Pernah korang rasa resah dan gelisah? Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Bukan itu sahaja, kadang-kadang korang rasa tak nak buat apa-apa, nak menyendiri dan tak nak jumpa sesiapa. Bila sampai waktu malam, kerap kali susah nak tidur. Pendek kata, hidup korang rasa kosong, tak tentu arah dan perasaan tak tenteram. It's okay to not be okay! Korang tak keseorangan. Memang lumrah manusia, ada perasaan suka dan duka, ada naik dan turun. Cuma, jangan sesekali kita melayan perasaan yang tak sepatutnya terlalu lama dan terperangkap dalam situasi yang mendatangkan kemurungan.
Statistik Mental Health di Malaysia
Sebelum aku bercerita panjang, aku tertarik nak kongsikan beberapa fakta penting tentang isu masalah kesihatan mental. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tahun 2021, secara purata 4 kes bunuh diri berlaku setiap hari. Selangor mencatat kes tertinggi iaitu 117 kes. Berdasarkan statistik, 83.5% (1427 kes wanita) dan 16.5% (281 kes lelaki) dicatatkan mengikut jantina. Untuk perhatian semua, majoriti kes iaitu 56.6% (872 kes) melibatkan mangsa berusia 15-18 tahun manakala 43.4% (668 kes) melibatkan mangsa berusia 19-40 tahun. Ini antara angka-angka yang patut kita beri perhatian. Dalam keadaan yang meruncing sekarang ni, semua pihak perlu bergabung tenaga untuk sama-sama prihatin dengan orang sekeling terutama sekali ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga.
Setiap orang ada masalah sendiri dan setiap orang ujiannya berbeza-beza. Jadi, jangan pernah banding-bandingkan. Apa yang perlu kita buat adalah saling support each other. Kalau ada masalah, cuba cari orang yang terdekat untuk kongsikan. Actually, banyak benda-benda yang kita boleh buat untuk cuba melupakan seketika segala masalah yang kita ada atau untuk kurangkan tekanan perasaan yang kita hadapai. Antaranya, cari circles yang positif, amalkan gaya hidup yang sihat seperti senaman ringkas dan lakukan aktiviti yang kita suka seperti hobi. Kalau suka masak, boleh share resipi-resipi. Kalau suka ambil gambar atau video, boleh share di sosial media. Janji, kita happy.
Alang-alang bercerita tentang isu ni, di kesempatan ni aku nak share satu aplikasi yang patut korang install di smart phone masing-masing iaitu Mindful Muslim. Kalau nak tahu, aplikasi Mindful Muslim ni dapat membantu mengisi jiwa dengan kerohanian. Mungkin kita dah terlampau fokus kejar dunia, sampai terlupa tentang sesuatu yang patut kita utamakan iaitu iman dan Islam. Jadi, aplikasi seperti Mindful Muslim ni adalah salah satu tool yang boleh membantu kita semua untuk dekatkan diri kita dengan sang pencipta. Kalau kita lapar, kita cari makanan dan order di aplikasi seperti Food Panda atau Grab Food. Macam tu juga makanan rohani untuk diri kita, aplikasi Mindful Muslim adalah aplikasi yang dapat membantu kita dapatkan juadah untuk santapan rohani.
Kalau korang dah try macam-macam cara lain, tapi still tak dapat merasai ketenangan dan tak dapat nak kurangkan keresahan dalam diri, cepat marah, kerisauan melampau dan sukar untuk bertenang. Apa kata korang cuba guna aplikasi Mindful Muslim. Mungkin korang akan jumpa jawapan kepada setiap permasalahan yang korang hadapi.
Mindful Muslim
Untuk Kehidupan Yang Lebih Tenang
Personally, aku pun dah setahun lebih Work From Home (WFH). It's not easy to adapt to a new thing. Aku ambil masa yang lama juga untuk aku sesuaikan diri dengan keadaan semasa. Kalau dulu, kita kerja dari jam 845 pagi sehingga 545 petang. Kadang-kadang, terpaksa stay back sehingga jam 7-8 malam. Tapi, bila kerja di rumah segalanya berbeza. Jadual kerja kita berubah. Sometimes, kena standby di luar waktu kerja. Bila keadaan macam ni berlarutan, kerja yang banyak ditambah pula dengan tak dapat keluar rumah dek kerna COVID19 yang semakin teruk melanda, keadaan jadi makin rumit. Rasa segala benda tak kena dan mula rasa burntout. For the past 1 year, ini antara perkara yang aku cuba buat untuk kurangkan tekanan dan mengatasi kegelisahan.
- Bersenam
- Amalkan pengambilan makanan yang sihat
- Dapatkan tidur yang berkualiti
- Mula mengamalkan Essential Oils
- Berada dalam 'circle' yang positif
- Memasak
- Belajar sesuatu yang baru iaitu buat video, FB/IG Live dan sebagainya
- Mula menggunakan Mindful Muslim apps
Alhamdulillah, berkat semua usaha yang telah dibuat, dengan izinNya sedikit-sebanyak hidup aku mula berubah. Kalau dulu rasa cepat nak marah, alhamdulillah sekarang dah cool sikit. Kalau dulu susah nak fokus, sekarang hidup rasa lebih produktif. Kalau dulu segala benda malas nak buat, rasa nak berkurung dalam bilik dan tidur je, sekarang aku cuba untuk keluar dari comfort zone dan cuba sesuatu yang baru seperti buat IG Live dan sebagainya. Hopefully, dengan perkongsian ini sedikit-sebanyak dapat membantu korang kat luar sana untuk cuba amalkan dan rasai sendiri perubahan dalam hidup.
Mindful Muslim
Di kesempatan ini juga, aku nak share serba-sedikit tentang Mindful Muslim. Applikasi ini telah dibangunkan oleh Encik Mohd Akhtaar Bin Abdul Ghani atau lebih dikenali dengan panggilan M dalam kalangan keluarga dan teman rapatnya. Beliau berasal dari Singapura dan baru berusia 33 tahun. Mohd Akhtaar kini sedang melanjutkan pelajaran di Auckland University of Technology, New Zealand dalam bidang Masters of Communication.
Jujurnya, applikasi ini agak baru dan mula diperkenalkan pada Mac 2020. Apa yang menarik perhatian, Mindful Muslim merupakan aplikasi penenang jiwa pertama yang berteraskan Islam di dunia. Aplikasi ini telah dibangunkan bersama 16 penyelidik yang turut berperanan sebagai penulis dan penyumbang voice over. Lebih membanggakan, aplikasi ini telah berjaya menerima penganugerahan Supreme Of Auckland University of Technology Entrepreneurship Competition X Challenge.
Biarpun baru setahun jagung, penerimaan dan penggunaan aplikasi sebenarnya sudahpun meluas. Ketika ini, dianggarkan 15,000 pengguna baru memuat turun aplikasi ini setiap bulan. Berdasarkan statistik, pengguna yang memuat turun tertinggi adalah dari Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom dan United Arab Emirates.
Kandungan Mindful Muslim Apps
Mindful Muslim adalah aplikasi yang merangkumi segala perkongsian berteraskan Islam. First time buka aplikasi Mindful Muslim, aku tertarik dengan interface yang sangat cantik. Memang kena dengan trend zaman sekarang. Selain itu, aplikasi Mindful Muslim ni sangat mesra pengguna. Mudah untuk kita explore dan guna walaupun pertama kali masuk.
Antara kandungan menarik yang dimuatkan dalam Mindful Muslim adalah bacaan ayat al-Quran, zikir, kisah-kisah para Nabi, ceramah motivasi, bacaan rukyah dan doa-doa khas. Pengisian dalam Mindful Muslim ni memang padat dengan ilmu dan boleh dijadikan tools untuk "Food for Thought" ataupun santapan rohani. Selain itu, ia dilengkapi dengan bunyi-bunyi semulajadi dan sebagainya untuk memberi ketenangan kepada kita especially untuk sesiapa yang ada masalah susah nak tidur malam.
Kalau korang dah install Mindful Muslim, disarankan untuk korang cuba amalkan buka aplikasi ni setipa hari. Cuba luangkan masa antara 15-30 minit setiap hari untuk belajar sesuatu yang baru ataupun dengar ceramah motivasi dan ayat-ayat suci al-Quran. Seriously, mesti korang akan rasa lebih tenang dan happy. Trust me!
Sirah Nabi dan bacaan Al-Quran
Kalau korang dah lupa tentang sirah Nabi dan kisah-kisah al-Quran, Mindful Muslim adalah sesuai untuk dijadikan refresher untuk kita recall balik. Antaranya, korang boleh dengar 51 kisah para Nabi yang akan dimuatnaik 7 episod baru untuk setiap bulan. Kalau yang susah nak tidur malam tu, boleh buka dan dengar kisah-kisah Nabi sebagai bedtime story.
Contohnya kisah Nabi Nuh, Kisah Malik Ibn Dinar, Kisah Rober Davila, Kisah Nabi Yusuf dan macam-macam lagi. Lebih menarik, setiap penceritaan diselit dengan bacaan ayat al-Quran. Buat masa ini, kesemua voice over adalah dalam Bahasa Inggeris. Sama-sama kita doakan semoga satu hari nanti akan ada voice over dalam Bahasa Malaysia dalam Mindful Muslim.
Lagi satu features yang best dalam Mindful Muslim, kita boleh susun sendiri playlist. Contohnya, kita nak dengar surah apa, kisah motivasi apa ataupun kisah Nabi, boleh add to playlist. Selain itu, kita boleh buat tetapan bunyi apa yang kita nak dengar sebagai background music. Bila kita dah buat tetapan dalam playlist, kita just klik play dan segalanya akan diputarkan. Jadi, memang sesuai kalau nak pasang buat halwa telinga time kerja ataupun sebelum tidur. Sibuk dengan kerja atau tugas harian, tiada alasan lagi untuk kita dengar ayat-ayat al-Quran dan dengar kisah-kisah motivasi sebagai santapan rohani.
Untuk korang yang perlukan sesuatu yang menenangkan dan ilmu tanpa sempadan, aku syorkan untuk korang cuba install aplikasi Mindful Muslim. Aplikasi ini sesuai untuk semua peringkat umur, tidak kira untuk dewasa mahupun kanak-kanak. Kalau dah bosan buka radio dan lagu-lagu, apa kata kita tukar selera untuk dengar alunan zikir, surah-surah yang terdapat dalam Rukyah, Doa, motivasi dan pelbagai lagi yang terdapat dalam Mindful Muslim. At least, sedikit-sebanyak kita siram hati kita yang kering sebelum ia menjadi gersang, kita baja hati kita supaya jadi lebih subur untuk kita dekatkan diri kepadaNya. Bila jiwa kita tenang, inshaAllah segalanya akan dipermudahkan.
Cara Nak Download Mindful Muslim
Untuk pengguna Android, korang boleh download aplikasi Mindful Muslim di Google Play manakala untuk pengguna iPhone, korang boleh download aplikasi Mindful Musli di iOS.
iOS:
Andriod:
Aplikasi ini boleh dilayari secara percuma selain mempunyai kandungan premium yang boleh dilanggan pada harga RM7.90 sebulan ataupun RM64.90 setahun. Buat masa sekarang, kandungan Mindful Muslim dalam versi Bahasa Inggeris dan bakal diperluaskan dalam bahasa Melayu dan Arab.
Akhir kata, apapun yang kita hadapi, kita kena ingat "Emotions are temporary". So, handle with care! Jom sama-sama kita support each other, be positive and optimise dalam usaha menjaga kesihatan mental dan fizikal. Kalau korang rasa aplikasi Mindful Muslim ni bermanfaat, jangan lupa untuk kongsikan juga kepada orang sekeliling untuk sama-sama kita mendapat manfaat bersama.
Take cara and stay safe!
0 Comments