Garci Pro Gel Untuk Melegakan Kebas, Sakit Sendi dan Masalah Saraf

Korang pernah tak alami masalah seperti kebas kaki atau tangan, sakit bahagian pinggang ke bawah, lenguh tengkuk atau leher, sakit lutut, sakit atau lenguh sendi, masalah angin dalam badan, frozen finger, frozen shoulder, strok separuh badan, sakit saraf, sakit tumit yang menyucuk-nyucuk dan selalu mengalami kejang kaki atau simpul biawak? Hah, kalau ada antara pembaca di blog ni ada mengalami simptom-simptom yang disebutkan tadi atau ada dalam kalangan kenalan korang tak kira mak ayah, adik-beradik, saudara-mara atau sahabat handai yang mengalami simptom seumpama ini, korang kena baca perkongsian kali ini sampai habis. Mana tahu, dari sini korang akan dapat jawapan dan jalan penyelesaian kepada masalah atau kesakitan yang korang alami. Dengan izin Allah, semoga ia mampu untuk menjadi asbab kesembuhan daripada penyakit yang korang tanggung selama ini. InshaAllah!

Aku sendiri pun ada mengalami simptom yang disebutkan tadi. Antara simpton yang paling ketara dan selalu aku hadapi adalah kebas di bahagian tangan, kebas kaki, sakit pinggang, lenguh kaki dan sengal-sengal bahu. Mungkin faktor duduk lama atas kerusi menghadap laptop, lebih-lebih lagi bila kena Work From Home (WFH). Ye lah, kerusi kat rumah tak sama dengan kerusi di office yang dilengkapi dengan ciri ergonomik. Jadi, itu adalah salah satu faktor utama penyumbang kepada masalah yang dihadapi. 


Aku mula menggunakan Garci Pro Gel semenjak tahun lepas iaitu sewaktu mula-mula COVID-19 melanda. Time tu, awal-awal kena Work From Home (WFH). Memang rasa janggal dan susah nak adapt dengan norma baharu bila kena kerja dari rumah. Dengan workstation tak ada time tu, aku hanya guna sofa dan meja kecil dari IKEA di bahagian ruang tamu sebagai workstation. Waktu kerja pula tidak menentu. Dari pagi sampai ke malam, kadang-kadang terpaksa stay up sampai ke pagi. Beberapa kali juga aku demam sepanjang WFH akibat demam dan sakit urat. Lepas tu, baru aku order meja dari Shopee untuk dijadikan workstation. At least, selesa sikit bila buat kerja. Time tu aku juga mula guna Garci Pro Gel untuk membantu melegakan kebas, sakit sendi dan masalah sengal-sengal badan. Alhamdulillah, jujurnya ia amat berkesan dan serasi dengan aku. Korang boleh baca perkongsian aku dalam artikel sebelum ini di sini!


Apa masalah aku? Kebiasaannya, aku akan rasa sengal-sengal badan especially di bahagian leher, bahu dan tulang kipas. Bila dah rasa semua ni, badan rasa lemah dan tak bermaya. Nak tidur malam pun susah sebab lenguh-lenguh badan dan gelisah. Bila ada Garci Pro Gel, aku akan sapu di bahagian leher dan tulang kipas. Terus rasa lega sebab Garci Pro Gel ni akan menjadikan bahagian badan kita rasa sejuk dan berangin. Seriously, memang korang akan rasa lega.


Bila sapu di bahagian leher dan tulang kipas, lenguh-lenguh badan akan beransur hilang. Antara faktor utama rasa sakit leher dan sengal badan kemungkinan besar kerana ketegangan urat saraf. Mungkin atas faktor tempat duduk yang tidak ergonomik dan selesa. Kemungkinan juga kerana duduk terlalu lama ataupun stress fizikal.


Satu lagi simptom yang selalu aku hadapi adalah kebas tangan. Kemungkinan besar sebab tangan duk pegang tetikus (mouse) dan buat kerja guna laptop iaitu menaip menggunakan keyboard. Untuk melegakan kebas tangan, biasanya aku akan sapukan Garci Pro Gel di bahagian tapak tangan dan urut perlahan-lahan untuk melegakan kebas di pergelangan tangan dan bahagian tapak tangan. Kadang-kadang, bila duduk terlalu lama di kerusi, kaki pun akan menjadi kebas. Bila dah kebas kaki, memang menggelupur sekejap di kerusi. Faktor utama sebab pengaliran darah di bahagian kaki tak sempurna. Sama juga, untuk kurangkan rasa kebas di kaki, aku akan sapu Garci Pro Gel di bahagian buku lali dan tapak kaki. Paling best, Garci Pro Gel ni tak melekit dan berminyak. Jadi, kita rasa selesa lepas sapu di bahagian badan. Bau pun wangi dan menyegarkan.

Persoalannya, apa akan terjadi kalau simptom-simptom tadi kita abaikan dan tak ambil peduli untuk dirawat? Pastinya, kita akan menanggung kesakitan yang berterusan dan berpanjangan. Lagi parah kemungkinan besar ia akan menyebabkan penyakit yang dialami tadi melarat dan semakin kritikal. Selain pergerakan seharian menjadi terbatas, contohnya nak berjalan susah, nak bergerak sakit dan nak naik turun tangga pun merana. Kita juga akan mengalami masalah dalam melaksanakan ibadat seperti solat. Tambah-tambah lagi musim sekarang iaitu bulan Ramadan yang masing-masing tak mahu melepaskan peluang untuk melaksanakan ibadah solat terawih. Jadi, lebih baik kita mencegah daripada merawat sebelum menjadi semakin parah.  

Garci Pro Gel berasaskan minyak kayu putih atau lebih dikenali sebagai Eucalyptus Oil. Produk ini mampu untuk membantu melancarkan peredaran darah di saluran darah dan saraf. Garci Pro Gel amat mudah meresap ke dalam kulit kerana ia dihasilkan menggunakan teknologi nano. Mungkin ramai yang belum pernah mengetahui tentang khasiat minyak kayu putih. Alang-alang duk bercerita tentang minyak kayu putih ni, aku nak share serba-sedikit tentang khasiatnya yang perlu korang tahu.

  1. Terbukti mampu membantu untuk melancarkan peredaran darah dalam badan
  2. Membantu mengatasi sakit sendi
  3. Melegakan saluran pernafasan
  4. Amat mudah meresap ke dalam kulit

Demi membantu kehidupan untuk menjadi lebih sihat dengan khasiat dan manfaat minyak kayu putih, MISG Global telah menghasilkan satu Gel yang boleh membantu dalam proses rawatan rasa kebas dan sakit sendi dengan menggunakan 100% bahan semulajadi. Paling penting, produk Garci Pro Gel ini telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor pendaftaran NOT210104156K.

Antara bahan semulajadi yang digunakan untuk menghasilkan Garci Pro Gel selain minyak kayu putih (Eucalyptus Oil) adalah Argan Oil, Daun Pudina (peppermint), Menthol Crystals, Epal Hijau dan Aloevera. Jadi, tak perlu risau tentang kandungan bahan yang digunakan dalam Garci Pro Gel. Semuanya daripada bahan semulajadi dan paling penting selamat untuk digunakan untuk seisi keluarga.

CIRI-CIRI GARCI PRO GEL

  1. Tekstur ringan dan lembut
  2. Sejuk dan berangin
  3. Tidak melekit
  4. Lebih pantas menyerap
  5. Highly water based
  6. Tidak panas
  7. Bau yang menyegarkan

MANFAAT GARCI PRO GEL

  1. Membantu melancarkan pengaliran darah dan merawat saluran darah tersumbat
  2. Membantu proses rawatan kebas pada anggota badan
  3. Merawat urat saraf yang rosak penyebab kebas
  4. Membantu melegakan kekejangan otot dan sendi
  5. Membantu melegakan sakit urat dan sakit sendi
  6. Membantu mengelak risiko strok dan serangan jantung mengejut
  7. Membantu melegakan selsema dan pening kepala
  8. Membantu melegakan sakit perut dan senggugut
  9. Membantu membuang angin dalam badan

CARA PENGGUNAAN

Penggunaan Garci Pro Gel ini amat simple dan mudah. Hanya perlu picit sedikit Garci Pro Gel dan sapu pada bahagian yang rasa kebas sambil diurur-urut dengan perlahan. Untuk kesan yang lebih optimum, disarankan untuk lakukan pergerakan ringkas ataupun senaman ringan. Ingat, jangan sesekali sapu Garci Pro Gel di bahagian badan yang luka.


Setiap tube Garci Pro Gel mengandungi 100ml dan boleh bertahan untuk penggunaan selama sebulan mengikut kekerapan penggunaan. 


Siapa yang sesuai untuk menggunakan produk Garci Pro Gel ni?
  1. Lelaki dan wanita yang mempunyai masalah seperti kebas, saraf, lutut, tumit, strok dan sebagainya
  2. Atlit sukan yang aktif bersukan

TIPS PENGGUNAAN GARCI PRO GEL

  1. Sakit kebas kurang dari 6 bulan dinasihatkan untuk menggunakan Garci Pro Gel 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam sebelum tidur
  2. Sakit kebas lebih dari setahun dan stoke pula disarankan untuk menggunakan Garci Pro Gel 4 jam sekali

Personally, aku suka dengan produk Garci Pro Gel ini dan serasi untuk aku melegakan masalah yang aku alami selama ini seperti kebas tangan, kebas kaki, sakit sendi dan sengal-sengal badan. Kalau korang pun alami masalah yang sama, ataupun korang kenal sesiapa sahaja yang sedang mengalami masalah yang sama, apa kata share info ni kepada mereka. Setidak-tidaknya, mereka dapat mencuba dan sekali gus memulihkan kesakitan yang mereka alami, insahAllah.

Di hari baik, bulan baik sempena Ramadan ni, apa kata kita hadiahkan Garci Pro Gel kepada mak ayah kita di kampung atau sesiapa sahaja yang sedang mengalami masalah saraf, sakit sendi, kebas-kebas ataupun mempunyai simptom berkaitan untuk sama-sama kita ikhtiar cari jalan untuk membantu mereka sembuh seperti sedia kala. Aku pun baru je order Garci Pro Gel untuk family di kampung untuk kegunaan harian mereka. Kebetulan sekarang ni tengah ada promosi beli 2 percuma 1, jadi banyak kita boleh jimat. Siap dapat free postage lagi. Kalau korang pun berminat nak try sendiri Garci Pro Gel untuk diri sendiri ataupun nak beli untuk orang tersayang, korang boleh order ataupun dapatkan info lanjut berkaitan Garci Gel Pro di website atau follow mereka di media sosial. Selamat mencuba! 


Website

Post a Comment

0 Comments