng MALA merupakan gabungan meletup lada Sichuan yang diperap dengan cili kering khas. Ia akan memberikan pengalaman yang luar biasa terutama sekali kepada peminat makanan pedas. Kehangatan Mala dapat dinikmati seawal gigitan pertama. Ia menjanjikan rasa sedap dan pedas yang memukau!


"Inspirasi utama dalam menghasilkan menu terbaharu ini datangnya dari minat dan rasa cinta anak-anak Malaysia pada santapan penuh rempah sambil mengikuti trend ledakan Mala.

Rakyat Malaysia seringkali dikaitkan dengan rasa cinta-benci pada rempah ratus namun sebenarnya ia tidak dapat dipisahkan - ketagihannya bagai dilamun cinta! Sama ada dalam nasi lemak, atau hidangan tumisan seharian, rakyat Malaysia sentiasa memerlukan rempah ratus untuk melazatkan setiap hidangan! Sejak kebelakangan ini, Mala sudah menjadi hidangan yang digilai ramai, jadi kami menyediakan versi yang halal untuk santapan semua."

Dato’ Joshua Liew, 
Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown

Marrybrown telah berjaya mencipta menu yang hebat dengan memastikan rasa Mala dipadankan secara seimbang dengan rempah ratus lain untuk citarasa yang lebih lazat dengan tahap kepedasan yang tepat dan tidak terlalu kuat. Hasilnya, sekarang ini kita boleh menikmati MB Mala Fried Chicken yang hangat dan pedas di Marrybrown bukan hanya dengan satu jenis hidangan sahaja, tetapi mereka menawarkan sehingga empat pilihan hidangan yang berbeza. Ohsem!

Ayam Mala 2pcs Combo
Harga dari RM15.90


Ayam Mala 3pcs Combo
Harga dari RM18.80

Ralat: Guys, actually Fries (ubi kentang) tu sekali dengan Set Mala-Tup Box Meal. Tersalah letak dalam dalam pinggan Set Ayam Goreng Mala-tup ni, haha. Ya ampun, excited punya pasal nak makan.

Bubur Ayam Mala-tup Combo
Harga dari RM14.60

Mala-tup Box Meal
Harga dari RM22.60


Peminat ayam goreng mempunyai dua pilihan kombo iaitu Ayam Goreng Mala 2-pcs atau Ayam Goreng Mala 3-pcs. Kedua-dua set kombo ini dihidangkan bersama Mashed Potato dan Vegetable Salad.


Bagi yang nak menikmati kepedasan pada tahap sederhana, set Kombo Bubur Ayam MALA adalah pilihan terbaik. Bubur MB yang sedap ini akan dapat menghilangkan rasa kepedasan Ayam Goreng Mala. Jangan risau, korang tetap dapat menikmati kelazatan Mala.

Bagi mereka yang gila-gila dan berani menyahut cabaran untuk pengalaman Mala maksima, Mala Box Meal adalah pilihan terbaik dengan gabungan Ayam Goreng Mala, Chicken Burger, Vegetable Salad dan onion ring rangup. Set kombo ini juga dihidangkan bersama kentang goreng Mala yang dihidangkan bersama serbuk cili MALA. Ini memang betul-betul MALA-tup!

Kesemua set kombo ini ditawarkan pada harga yang sangat berbaloi iaitu bermula dari RM14.60 dan ke atas. Untuk setiap hidangan kombo, ia dihidangkan bersama minuman Coca-Cola yang menyegarkan untuk mengatasi kepedasan dan kehangatan.

Personally, aku suka dengan hidangan Ayam Goreng Mala-Tup dari Marrybrown. Sebagai orang yang suka makan makanan pedas, bagi aku tahap kepedasannya masih di tahap yang biasa-biasa. Apa yang aku suka, rasa Mala yang tak keterlaluan dan rasa rempah-ratus yang seimbang memberikan kombinasi yang sangat "umph". Rasa kehangatan dan kesedapan dalam setiap gigitan memang sangat memuaskan. So guys, korang kena try. Dah cuba nanti, jangan lupa tinggalkan komen ye.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi terkini dan perkhidmatan penghantaran (delivery), korang boleh layari: 

Delivery: 

Facebook: 

Instagram: 

Twitter: 

YouTube: 

Selamat mencuba Ayam Goreng Mala-tup dari Marrybrown!

Post a Comment

1 Comments