Resipi Oregon & Washington Blueberries Oatmeal Muffins

Semenjak pandemik COVID-19 melanda ni, macam-macam resipi dah try kat rumah. Sambil eksperimentasi buat resipi baru, sambil menikmati juadah hasil air tangan diri sendiri. Bila kita memasak dan menghasilkan sesuatu hidangan, lepastu kita menikmati dengan penuh perasaan, rasa happy tu lain macam. Dah macam terapi, dapat kurangkan stress dan lupakan sekejap tentang kesibukan kerja sehari-hari. Korang pun mesti ada hobi tersendiri kalau nak release stress kan? But for me, cooking adalah antara aktiviti yang best untuk me-time!


Bercakap soal memasak, aku jarang sekali masuk dapur untuk baking. Biasanya lebih prefer untuk masak lauk-pauk dan makanan berat. Untuk kelainan, kali ini kita nak baking dan sediakan salah-satu menu pencuci mulut (dessert) berasaskan Oregon & Washington Blueberries. Kebiasaanya, aku suka guna Blueberries untuk buat smoothie. Kali ni, aku nak share resipi Bluberries Oatmeal Muffins. Seriously, memang cepat, mudah dan senang. Aku jamin korang pun boleh buat sendiri di rumah. Paling penting, resipi ni sihat dan disarankan sendiri oleh pakar dietitian. 


Untuk resipi kali ini, aku menggunakan Oregon & Washington Blueberries. Untuk pengetahuan semua, Oregon & Washington Blueberries mendapat nama dari dua negeri utama yang menghasilkan Bluerberries di U.S. Oregon dan Washington adalah dua lokasi yang mempunyai suhu yang sesuai untuk penanaman Blueberrries. Jadi, tidak hairanlah Oregon dan Washington cukup terkenal sebagai pengeluar Blueberries utama yang berkualiti tinggi di U.S dan seluruh dunia.


Pada asasnya, Blueberries secara semulajadi mempunyai rasa manis dan masam. Blueberries juga selalu diberi jolokan nama sebagai "super-food" yang mempunyai nutrisi dan khasiat yang tinggi.  Dari segi rupa pula, Blueberries memang nampak menarik dan sedap dengan warna yang menyerlah iaitu ungu (purple). 

Memang tak dapat dinafikan, Blueberries berkhasiat dan mempunyai nutrisi yang diperlukan oleh badan. Hasil kajian menunjukkan bahawa Blueberries mengandungi antioksidan dan nutrien lain yang dapat membantu tubuh badan kita untuk kekal sihat dan sekaligus dapat membantu mencegah dari sebarang penyakit terutamanya yang berkaitan dengan penyakit seperti diabetes, kanser, jantung dan sebagainya.


Menurut pakar pemakanan bertauliah iaitu Georgen Thye, beliau berkongsi pelbagai fakta pemakanan dan faedah kesihatan yang berkaitan dengan Blueberries. Di kesempatan ini, aku nak share serba-sedikit info berkaitan Blueberries yang dapat kita ambil tahu untuk pengetahuan tambahan.

1. Satu cawan (148g) Blueberries menyumbang 25%kand ungan vitamin C harian kita iaitu 14.4 miligram vitamin C.
  • Vitamin C adalah vitamin larut air yang bertindak sebagai antioksidan yang dapat membantu untuk menstabilkan radikal bebas untuk mencegah kerosakan sel.
  • Vitamin C membantu menghasilkan kolagen, membantu penyerapan zat besi dan membantu menyembuhkan luka dan menjaga kesihatan gusi.
  • Vitamin C boleh membantu menyokong sistem imunisasi badan.

2. Satu cawan (148g) Blueberries mengandungi 3.6g gram serat iaitu bersamaan dengan 14% daripada keperluan serat harian kita
  • Serat makanan banyak memberi manfaat untuk kesihatan kita seharian termasuklah meningkatkan kandungan lipid dalam darah, mengatur glukosa dalam darah dan meningkatkan rasa kenyang lebih lama sekaligus dapat membantu untuk kita menjaga makan untuk proses menurunkan berat badan.

3. Blueberries kaya dengan antioksidan
  • Blueberries diyakini mempunyai tahap antioksidan yang tinggi berbanding buah dan sayur biasa.
  • Antioksidan melindungi tubuh kita dari radikal bebas iaitu molekul yang tidak stabil dalam badan yang mampu merosakkan sel dan menyumbang kepada penuaan dan risiko penyakit.

4. Satu cawan (148g) Blueberries menyumbang 36% kandungan vitamin K harian kita iaitu 28 mikromiligram vitamin K.
  • Pengambilan vitamin K yang rendah berkait rapat dengan risiko patah tulang yang lebih tinggi. 
  • Pengambilan vitamin K yang mencukupi mampu meningkatkan penyerapan kalsium dan dapat mengurangkan kehilangan kalsium.

Selain khasiat nutrisi yang terkandung dalam Blueberries seperti yang disenaraikan tadi, Blueberries juga telah mendapat perakuan dari pihak American Heart Association bahawa ia mempunyai kompaun semulajadi yang mampu membantu utnuk menguatkan otak dan digelar sebagai "heart-healthy food".


Sekarang kita dah tahu kan betapa besarnya khasiat Blueberries. Selain daripada pengambilan Blueberries sebagai buah-buahan, kita juga boleh olah Blueberries untuk digunakan sebagai bahan utama dalam masakan atau hidangan kita sehari-hari. Antara hidangan yang biasanya disediakan menggunakan Blueberries adalah salad, kek, puding, smoothie dan sebagainya. Untuk perkongsian kali ini, aku nak share salah satu resipi ringkas iaitu Oregon & Washington Blueberries Oatmeal Muffins. Jom, check it out!

Oregon & Washington Blueberries Oatmeal Muffins

Untuk resipi ini, tak banyak bahan-bahan yang diperlukan dan masa penyediaan pun tak lama. Jadi, korang boleh cuba buat di rumah bersama family. Memang sedap makan especially untuk breakfast ataupun minum petang. Yang penting hidangan ni berkhasiat.


Bahan-bahan (Hidangan untuk 6 biji muffins)
  1. Rolled Oats (200g)
  2. Oregon & Washington Blueberries (200g)
  3. Madu (50g)
  4. Baking Soda (1/2 sudu kecil)
  5. Baking Powder (1 sudu kecil)
  6. Garam (1/4 sudu kecil)
  7. Telur (2 biji)
  8. Pisang (1 biji)
  9. Vanilla Essence (1 sudu kecil)
  10. Minyak zaitun (80ml)
  11. Almond Flakes (topping) 

Cara Penyediaan
  1. Masukkan rolled oats dalam pengisar dan kisar sehingga betul-betul hancur seperti tepung
  2. Tambah satu sudu kecil baking soda, baking powder dan garam. Gaul sehingga sekata.
  3. Lenyekkan sebiji pisang.
  4. Masukkan 2 biji telur, minyak zaitun, madu dan esen vanilla. Kacau sehingga rata.
  5. Masukkan tepung oat tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan gaul sehingga sebati.
  6. Kemudian, masukkan Blueberries dan kacau sehingga sebati.
  7. Sediakan muffin paper cup, letak adunan tadi ke dalam acuan muffin
  8. Taburkan beberapa biji Blueberries dan Almond flakes sebagai perhiasan
  9. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190°C selama 20 minit
  10. Periksa sama ada muffins yang dibakar sudahpun masak atau tidak dengan menggunakan sebilah lidi. Jika tidak melekat, maksudnya muffins sudahpun masak dengan sempurna.
  11. Blueberries Oatmeal Muffins siap sedia untuk dihidangkan

Nutrition Information (1 serving)
  1. Energy (Kcal) 323
  2. Carbohydrate (g) 35.8
  3. Protein (g) 6.1
  4. Fat (g) 17.2
  5. Fibre (g) 4.3

Selain dari resipi Blueberries Oatmeal Muffins, kat sini aku sertakan juga video resipi lain berasaskan Blueberries iaitu Oregon Washington Blueberries Layered Cheesecake dan Summer Oregon Washington Blueberries Popsicles dari Georgen Cooking. Selamat mencuba!

Oregon Washington Blueberries Oatmeal Muffien by Georgen Cooking


Oregon Washington Blueberries Layered Cheesecake by Georgen Cooking


Summer Oregon Washington Blueberries Popsicles



Websites



Instagram




Kalau dah cuba resipi berasaskan Blueberries, jangan lupa share di social media dan guna hashtag #Oregonblueberries #Washingtonblueberries #GrabABoostOfBlue #blueberrygoodness #healthyblueberries

Post a Comment

1 Comments

  1. Oh my!! Sedapnyaaa... Ena nak try la nanti, dah la ena jenis suka blueberries.. dapnyaaa

    ReplyDelete