Semenjak kerajaan umum lockdown bermula 1 Jun 2021, perasaan nak keluar rumah untuk beli barang-barang dan makanan kat luar agak risau sikit. Lagi-lagi sekarang ni banyak kes COVID19 disebabkan oleh kes sporadic. Jadi, untuk kurangkan risiko dijangkiti COVID19, kita mestilah berwaspada dan kekal duduk rumah jika tak ada urusan penting. Kalau setakat nak beli makanan, jangan risau. Kita boleh guna alternatif lain terutamanya order secara online melalui aplikasi Grab Food.
Memandangkan sekarang ni aku still Work From Home (WFH), dan kebiasaanya kalau hari kerja busy sikit. Memang tak sempat nak masak-masak. Memang tak ada pilihan lain, antara solusi paling cepat adalah dengan order makanan di Grab Food. Asyik makan benda yang sama je, kadang-kadang boring juga kan? Sekali-sekala rasa nak tukar selera. Jadi, mingu ni aku try explore untuk cuba order pelbagai jenis menu berasaskan ubi kentang dari beberapa restoran melalui aplikasi Grab Food.
Sekarang ni, tengah ada promosi U.S. Fries Bonanza 2021 yang berlangsung dari 1 Jun sehingga 30 Jun 2021. Jadi, kalau korang pun peminat ubi kentang (fries) macam aku, boleh la try order dari 13 restoran terpilih di sekitar Klang Valley yang mengambil bahagian. Macam-macam menu istimewa berasaskan ubi kentang ditawarkan. Nak tahu menu apa yang special? Jom, check it out!
Untuk promosi kali ini, aku nak share experience aku order U.S Fries di aplikasi Grab Food dari 2 restoran berbeza. Pertama, aku order dari Carl's Junior. Kemudian, aku order dari Burger On 16. Apa yang best, kedua-dua restoran ni menawarkan menu fries yang berbeza. Nak tahu aku order apa?
Carl's Jr
Actually, Carl's Jr ni antara port favorite aku kalau nak makan burger dan fries di MidValley. Memandangkan musim COVID19 ni, dah lama sebenarnya aku tak jejakkan kaki di MidValley. Bila tengok ada promosi U.S Fries Bonanza 2021, terus teringat Carl's Junior. Aku pun order Philli Cheese Steak Burger, Beef Chilli Cheese U.S Fries dan Crosstax U.S Fries.
Ni first time aku try Beef Chilli Cheese U.S Fries di Carl's Junior. Memang sedap, lain dari yang lain. Ada rasa pedas-pedas manja dan cheesey. Biasa kita makan dengan cili sos, jadi kalau nak cuba kelainan kkorang kena try order menu ni. Paling best ada daging. Oh lagi satu, Crosstax U.S Fries pun favorite aku sebab crispy.
Burger on 16
Aku tengok menu U.S Fries Bonanza di Burger on 16 pun sedap juga. Jadi, aku try order Cowboy Fries Chicken dan Cowbow Fries Beef. Tak sah makan fries kalau tak digandingkan dengan burger kan? Dengar kata burger di Burger on 16 ni memang sedap sebab patty dia tebal dan juicy. Jadi, aku pun order Double Cheese Beef Burger.
Ni first time aku try burger dan fries dari Burger on 16. Personally, aku suka dengan rasa dan tekstur burger. Cowboy Fries pun sedap sebab dihidangkan bersama dengan ayam atau daging. Lagi best sebab ada jalapeno, mayonese dan cheese. Perfecto! Kalau makan panas-panas, memang ngam. Kebetulan time aku order ni tak makan apa-apa lagi dari pagi sampai ke petang, dapat makan fries dan burger terus kenyang. Alhamdulillah.
U.S Potatoes
Mesti korang tertanya-tanya, "Apa beza fries biasa dengan U.S Potatoes?" Alang-alang duk bercerita tentang U.S Fries Bonanza ni, aku tertarik untuk share serba-sedikit info tentang U.S Potatoes. Kalau korang pernah rasa, U.S Potatoes ni rasanya lebih sedap dan teksturnya lebih lembut. Nak tahu kenapa? Ini kerana U.S Potatoes ni ditanam di kawasan subur pada suhu yang sesuai.
Selain itu, cara ubi kentang ini diproses juga penting untuk memastikan ubi kentang tak rosak dan cepat busuk. Dari segi nutrisi pula, U.S Potatoes sangat berkhasiat. Ia merupakan sumber karbohidrat yang baik dan kaya dengan Vitamin B6 dan C. Pendek kata, kalau korang tak nak makan nasi, boleh tukar dengan ubi kentang. Ubi kentang memang mengenyangkan tetapi mempunyai kandungan gula yang rendah. Ini menjadikan U.S Potatoes sebagai sumber makanan yang berkhasiat tinggi dan memenuhi kriteria Food and Drug Administration and USDA Specifications.
How to order?
Memandangkan sekarang ni tengah total lockdown, jadi korang ada 2 pilihan sama ada nak order melalui aplikasi Grab Food ataupun take away dari outlet yang berdekatan.
1) Aplikasi Grab
- Buka Aplikasi Grab dan pilih GrabFood
- Cari Banner U.S Fries Bonanza dan Klik (Alternatif: Boleh juga taip US Potato di bahagian Search kalau tak jumpa Banner promosi)
- Pilih mana-mana 13 restoran yang disenaraikan dan cari menu U.S Potato pilihan anda
- Setelah pilihan dibuat, sila pastikan semua info betul dan buat bayaran
- Setelah pembelian dalam talian selesai, tunggu sahaja penghantaran
- Selamat menjamu selera hidangan U.S Fries Bonanza hanya di rumah anda!
2) Take Away (Order & Self Pick Up)
Bagi korang yang tinggal berhampiran dengan restoran yang disenaraikan dalam U.S Fries Bonanza 2021, korang boleh juga order di Grab Food dan pilih untuk self-pick up. Ataupun, korang bboleh walk-in dan order untuk take-away. Selain dari Carl's Jr dan Burger on 16, resotran mana lagi ada? Kat sini aku share senarai 13 buah restoran yang mengambil bahagian dalam promosi U.S Fries Bonanza 2021 dan senarai hidangan yang ditawarkan berasaskan U.S Potato
My BurgerLab
Awesome U.S. Fries
Chili’s
Homestyle U.S. Fries
Mikey's Pizza
Staten Island 2.0 U.S. Fries
Brooklyn U.S. Fries
NY Burger Co
Cheesy Beef Bacon U.S. Fries
Cheesy U.S. Fries
Strangers at 47
Shoestring U.S. Fries with Parmesan Cheese
Loaded Cheesy U.S. Fries
Botanica
Truffle U.S. Fries
Broken Chili U.S. Fries
Tom Yum U.S. Fries
Okonomiyaki U.S. Fries
Burger On 16
Cowboys U.S. Fries (Beef)
Cowboys U.S. Fries (Chicken/Vegetarian)
Pepperoni Cheese U.S. Fries
Carl’s Jr
Beef Chilli Cheese U.S Fries
Crosstrax U.S. Fries
K Fry
Bulgogi U.S. Tater Tots
Dak Kimchi U.S. Fries
KGB
Texas Jalapeno Cheese U.S Fries
Kimchi U.S. Fries
3 Little Pigs
Buffalo U.S. Fries
Cajun U.S. Fries
The Owls Cafe at Happy Mansion
Waffle U.S. Fries
Mentaiko Waffle U.S. Fries
Jinjja Chicken
Tteokbokki U.S. Fries
Sesame Seaweed U.S. Fries
Jadi, kalau korang rasa nak "gantung kuali" dan busy tak sempat masak, boleh la try order U.S Fries. Sekali-sekali tukar selera orang kata. Promosi U.S Fries Bonanza 2021 ni bermula dari 1 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021. Jangan lepaskan peluang, sekarang ni siap dapat free delivery kalau masukan kod FREEDEL atau dapat diskaun sekiranya kita pilih untuk self pick-up. Dah order, jangan lupa share experience korang menikmati juadah U.S Fries Bonanza 2021 dengan menggunakan hashtag #USFriesBonanza #USPotatoes #EnjoyUSFriesAtHome. Selamat mencuba!
Stay at home, Stay Safe!
1 Comments
Sodap makan macam ni haaa... apatah lagi kalau orang belanja. heee
ReplyDelete