Ayam Gangjeong Korea kini di Marrybrown

Musim pandemik ni, bukan setakat tak boleh nak travel ke Korea, nak balik kampung atau rentas negeri pun tak lepas. Bersabar je lah ye! Jangan berangan nak makan Gangjeong di Korea. Tapi, korang jangan bersedih. Sekarang ni, korang boleh pergi ke Korea balik hari kalau setakat nak makan Ayam Gangjeong tu. Nasib baik ada di Marrybrown! Dengar kata, Marrybrown nak bawa kita semua untuk keliling dunia dengan menu-menu yang bakal dihidangkan kepada semua. Buat masa ni, jom kita start dengan Korea. Let's, check it out!


Hah, ini dia hidangan lengkap set Ayam Gangjeong yang bakal membawa deria rasa korang melalui perjalanan yang lazat ke Korea. Kombinasi rasa yang manis dan pedas istimewa daripada Marrybrown. Korang dah cuba ke belum? Kalau belum cuba, boleh pergi ke outlet Marrybrown berdekatan sekarang. Kalau malas nak keluar, jangan risau. Marrybrown Delivery kan ada!


Annyeonghaseyo Malaysia! Jom sama-sama kita nikmati Ayam Gangjeong. Hidangan istimewa dari sentuhan inspirasi Korea hanya di Marrybrown. Hidangan yang mula menemui para pencinta makanan ala Korea bermula 8 April 2021. Bulan Ramadan ni, maybe korang pun nak tukar selera time berbuka atau sahur kan? Hah, boleh lah cuba set Ayam Gangjeong ni.


Seiring dengan tagline Marrybrown iaitu "something different" yang kini sudahpun bertahan selama 40 tahun, sekali lagi MB ingin membawa rakyat Malaysia dengan fenomena sensasi makanan Korea yang pastinya mampu memenuhi citarasa semua. Sejak penubuhannya, Marrybrown bertekad akan memastikan untuk terus menyajikan makanan lazat dan memikat citarasa rakyat tempatan. Dalam melangkah ke dekad baru, Marrybrown bersyukur kerana penggemar yang sememangnya best; masih mempercayai dan tetap menyokong. Oleh itu, Marrybrown sekali lagi memutuskan untuk membawa rakyat Malaysia mengikuti pengembaraan gastronomi ini ke seluruh dunia.

"Pencapaian kali ini adalah satu rahmat buat kami, terutamanya dalam menghadapi situasi yang tidak menentu. Kami sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang telah menjadikan makanan kami ini sebahagian daripada memori indah buat mereka,"

"Walaupun kita harus menjalani norma baharu, kami tahu kebanyakan rakyat Malaysia sedang kancheong untuk melancong ke luar negara sambil menikmati makanan budaya lain. Oleh itu, wahai rakyat Malaysia, jangan Gangjeong! kita pasti akan mendapat peluang itu. Untuk itu, biarlah kami yang membawa kegembiraan kepada anda dengan memperkenalkan makanan daripada pelbagai pelusuk dunia yang anda rindu atau tidak pernah anda alami," 

“Dengan berkonsepkan mengelilingi dunia, harapan kami agar penggemar dapat menikmati hidangan diperhentian pertama kami. Akan ada lebih banyak lagi tawaran khususnya menu-menu khas dari seluruh dunia yang pastinya akan kami sajikan kepada anda disepanjang tahun ini,"  

Dato' Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.


Ayam Gangjeong ini semestinya akan disukai dan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kerana rasanya yang sedap mampu menambat hati. Disaluti dengan gabungan mantap sos pedas kemanisan. korang boleh pilih untuk nikmati sama ada dua (2) atau tiga (3) ketul ayam dari Kombo Ayam Gangjeong yang bermula dengan harga RM17.90. 



Selain itu, korang boleh pilih set burger yang dihidangkan bersama charcoal bun iaitu Kombo Burger Gangjeong yang bermula dengan harga RM15.90. Kesemua set kombo ini disajikan dengan Potato Wedges dan segelas air Coca-Cola® Rasa Asli.


Bagi korang yang nak menikmati kedua-dua Ayam Gangjeong dan Gangjeong Burger dalam satu hidangan, Gangjeong Box adalah pilihan yang tepat. Set kombo ini lengkap dihidangkan bersama Burger Gangjeong dan dua (2) ketul Ayam Gangjeong, segelas Coca-Cola® Rasa Asli dan Potato Wedges, yang berharga RM25.80. 


Memandangkan ada juga yang jenis tak lengkap kalau makan tanpa nasi, jangan risau. Marrybrown memahami kehendak korang dengan tawaran terbaru iaitu Marrybrown rice bowl yang dijual dengan harga bermula RM11.90. Set Kombo Gangjeong Rice Bowl ini didatangkan dengan nasi kukus dan potongan ayam.


Personally, aku rasa Marrybrown tak pernah fail dalam menyajikan menu-menu terbaru mereka. Dari segi rasa, harga dan kualiti hidangan, aku sangat berpuas hati. Apa yang aku paling suka kalau datang Marrybrown adalah burger. Burger kat sini memang sedap termasuklah burger Ayam Gangjeong ni. Korang kena try!


Marrybrown kini mempunyai berjuta pengikut dan pelanggan. Kini, Marrybrown mempunyai lebih daripada 500 restoran yang terdapat di 16 buah negara dengan berobjektifkan pencapaian standard kualiti juga perkhidmatan, kebersihan serta nilai yang terbaik untuk pengalaman menu makanan yang sempurna.


Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, korang boleh rujuk laman sesawang ataupun sosial media. Check it out!

Facebook: 

Instagram: 

YouTube: 

Delivery: 

Post a Comment

0 Comments