MBG Selayang Fruits Hub Tawarkan Harga Istimewa Untuk Semua!

Korang pernah singgah tak di MBG Shop? Especially untuk orang-orang yang tinggal di Klang Valley, kalau pergi ke mana-mana shopping mall aku yakin dan percaya korang pernah tengok MBG Shop. Mungkin ada yang pernah singgah dan beli buah-buahan kat sini, dan mungkin juga ada yang sekadar tengok dan berlalu pergi. Macam aku sendiri, aku pernah juga singgah beli buah potong dan juga buah anggur di MBG NU Sentral, KL. Personally, aku rasa buah-buahan yang dijual di MBG Shop ni memang fresh, besar dan manis. What say you guys?

Cumanya, aku tertanya-tanya apa maksud MBG tu sendiri? Sebelum Ramadan hari tu, aku berpeluang untuk menjejakkan kaki ke MBG Selayang Fruits Hub. Kat situ, aku dapat jawapan kepada persoalan aku selama ini dan paling best, aku dapat banyak ilmu-ilmu baru. Bukan itu sahaja, aku berpeluang untuk bertemu mata dengan owner MBG sendiri iaitu Encik Adnan Lee. Kalau korang nak tahu apa maksud MBG dan info-info menarik tentang MBG Selayang Fruits Hub ni, hah kena baca sampai habis. Aku teruja nak share dengan semua pembaca di blog aku secara eksklusif. Semoga bermanfaat!

Antara perkara paling istimewa sewaktu aku berkunjung ke MBG Selayang Fruits Hub adalah dapat jumpa pemilik perniagaan MBG ini sendiri iaitu Encik Adnan Lee. Beliau merupakan Generasi ke-3 pemilik MBG. Alang-alang cerita tentang sejarah MBG ni, actually MBG itu sendiri bermaksud Money Back Guarantee. Perniagaan ini asalnya dari datuk beliau sekitar tahun 1975. Pada mulanya, ia bertapak di sekitar Jalan Bukit Bintang. Dengan minat yang mendalam dalam dunia perniagaan, Encik Adnan Lee sendiri telah menceburkan diri dalam business menjual buah-buahan ini pada tahun 1994. Bermula dengan menjual buah-buahan menggunakan basikal roda tiga, kini jenama MBG gah berdiri di sini sana sehingga tahap sekarang. Aku sangat inspired bila dengar sendiri macam mana perniagaan kecil hanya di tepi jalan, kini menjadi satu jenama besar.  

Sehingga kini, MBG telah mempunyai lebih kurang 31 outlet di Klang Valley termasuklah outlet di shopping mall, stesen LRT dan retail shop yang lain. Salah satu hub yang membekalkan buah-buahan ke semua outlet MBG yang ada di seluruh  Klang Valley adalah MBG Selayang Fruits Hub. Alang-alang dah sampai sini, apa kata kita tengok apa yang ada kat sini dan macam mana ia beroperasi. Dengan perkongsian aku kali ini, semoga korang akan dapat inspirasi dan ilham untuk berjaya macam Encik Adnan Lee, membawa jenama MBG sehingga ke tahap sekarang. Ingat, semua orang bermula dari bawah, semoga satu hari nanti kita semua pun boleh berjaya macam MBG dan ada legasi sendiri, amin.


Bercerita tentang buah-buahan ni, ia antara produk yang mudah dijual sebab permintaan kat luar sana sangat tinggi setiap hari. Dalam keadaan pandemik COVID-19 yang masih tak berpenghujung, setiap daripada kita kena peka dan prihatin untuk meningkatkan tahap imuniti badan dan menjaga kesihatan mental dan fizikal. Salah satu cara efektif yang boleh kita amalkan adalah dengan menjaga pemakanan yang sihat dan seimbang. Selain bersenam/bersukan, antara perkara yang kita boleh mulakan dari rumah adalah mengamalkan pemakanan yang seimbang iaitu "eat-clean". Dengan kata lain, kurangkan pengambilan karbohidrat dan perbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.


Buah-buahan adalah antara sumber vitamin dan mineral yang paling mudah untuk kita dapat. Dengan pengambilan buah-buahan yang tinggi dengan kandung serat, ia juga dapat membantu proses pencernaan dan penghadaman. Selain itu, ada buah-buahan tertentu yang mampu membekalkan khasiat anti-oxidant. Antara manfaat lain pengambilan buah-buahan adalah ia dapat membantu untuk kurangkan risiko seseorang untuk menghidap penyakit seperti jantung, cancer, kencing manis, darah tinggi dan macam-macam lagi. Sebab itulah wujudnya pepatah, "An apple a day, keep doctor away!". 


Dalam keadaan pandemik ini juga, ada antara mereka yang kurang bernasib baik kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan tetap. Ramai antara mereka mencari jalan untuk mencari sumber pendapatan yang baru dan terpaksa survive untuk tampung pembelanjaan harian. Ada yang hilang punca dan buntu. Dengan adanya tempat seperti MBG Selayang Fruits Hub yang menawarkan inisiatif untuk sesiapa sahaja yang ingin memulakan business menjual buah-buahan, setidak-tidaknya dengan harga istimewa yang ditawarkan dapat membantu mereka untuk jual secara online atau offline demi mendapat keuntungan dan pendapatan harian. Paling aku tersentuh bila tahu pihak MBG membantu para peniaga yang tak ada modal untuk berniaga dengan bagi stok buah-buahan untuk dijual. Dah habis dijual, baru bayar harga modal dan untung yang diperoleh diambil sebagai sumber pendapatan mereka. 


Dengan segala kisah inspirasi yang aku dapat sepanjang kunjungan kali ini, aku dapat simpulkan MBG Selayang Fruits Hub adalah destinasi pilihan tidak kira untuk pelanggan mahupun peniaga. Di sini semua orang berpeluang untuk membeli buah-buahan mengikut kuantiti yang mereka mahukan pada harga istimewa. Paling penting, buah-buahan yang ditawarkan adalah unik, pelbagai, segar, manis dan sedap. Terutama sekali di bulan Ramadan dan hari raya yang bakal kunjung tiba, MBG Selayang Fruits Hub adalah destinasi penting untuk kita tuju demi mendapatkan buah-buahan segar dan terpilih!


Mula-mula sampai sini, aku ingat MBG Selayang Fruits Hub ni kecik je. Rupa-rupanya, yang aku tengok tu cuma sebahagian kecil tempat jualan buah-buahan tempatan dan buah-buahan import secara retail. Bila dah sampai  masuk sendiri tengok, aku tak lepaskan peluang untuk explore keseluruhan kawasan. Secara ringkasnya, ia terbahagi kepada empat (4) bahagian utama yang meliputi keluasan 32,000 kaki persegi iaitu:
  1. Bahagian retail (retail section)
  2. Bahagian buah-buahan sejuk (chilled fruits section)
  3. Bahagian warehouse (warehouse area)
  4. Bahagian borong (Wholesale/Bulk Buy) 
Chilled fruits section

Retail section

Warehouse area

Wholesale/Bulk Buy

Jadi, tak kira korang nak beli sikit atau nak beli borong, semua boleh singgah dan walk-in masuk ke MBG Selayang Fruits Hub. Kalau nak beli dan makan sendiri boleh, kalau nak beli secara borong untuk berniaga pun boleh. Cumanya, harga yang ditawarkan berbeza mengikut kuantiti yang kita beli.

Apa perbezaan antara MBG Shop yang biasa kita tengok di shopping mall dengan MBG Selayang Fruits Hub? Perbezaan utama adalah MBG Shop yang selalu kita singgah tu hanyalah retail shop. Hanya satu bahagian (1/4) daripada keselurahan MBG Selayang Fruits Hub. Kalau datang hub, lebih banyak pilihan, lebih banyak tawaran istimewa pada harga yang lebih rendah dan paling penting lagi syiok nak shopping buah-buahan segar! Apa yang boleh aku katakan, MBG Selayang Fruits Hub tawarkan harga istimewa untuk semua.


Setiap buah-buahan yang tiba di hub akan dikelaskan mengikut jenis. Untuk kekalkan kesegaran buah-buahan di MBG, ia disimpan dalam chiller dengan suhu 2-4 degree Celcius. Tak kira buah kurma, buah anggur, semua disimpan secara rapi dalam kotak dan disusun teratur di atas rak. Aku pun berpeluang masuk ke chiller (peti gergasi) di mana tempat yang dikhaskan untuk simpan segala jenis buah-buahan. Fuh, sejuk! 

Secara ringkasnya, antara keistimewaan MBG Selayang Fruits Hub yang dapat aku simpulkan dari pemerhatian dan pengalaman aku sendiri berkunjung ke sana adalah seperti berikut:
  1. One stop shop untuk buah-buahan yang segar
  2. Menawarkan lebih banyak buah-buahan tempatan dan import
  3. Kesegaran buah terjamin kerana disimpan dalam chilled room (peti ais besar) dan terus dari pembekal 
  4. Menawarkan diskaun antara 20% sehingga 50% berbanding harga di retail shop
  5. Membekalkan buah-buahan unik yang susah untuk didapati di tempat lain seperti Ecuador Piyata Yellow Dragon Fruit, Japan Fruits, Fresh Fiq, korea Strawberry, Barhi Dates, Passion Fruits, Cherry, Saphire Grapes dan macam-macam lagi
  6. Tawaran istimewa untuk sesiapa yang berminat nak beli secara borong dan memulakan perniagaan buah-buahan sendiri/delivery terutama sekali di musim pandemik
  7. Stok yang banyak di setiap section - wholesale, retail, chilled room dan wearehouse

Pendek kata, MBG Selayang Fruits Hub ni seumpama IKEA. Bezanya, IKEA menawarkan aneka jenis perabot dan peralatan rumah, di MBG Selayang Fruits Hub pula, ia menyajikan aneka jenis buah-buahan import dan tempatan yang korang cari. Antara buah-buahan yang ada di MBG Selayang Fruits Hub adalah 65% buah-buahan import dan 35% buah-buahan tempatan. Buah-buahan import di sini berasal dari 40 negara seperti Peru, Egypt, Korea, Chile, US dan banyak lagi.




Apa yang lagi menarik, di MBG Selayang Fruits Hub ni bukan sahaja menawarkan segala jenis buah-buahan tempatan dan import, malah ia juga manawarkan pelbagai jenis kurma, kekacang dan coklat. Pendek semua, segala jenis produk ada. Terutama sekali sekarang ni bulan Ramadan, jadi sesiapa sahaja yang berminat nak dapatkan kurma secara borong atau untuk keperluan sendiri, boleh beli kat sini. Mana tahu kan ada yang nak beli kurma untuk derma ke mana-mana masjid atau bagi gift untuk orang sekeliling. Boleh beli buah, kurma, coklat dan kekacang di sini untuk dijadikan hamper ataupun hadiah. Apa tunggu lagi? Kalau korang nak beli apa-apa buah atau berhasrat nak memulakan business sendiri, pergi je ke MBG Selayang Fruits Hub. Aku gerenti korang akan teruja.


MBG Selayang Fruits Hub

Address:
Lot 639, Jalan Batu Hampar, Off Jalan Ipoh, Batu 7, 
68100, Selayang, Kuala Lumpur.

Operations Hours:
Monday to Sunday
5.00am to 6.00pm

Tel: 
016 2798 603 (Azmer)
016 6824 603 (Azizeh)

MBG website: 

FB: 

IG: 

Post a Comment

0 Comments