HALATUJU SELEPAS SPM BERSAMA TUN M DI PLATFORM YEG ACADEMY

Dulu, saya adalah antara pelajar yang tidak tahu tentang halatuju selepas SPM. Oleh kerana kurang pendedahan tentang jurusan-jurusan yang ditawarkan di peringkat universiti dan tidak mempunyai cita-cita yang jelas, jadi agak keliru untuk pilih universiti mana dan jurusan apa pada ketika itu. Saya menamatkan SPM pada tahun 2006 dan cabaran paling besar adalah nak buat keputusan jurusan apa yang saya nak pilih. Pada ketika itu, alhamdulillah saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Percubaan SPM dan telah mendapat beberapa tawaran. Antaranya adalah tajaan dalam jurusan Medic di Russia, Engineering di Universiti Teknologi PETRONAS dan Engineering di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. 

Akhirnya, saya tekad untuk pilih jurusan Chemical Engineering di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Walaupun saya tidak pernah ada cita-cita untuk menjadi Engineer, kerana minat dan cintakan subjek Kimia dan subjek-subjek kira-kira, saya rasa tawaran untuk sambung dalam jurusan Engineering adalah pilihan yang tepat pada waktu itu. Selepas menamatkan 1 tahun asasi dan 4 tahun di peringkat Ijazah Sarjana Muda, alhamdulillah akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian dengan Kepujian Kelas Pertama (First Class). Walaupun saya tidak menjadi seorang Engineer pada hari ini, berbekalkan segala ilmu yang saya belajar selama ini, saya cuba sebaik mungkin untuk aplikasikan apa jua yang saya tahu dalam kehidupan seharian dan juga kerjaya saya sekarang. Syukur sangat sebab saya buat keputusan yang tepat pada waktu itu. Bayangkan kalau dulu saya pilih jurusan Medic semata-mata nak sambung belajar di oversea, walhal saya sedikitpun tak berminat nak belajar tentang ilmu perubatan. Agak-agak apa jadi? Pastinya, pengakhiran pendidikan dan permulaan kerjaya saya tidak seperti hari ini. 


Jadi, di kesempatan ini saya nak ambil peluang untuk berpesan kepada semua adik-adik lepasan SPM supaya tidak membuat keputusan yang salah dalam menentukan halatuju selepas SPM. Kalau tak tahu? Sila bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman. Sekarang ni dunia semakin canggih, segala di hujung jari. Banyak ilmu dan informasi dapat diperoleh di atas talian (online) secara percuma. Macam saya dulu, sumber rujukan adalah agak terhad. Ada phone pun semata-mata untuk call dan sms sahaja. Tetapi, adik-adik hari ini masing-masing ada telefon canggih. Jadi, manfaatkan apa yang ada untuk cari lebih banyak info berkaitan dengan jurusan yang ditawarkan di universiti dan juga tawaran kerjaya masa kini. Paling penting, kenalpasti minat, jangan ikut cakap-cakap orang, inshaAllah semuanya akan baik-baik saja.

Kalau ada adik-adik lepasan SPM yang masih ragu-ragu dan dilema dalam memilih halatuju selepas SPM, tak pasti nak ambil jurusan apa, jom ambil peluang ini untuk turut serta dalam YEG EduCareer Bootcamp. Tak perlu risau, program ini PERCUMA untuk semua peserta. Paling menarik, ada penampilah istimewa daripada pemimpin hebat negara yang mengharumkan Malaysia di seantero dunia iaitu Tun M. Saya menyeru untuk ibu bapa di luar sana untuk sama-sama mengajak anak-anak lepasan SPM untuk turut serta dalam sesi eksklusif ini. Jangan sia-siakan peluang yang ada, inshaAllah banyak manfaat yang akan dapat diperoleh. Nak tahu kenapa pentingnya program seumpama ini? Jom, baca perkongsian ni sampai habis.


90% GRADUAN KESAL DENGAN JURUSAN DIPILIH : KUPASAN EKSKLUSIF BERSAMA TUN MAHATHIR DI PLATFORM YEG ACADEMY

Platform pendidikan dan kerjaya atas talian , Your Education Guidance Academy (YEG) berbesar hati apabila mantan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih mesra disapa sebagai Tun M sudi untuk meluangkan masa berkongsi pengalaman beliau bersama warganet khususnya pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Menerusi program kemuncak ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ yang bakal berlangsung pada 22 Ogos 2021, Tun M akan bersembang santai bersama hos, Tengku Izwan Fareed mengenai topik ‘Revolusi Pendidikan Tinggi Supaya Relevan Dengan Pasaran Kerja’ di semua platform media sosial YEG Academy dan negarawan itu bermula jam 10.30 pagi. Asbab hasil tinjauan mendapati 90% pelajar yang menyambung pengajian di IPT menyesal dengan jurusan yang mereka pilih, pihak YEG Academy turut berharap agar Tun M yang pernah diberi mandat sebagai Menteri Pendidikan suatu ketika dahulu dapat berkongsi pendapat beliau bersama warganet kelak.


Sebelum itu, usahawan dan penyanyi rap terkenal, Caprice akan terlebih dahulu membuka tirai pagi dengan turut berkongsi pengalamannya dalam mengejar cita-cita. Menariknya mengenai ‘bootcamp’ anjuran YEG Academy, ia bukan sahaja berlangsung secara atas talian malah turut menampilkan ramai personaliti dan selebriti-selebriti terkenal tanah air yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti MK K-Clique, Caprice, Ernie Zakri, Wani Kayrie, Faiz Dickie, Pencetus Ummah (PU) Amin serta ramai lagi. Dalam masa yang sama , YEG Academy sekaligus menjadi platform pendidikan dan kerjaya atas talian pertama di Malaysia yang menjayakan program seumpama ini.


Mula berlangsung pada 2 Ogos lalu, mereka yang telah menonton siaran langsung ini rata-rata memberikan maklum balas yang sangat positif. Antaranya, mereka dapat membuat pilihan jurusan yang lebih tepat, mengenali potensi diri, mengetahui kehendak industri serta banyak lagi.


Menurut pengarah YEG Academy, Encik Hasan bin Ithnin dan Encik Azizulhakim bin Suhaimi tujuan mereka adakan program ini adalah kerana ingin membantu pelajar sekolah dan universiti di luar sana memilih kerjaya yang tepat dengan keperluan industri kini dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kadar pengangguran negara.

“Tujuan kami menganjurkan ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ kerana ingin membantu golongan muda lepasan SPM berusia 17 hingga 19 tahun atau mereka yang berminat, membuat pilihan tepat dalam pemilihan institusi pendidikan tinggi. Untuk rekod, dalam tempoh tiga tahun bermula dari tahun 2018 sehingga 2020, seramai 4000 golongan muda telah dibantu oleh YEG Academy untuk menyambung pelajaran dan membina kerjaya” 
Encik Hasan Bin Ithnin, Pengarah YEG Academy

Mengambil faktor situasi kini, YEG Academy juga telah mengadakan sesi siaran langsung ‘virtual’ ini secara percuma di laman Instagram yang mana nilai sebenar bagi penyertaan ini adalah sebanyak RM1999 seorang. Ditambah pula program ini turut mendapat sokongan daripada Tabung Haji, Latihan Industri Bergaji Penuh (LIBP), Innovative School of Management (ISM) dan Aviation Career Malaysia.

“Kami sedia maklum akan keadaan negara sekarang yang berhadapan dengan pandemik COVID-19 sejak setahun yang lalu menyebabkan ramai golongan muda mengeluh tiada rujukan tambahan mengenai hala tuju mereka selepas SPM. Jadi, YEG Academy telah memutuskan untuk mengadakan sesi perkongsian idea dan pandangan buat julung kalinya bersama figura-figura terkenal tanah air secara percuma. Ini adalah peluang keemasan untuk mereka sertai sesi ini kerana pada dasarnya mereka perlu membayar sebanyak RM 1999 bagi sesi selama 21 hari namun kali ini ia adalah percuma” 
Azizulhakim

Faktor penceramah jemputan yang terdiri daripada personaliti dan selebriti terkenal tanah air pula adalah kerana YEG Academy ingin mempelawa mereka berkongsi pengalaman terdahulu sebelum terkenal dan berjaya di dalam bidang masing-masing.

“Kami melihat mereka bukan sahaja kerana terkenal atau dikenali sebagai selebriti semata-mata. Namun, kerana pencapaian yang telah dikecapi sebelum ini membuatkan kami terpanggil untuk mempelawa mereka berkongsi pengalaman. Sebagai contoh, Wani Kayrie telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM dan Faiz Dickie pula pernah bergelar sebagai pensyarah”

“Dengan kredibilti mereka sebagai figura terkenal, kami percaya dapat memberi inspirasi kepada golongan muda yang menonton sesi bicara ini. Tidak dilupakan, Tun M yang sememangnya dikenali dunia sebagai salah seorang pemimpin yang disegani. Sudah pasti, banyak perkongsian yang akan dibuat oleh negarawan ini apatah lagi penonton boleh bertanyakan soalan ketika siaran langsung itu dibuat kelak”
 
Encik Hasan Bin Ithnin, Pengarah YEG Academy

Untuk menyertai program YEG Academy, layari pautan http://yegmy.com/bootcamp/. Ikuti perkembangan terkini menerusi laman media sosial Facebook @youreducationguidance, Instagram @yegacademy.official atau YouTube @YEGAcademy 


YEG Academy

Menyasarkan menjadi platform pendidikan dan kerjaya yang terbesar di Asia menjelang tahun 2023, Your Education Guidance Academy (YEG) dimiliki sepenuhnya oleh YEG Academy (M) Sdn Bhd. Mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2018, YEG Academy membantu dan menghubungkan golongan muda M40 dan B40 untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Bumiputera yang berkualiti memandangkan tempat di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) agak terhad kerana meritokrasi.

Syarikat ini juga secara konsisten memastikan golongan muda mendapat pendidikan yang lengkap ekosistemnya; belajar dan mendapat pekerjaan setelah tamat belajar. YEG Academy yang berpengkalan di Kota Damansara, Selangor ini turut menjamin silabus pembelajaran tambahan berkaitan digital ekonomi sentiasa dikemaskini mengikut peredaran dunia semasa.

Post a Comment

0 Comments