Korang pernah tak alami masalah seperti kebas kaki atau tangan, sakit bahagian pinggang ke bawah, lenguh tengkuk atau leher, sakit lutut, sakit atau lenguh sendi, masalah angin dalam badan, frozen finger, frozen shoulder, strok separuh badan, sakit saraf, sakit tumit yang menyucuk-nyucuk dan selalu mengalami kejang kaki atau simpul biawak? Hah, kalau ada antara pembaca di blog ni ada mengalami simptom-simptom yang disebutkan tadi atau ada dalam kalangan kenalan korang tak kira mak ayah, adik-beradik, saudara-mara atau sahabat handai yang mengalami simptom seumpama ini, korang kena baca perkongsian kali ini sampai habis. Mana tahu, dari sini korang akan dapat jawapan dan jalan penyelesaian kepada masalah atau kesakitan yang korang alami. Dengan izin Allah, semoga ia mampu untuk menjadi asbab kesembuhan daripada penyakit yang korang tanggung selama ini. InshaAllah!
Aku sendiri pun ada mengalami simptom yang disebutkan tadi. Antara simpton yang paling ketara dan selalu aku hadapi adalah kebas di bahagian tangan, kebas kaki, sakit pinggang, lenguh kaki dan sengal-sengal bahu. Mungkin faktor duduk lama atas kerusi menghadap laptop, lebih-lebih lagi bila kena Work From Home (WFH). Ye lah, kerusi kat rumah tak sama dengan kerusi di office yang dilengkapi dengan ciri ergonomik. Jadi, itu adalah salah satu faktor utama penyumbang kepada masalah yang dihadapi.
Persoalannya, apa akan terjadi kalau simptom-simptom tadi kita abaikan dan tak ambil peduli untuk dirawat? Pastinya, kita akan menanggung kesakitan yang berterusan dan berpanjangan. Lagi parah kemungkinan besar ia akan menyebabkan penyakit yang dialami tadi melarat dan semakin kritikal. Selain pergerakan seharian menjadi terbatas, contohnya nak berjalan susah, nak bergerak sakit dan nak naik turun tangga pun merana. Kita juga akan mengalami masalah dalam melaksanakan ibadat seperti solat. Tambah-tambah lagi musim sekarang iaitu bulan Ramadan yang masing-masing tak mahu melepaskan peluang untuk melaksanakan ibadah solat terawih. Jadi, lebih baik kita mencegah daripada merawat sebelum menjadi semakin parah.
Garci Pro Gel berasaskan minyak kayu putih atau lebih dikenali sebagai Eucalyptus Oil. Produk ini mampu untuk membantu melancarkan peredaran darah di saluran darah dan saraf. Garci Pro Gel amat mudah meresap ke dalam kulit kerana ia dihasilkan menggunakan teknologi nano. Mungkin ramai yang belum pernah mengetahui tentang khasiat minyak kayu putih. Alang-alang duk bercerita tentang minyak kayu putih ni, aku nak share serba-sedikit tentang khasiatnya yang perlu korang tahu.
- Terbukti mampu membantu untuk melancarkan peredaran darah dalam badan
- Membantu mengatasi sakit sendi
- Melegakan saluran pernafasan
- Amat mudah meresap ke dalam kulit
Demi membantu kehidupan untuk menjadi lebih sihat dengan khasiat dan manfaat minyak kayu putih, MISG Global telah menghasilkan satu Gel yang boleh membantu dalam proses rawatan rasa kebas dan sakit sendi dengan menggunakan 100% bahan semulajadi. Paling penting, produk Garci Pro Gel ini telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor pendaftaran NOT210104156K.
Antara bahan semulajadi yang digunakan untuk menghasilkan Garci Pro Gel selain minyak kayu putih (Eucalyptus Oil) adalah Argan Oil, Daun Pudina (peppermint), Menthol Crystals, Epal Hijau dan Aloevera. Jadi, tak perlu risau tentang kandungan bahan yang digunakan dalam Garci Pro Gel. Semuanya daripada bahan semulajadi dan paling penting selamat untuk digunakan untuk seisi keluarga.
CIRI-CIRI GARCI PRO GEL
- Tekstur ringan dan lembut
- Sejuk dan berangin
- Tidak melekit
- Lebih pantas menyerap
- Highly water based
- Tidak panas
- Bau yang menyegarkan
MANFAAT GARCI PRO GEL
- Membantu melancarkan pengaliran darah dan merawat saluran darah tersumbat
- Membantu proses rawatan kebas pada anggota badan
- Merawat urat saraf yang rosak penyebab kebas
- Membantu melegakan kekejangan otot dan sendi
- Membantu melegakan sakit urat dan sakit sendi
- Membantu mengelak risiko strok dan serangan jantung mengejut
- Membantu melegakan selsema dan pening kepala
- Membantu melegakan sakit perut dan senggugut
- Membantu membuang angin dalam badan
CARA PENGGUNAAN
- Lelaki dan wanita yang mempunyai masalah seperti kebas, saraf, lutut, tumit, strok dan sebagainya
- Atlit sukan yang aktif bersukan
TIPS PENGGUNAAN GARCI PRO GEL
- Sakit kebas kurang dari 6 bulan dinasihatkan untuk menggunakan Garci Pro Gel 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam sebelum tidur
- Sakit kebas lebih dari setahun dan stoke pula disarankan untuk menggunakan Garci Pro Gel 4 jam sekali
0 Comments