Bufet Ramadan 2021: Me'nate Steak Hub

Untuk perkongsian kali ini, aku nak share tentang Hidangan Istimewa Ramadan bersama Me'nate Steak Hub. Memandangkan Ramadan bakal kunjung tiba beberapa hari lagi, mesti ramai yang tengah survey pakej Bufet Ramadan Murah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Jadi, memandangkan harga dan hidangan yang ditawarkan di Me'nate Steak Hub ni memang berbaloi, aku excited nak share pengalaman aku sendiri menikmati juadah yang dihidangkan sempena Majlis Preview Bufet Ramadan di Me'nate Steak Hub Shah Alam.


Korang pernah makan di Me'nate Steak Hub? Kalau korang pernah try makan, mesti tahu keenakan dan kesedapan hidangan yang dihidangkan especially steak. Pendek kata, Me'nate Steak Hub sangat sinonim dengan "the best steak in town". Jadi, kalau korang teringin nak makan steak yang sedap dan berbaloi, tak payah pergi tempat lain. Korang pergi je ke mana-mana outlet Me'nate Steak Hub, inshaAllah korang akan rasa puas hati. 


Untuk pengentahun semua, Me’nate Steak Hub adalah satu jenama restoran yang tidak asing lagi di Malaysia. Mungkin ada yang baru tahu atau dengar tentang Me'nate, kalau nak tahu Me'nate juga antara steakhouse Halal terbaik yang kita ada di Malaysia buat masa ini. Oleh itu, sempena Ramadan kali ini, Me’nate steak hub tidak ketinggalan untuk turut serta dalam memeriahkannya dengan kempen Ramadan.


Untuk Bufet Ramadan 2021, kali ini Me'nate masih mengekalkan bufet ramadan atau berbuka puasa. Tetapi, untuk Norma Baharu, Me'nate komited untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM. Kempen Ramadan kali ini bakal menyajikan lebih daripada 70 hidangan dari pelbagai pilihan makanan barat dan tempatan. Selain itu juga Me’nate Steak Hub ada menyediakan pakej Ramadan Special Group Steak untuk pelanggan-pelanggan setia Me'nate especially untuk mereka yang suka makan steak dan meninginkan kelainan ketika berbuka puasa.



Buat pertama kalinya kita semua dapat menikmati Nasi Bukhari dengan Kambing Panggang di Me'nate Steak Hub. Selain itu, terdapat pelbagai jenis hidangan lokal, Mediterranean dan Western buffet yang bakal menanti anda. Apa yang mencuri tumpuan semestinya Moroccan Roasted Potato dan juga Roasted Whole Lamb.


Mengekalkan konsep tradisi Me’nate, untuk menu berbuka puasa Me'nate mengekalkan menu steak dan makanan barat dan Mediterranean sebagai pilihan utama sajian untuk berbuka puasa. Antara hidangan istimewa yang ditawarkan adalah Kambing Panggang Bukhari bersama Nasi Mandhi yang menjadi taruhan untuk memuaskan selera para pelanggan yang meminati kambing panggang. Selain menu masakan barat, bagi memenuhi citarasa Ramadan, Me’nate juga menawarkan menu makanan tempatan lain seperti Nasi Tomato, Mee Soto,Nasi Himpit, Bubur Lambok, Mee Kari Nyonya, Kueh Teow yang digoreng panas dan sebagainya. Tidak ketinggalan, aneka jenis hidangan pencuci mulut dan kuih-muih tempatan disajikan untuk memenuhi selera para pelanggan.



Pakej buffet Ramadan di Me'nate Steak Hub menawarkan harga yang sangat berbaloi iaitu RM89.90 untuk dewasa dan RM49.90 untuk kanak-kanak. Berita baik untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia 5 tahun dan ke bawah, mereka tidak dikenakan sebarang bayaran. Yes, PERCUMA! Untuk setiap tempahan awal, pihak Me’nate akan memberi potongan sebanyak 10% sehingga 30% mengikut terma dan syarat. Juadah bufet Ramadan disediakan oleh Chef-Chef Me’nate yang berpengalaman dan semestinya memenuhi citarasa para pelanggan yang sering berkunjung ke Me’nate.


Bagi memenuhi permintaan pelanggan untuk Bufet Ramadan 2021 especially untuk mereka yang menggemari daging premium, Me’nate memperkenalkan pakej makanan barat premium yang boleh di nikmati seisi keluarga dengan harga yang berpatutan iaitu hidangan "GROUP STEAK" FAMILY PLATTER. Me’nate memperkenalkan 2 jenis pakej iaitu SET A (PREMIUM FAMILY PACKAGE) dan SET B (SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE) dimana setiap hidangan boleh dinikmati sehingga 5 ke 6 orang.






Lagi best, terdapat sebelas menu yang ditawarkan dalam setiap hidangan FAMILY PLATTER ini. Tak cukup dengan itu, Me'nate Steak Hub juga menyajikan pemanis mulut (dessert) yang diberikan secara PERCUMA dari kaunter bufet. Jangan risau, FAMILY PLATTER sempena Ramadan 2021 masih mengekalkan kualiti penggunaan daging dan bahan-bahan berkualiti untuk memenuhi permintaan pelanggan. 


Untuk memeriahkan lagi kempen Ramadan kali ini, Me’nate akan memperkenalkan produk sejuk beku terbaru iaitu MeatLab yang boleh dijadikan hidangan berbuka puasa atau sahur apabila berada di rumah bersama keluarga. Selain itu, produk MeatLab ini juga sesuai untuk  dijadikan sebagai ole-ole semasa balik ke kampung dan atau semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri. Terdapat 5 jenis pilihan yang boleh dinikmati iaitu BBQ Beef Ribs, Lamb Shank, Marinated Lamb, Lamb Shabu dan Peri-Peri Chicken. Selain itu, MeatLab juga akan memperkenalkan Rendang Daging edisi terhad sempena Ramadan dan Aidilfitri ini. Tak sabar nak try nanti. Mana tahu kan, tahun ni pun kena beraya sorang-sorang di KL sebab tak boleh nak rentas negeri balik kampung. Sob3.




Me’nate juga ingin menjemput Syarikat atau badan-badan Korporat serta individu yang ingin bekerjasama dengan pihak Me’nate untuk menganjurkan sebarang bentuk majlis tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Me’nate. Contohnya seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim dan sebagainya sepanjang Ramadan. Diskaun korporat akan diberikan kepada syarikat atau individu yang berminat.


Buat masa ini restoran Me’nate Steak Hub mempunyai 7 (tujuh) cawangan di seluruh Malaysia yang terletak di Setapak, Ampang, Bangi, Shah Alam, Seremban, Melaka dan Johor Bahru. Tetapi, untuk Ramadan 2021, hanya enam (6) cawangan sahaja yang menawarkan Bufet Ramadan.

Me'nate Steak Hub Ampang
Hanya menyediakan menu Istimewa Heavenly Lamb dan Heavenly Beef bersama nasi Bukhari yang boleh di nikmati empat hingga ke lima orang.

Me’nate Steak Hub Ampang
Menyediakan pakej Istimewa Group Steak Iftar untuk lima hingga ke enam orang, sesuai untuk di nikmati seisi keluarga dan juga pakej Istimewa Iftar untuk 2 orang.

 
Para pelanggan dan Syarikat yang berminat untuk membuat tempahan atau mendapatkan info lanjut berkaitan pakej Bufet Ramadan, bolehlah hubungi cawangan-cawangan Me’nate Steak Hub berikut:

Pakej Buffet Ramadan 
• Pakej Group Steak • Ala Carte
• SETAPAK +6019 3911 047
• SHAH ALAM +6019 4771 047
• BANGI +6019 2611 047
• SEREMBAN +6014 3511 047
• MELAKA +6014 6040 047
• JOHOR BAHRU +6013 7510 347

Pakej Heavenly Beef/Lamb 
• Pakej 2 Pax • Pakej Group Steak • Ala Carte
• AMPANG +6016 8795 947


Restoran Me’nate Steak Hub juga menyediakan surau yang selesa untuk para pelanggan menunaikan ibadah solat. Jadi, jangan risau kalau nak berbuka puasa di Me'nate Steak Hub. Lepas bebruka, boleh stop sekejap pergi solat sebelum sambung makan lagi. No rush! Yang penting, kita enjoy semua hidangan yang sedap-sedap yang tersedia untuk dinikmati. Apa tunggu lagi, jom grab promosi Early Bird untuk dapatkan harga diskaun dan penjimatan berganda.

Apapun, di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog www.penaberkala.com! Jaga diri, jaga SOP. 

Post a Comment

0 Comments