MARRYBROWN EGG-STRA ONG MEALS

Rasanya tak terlambat lagi nak ucap Selamat Tahun Baru 2021 kepada semua. Macam mana dengan tahun baru 2021 korang so far? Bagi aku, still tengah adapt dengan norma baharu. Lagipun, sekarang ni kita semua kena patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Aku still lagi kena Work From Home (WFH) sampai ke hari ini. Alhamdulillah, aku sempat pindah ke rumah baru pada hujung tahun 2020 sebelum balik bercuti hujung tahun di kampung. Just nice, balik je KL awal Januari 2021, terus kerajaan umum PKP 2.0! Jadi, terkontang-kanting la kat sini sorang-sorang. Bezanya, kali ini kita lebih bersedia untuk hadapi PKP. Cumanya, bosan sikit sebab sekarang aku duduk seorang diri. Dulu, ada juga housemate untuk sembang time PKP. Sekarang, mereput je lah kat rumah. Apapun, kita perlu buat semua ini untuk kebaikan bersama. Semoga kita semua dijauhkan dari wabak COVID19 dan sentiasa untuk patuh dengan SOP yang ditetapkan. Jaga diri, kita mesti menang!


Bila Work From Home (WFH), first thing yang aku risau adalah pasal makanan. Dulu, at least rumah sewa dekat dengan food court dan kedai-kedai makan di Sri Permaisuri. Tetapi, rumah sekarang ni jauh sikit dengan kedai-kedai makan. Nasib baik sekarang ni banyak aplikasi untuk order makanan online ada. GRAB, Food Panda dan Food Delivery. Al least, kalau hari aku malas masak atau teringin nak makan yang best-best, boleh je terus order. Aku ni pantang tengok menu baru muncul di kaca TV atau di media sosial. Terus rasa teruja nak try. Terbaru, aku dah try menu special dari Marrybrown iaitu MB Egg-stra ONG Meals.



Walaupun sekarang kita rakyat Malaysia sekali lagi diuji dengan PKP, ini bukan penghalang untuk kita menikmati makanan yang sedap di rumah. Dengan kecanggihan teknologi yang ada, kita boleh buat pesanan secara atas talian (online) dan tunggu je di depan pintu rumah untuk makanan yang kita order sampai. Memang jimat masa. Tips untuk kurangkan kos penghantaran, instead korang order 1 set sahaja, contohnya burger, korang boleh tambah order untuk beberapa meals. Setidak-tidaknya, hidangan untuk lunch dan dinner settle dan tak perlu nak order makanan lain dah. Kos penghantaran (delivery) pun sekali bayar je, jimat! 


Sempena dengan perayaan Tahun Baru Cina tak lama lagi, Marrybrown tampil dengan menu terbaru yang membuatkan semua orang "egg-citing" dan "egg-stra" happy iaitu Egg-stra ONG Meals. Paling menarik, Marrybrown adalah restoran fast food pertama yang menawarkan Nestle's pink lemonade dalam menu mereka. Menarik kan nampak color air dia?


Kepingan ayam goreng yang disaluti dengan sos telur asin (salted egg sauce) yang creamy dan sedap menjadikan Egg-stra ONG Meals digilai ramai. Mana taknya, first day dilancarkan di Shopee hari tu, sekejap je dah sold out! Fuh, kuat betul penangan burger pink dan air pink Marrybrown kali ni. Aku pun tak lepaskan peluang yang ada, terus order untuk try sendiri. Alang-alang sekarang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Work From Home (WFH), kita order online untuk delivery je. Jimat masa! Tunggu je sampai depan rumah.


Antara pilihan kombo yang ada untuk Egg-stra ONG Meals dari Marrybrown kali ini adalah (1) Egg-stra ONG Burger Combo, (2) Egg-stra ONG Chicken Combo dan (3) Egg-stra ONG Burger & Chicken Combo. Apa yang lagi menarik, Egg-stra ONG burger kali ini berwarna pink simbolik kepada kegembiraan, cinta dan empati. Nampak pinky macam ni pun dah sedap kan?

Kalau korang nak tahu, last year Marrybrown dah pernah keluarkan burger dan ayam salted-egg. Kalau korang dah pernah try last year, for sure korang dah tahu rasa dia macam mana kan? Sos telur asin (salted-egg) di Marrybrown memang pekat dan sedap. Yang mana belum try, inilah peluang yang korang ada. Cuma, this time lebih menarik sebab burger dan air yang ditawarkan berwarna pink. Memang sangat menggiurkan dan "eye-catchy". Nanti boleh la korang order untuk family sempena CNY tak lama lagi. Yang ada kekasih tu, boleh plan awal-awal buat surprise delivery untuk pasangan korang sempena Valentine's Day, eh!


Set Egg-stra ONG Burger Meal dihidangkan bersama dengan French Fries dan Nestle's Pink Lemonade. Egg-stra ONG Chicken Meal pulak dihidangkan bersama Mashed Potatoes dan Vegetable Salad. Harga untuk hidangan ini bermula serendah RM15 sahaja. Dengan penampilan istimewa Nestle's Pink Lemonade dalam hidangan, ia akan menjadikan hidangan ini unik dan menarik. Kombinasi rasa lemon dan laici, ia membuatkan kita rasa refreshing! Firs time aku minum air yang sedap macam ni. Good job Marrybrown to come out with something different.

Antara menu Egg-stra ONG Meals yang ditawarkan adalah seperti berikut. Maybe korang plan nak order untuk family dan kawan-kawan, boleh la pilih mana yang korang nak.

Egg-stra ONG Burger Combo 
Harga bermula serendah RM15


Egg-stra ONG Chicken Combo
2 pcs chicken Combo - RM16.90
3 pcs chicken Combo - RM20.70



Egg-stra ONG Burger & Chicken Combo
RM24.30



For those yang prefer buying the deals ahead of their visit to the outlets and to just walk in to redeem them, they would be thrilled to find these scrumptious deals of up to 30% off that are available exclusively on Shopee, from now until 14 February 2021:
  • Marrybrown Double Chick Delite - RM8.80 [RRP RM14.00]
  • Marrybrown Lucky Plates Combo - RM12.90 [RRP RM15.30]
  • Marrybrown 2 pcs Crispy Chicken - RM8.80 [RRP RM10.40]
  • Marrybrown Mashed Potato - RM0.80 [RRP RM3.00]

Marrybrown has introduced ShopeePay as an e-wallet payment solution in over 100 of their outlets across Malaysia to support contactless payment which is safer amid the pandemic. As such, from now till 31 March 2021, users stand a chance to experience a reward of up to RM4 cashback when they spend a minimum of RM10 with ShopeePay at Marrybrown.


Apa tunggu lagi? Jom try menu terbaru Egg-stra ONG Meals di Marrybrown sekarang. Untuk maklumat lanjut berkaitan Marrybrown dan promosi terbaru, korang boleh follow Marrybrown di laman media sosial berikut:

Facebook: 

Instagram: 

Youtube: 

Delivery: 

Post a Comment

1 Comments