Yoodo Pilihan Telco Terbaik Masa Kini!

 


Yoodo tidak asing lagi di Malaysia sebagai salah satu telco pilihan ramai yang membolehkan pengguna mengubahsuai sendiri pelan data mereka mengikut keperluan dan citarasa masing-masing. Musim pandemik ni menjadikan internet sebagai satu keperluan penting kerana segala aktiviti harian perlu menggunakan capaian internet seperti PDPR ataupun Work From Home (WFH). Jadi, data internet yang cukup dan speed internet yang laju sangat memainkan peranan penting dalam menyelesaikan tugasan seharian. 


Apa Itu Yoodo? 

Yoodo adalah syarikat telekomunikasi yang pertama di Malaysia yang menawarkan servis mudah alih 100% digital. Dengan kata lain, pengguna boleh mengubahsuai sendiri pelan data internet, panggilan dan SMS mengikut keperluan mereka bagi setiap bulan dengan hanya menggunakan aplikasi Yoodo. Kita nak apa, kita tetapkan sendiri. Best kan? 


Paling penting, tiada cas tersembunyi dan tiada kontrak. Yoodo meletakkan keputusan mutlak di tangan pengguna. Sekiranya nak tukar pelan yang lain, bila-bila masa pun boleh tukar tanpa cas tersembunyi. Memang sangat flexible dan reliable! 

Kalau korang ragu-ragu nak pilih pelan yang mana satu, Yodoo juga ada menawarkan kombinasi pelan yang sesuai mengikut pihan korang. Semuanya ada disenaraikan di laman web Yoodo sebagai rujukan dan panduan. 

Yoodo beroperasi menggunakan rangkaian Celcom dengan liputan 4G terluas di Malaysia. Jadi, tak perlu risau. Kalau line Celcom di lokasi korang okey, automatik line Yoodo pun okey. 

Cara Untuk Mendapatkan SIM Yoodo

Ada yang tanya, "Macam mana nak dapatkan SIM Card Yoodo?" Actually, Yoodo ada menawarkan 2 jenis SIM iaitu SIM fizikal dan eSIM. Untuk dapatkan SIM, korang boleh dapatkan secara online ataupun di outlet terpilih yang berdekatan. Ada 3 cara korang boleh dapatkan SIM secara online

1. Melalui Penghantaran Pos

Untuk penghantaran biasa melalui pos ini, korang boleh dapatkan SIM melalui laman web ataupun hanya perlu meggunakan aplikasi Yoodo. Sebelum tu, tetapkan pelan data yang korang nak terlebih dahulu. Pilih kaedah penghantaran dan SIM yang dipesan. Kebiasaanya, proses penghantaran melalui pos akan mengambil masa antara 3 hingga 6 hari bekerja. Bila SIM dah sampai, korang yang perlu ikut arahan yang diberikan. Kemudian, aktifkan SIM menggunakan aplikasi Yoodo dan akhir sekali masukkan SIM dalam smartphone korang. Siap dan dah start boleh guna, settle! 

2. eSIM Melalui Aplikasi Yoodo

eSIM merupakan Embedded SIM (eSIM) iaitu cip yang tersedia dan berfungsi sama seperti SIM fizikal. Pengaktifan menggunakan eSIM adalah lebih mudah dan boleh digunakan beserta dengan SIM fizikal.  Walaupun hanya boleh menggunakan satu pelan eSIM pada satu-satu masa, korang boleh menyimpan beberapa nombor dan pelan dalam satu cip.

eSIM merupakan ciri utama kenapa Yoodo berada dalam kelasnya tersendiri. Dengan adanya eSIM, ia lebih memudahkan urusan pengguna kerana tak perlu untuk simpan SIM fizikal atau masukkannya ke dalam telefon mereka. 


Namun, tak semua smartphones sesuai untuk menggunakan eSIM ni. Hanya model telefon pintar terpilih saja seperti Android dan iOS yang boleh menggunakan eSIM. Dengan hanya memuat turun aplikasi Yoodo, pengguna dah boleh aktifkan sendiri SIM dengan membuat pilihan eSIM. 

Satu lagi keistimewaan Yoodo adalah pengguna boleh ubahsuai pelan data dan pilih nombor mudah alih mereka sendiri. Hanya perlu ikut step by step arahan yang diberikan. Untuk apa-apa masalah atau kemusykilan, pengguna juga boleh terus menghubungi pihak Yoodo dengan menggunakan perkhidmatan live chat.

3. Penghantaran Pantas Dengan GoGet

Bagi mereka yang menetap di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru, Yoodo ada menyediakan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah masing-masing dengan GoGet. Berita baik untuk korang semua yang berminat nak dapat SIM card Yoodo, sekarang korang boleh dapatkan dengan cepat, kurang dari 2 jam dengan menggunakan GoGet.

Sekiranya korang nak beli SIM secara offline, korang boleh berkunjung ke 3 tempat utama iaitu:
1. Cawangan Blue Cube Celcom terpilih
2. BH Petrol 
3. Petronas 

Kenapa Mesti Pilih Yoodo?

Untuk perkongsian kali ini, aku terpanggil untuk share serba-sedikit tentang kelebihan Yoodo berbanding dengan telco yang lain. Mungkin ada antara kita yang masih teragak-agak untuk daftar sebagai pengguna Yoodo, setidak-tidaknya dengan perkongsian kali ini dapat membantu korang di luar sana untuk membuat keputusan yang tepat. Jom, kita tengok kenapa korang perlu pilih Yoodo berbanding dengan telco-telco yang lain.


1. Tetapkan Pelan Data Ikut Citarasa Sendiri

Kalau sebelum ni, tidak semua jumlah data tambahan habis digunakan kan walaupun tempoh dah nak habis. Jadi, pembaziran pun berlaku sebab kita terpaksa bayar apa yang kita tidak guna. 

Tapi tidak dengan Yoodo yang menawarkan servis mudah alih 100 % digital. Kita sendiri yang tetapkan pelan data ikut citarasa sendiri. Kiranya Yoodo memberikan kebebasan kepada pengguna untuk reka pelan telefon sendiri. 


Nak murah ke nak yang mahal semuanya pilihan sendiri, korang bayar apa yang korang perlukan saja. Susun sendiri pelan data, sms dan juga panggilan yang kita nak. Tak adalah kita rasa macam terikat je kan bila buat macam ni. Ini lah kelainan Yoodo nak banding dengan telco lain yang dah siap pakej tertentu. 

Untuk pengetahuan korang, Yoodo ada menawarkan 2 jenis data iaitu kelajuan tinggi dan tanpa had. Jadi, korang boleh pilih sama ada nak kelajuan tinggi ataupun tanpa had (unlimited). Boleh pilih pelan data mengikut keperluan dan bajet yang kita nak. 

2. Renew Anytime 

Yang bestnya, korang boleh memperbaharui pelan asas yang korang nak pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Korang tak perlu tunggu sampai hujung bulan untuk tunggu sampai 30 hari. Segalanya hanya di hujung jari!

3. Power Pass High Speed Data 100GB 1 Jam Untuk RM 2

Istimewa untuk korang yang suka tengok drama ataupun gamers, semestinya internet yang stable mat diperlukan. Kalau boleh, memang tak nak internet yang buffering sebab slow. Yoodo menawarkan power pass untuk 1 jam penggunaan dengan internet berkalajuan tinggi supaya tiada masalah atau gangguan time nak tengok drama atau main game. Kepuasan maksima!


Korang boleh beli power pass pada harga serendah RM2 untuk 100 GB bagi tempoh 1 jam. Dalam satu jam, macam-macam boleh buat especially untuk kaki movie dan kaki gamers. Hah, download la movie banyak-banyak dan mainlah game puas-puas. Mana nak dapat internet serendah RM2 sejam dengan pakej 100GB ni? Tak cukup 1 jam? Tak apa, korang boleh beli untuk tempoh 3 jam pada harga hanya RM5. Fuh, murah kaw-kaw.

4. Ganjaran Yoodo - Beli 10 Add-Ons dan Dapat 1 Add-On Percuma 

Untuk dapatkan 1 add-on secara percuma, korang hanya perlu beli pelan data asas. Kalau data tak cukup, korang boleh add-on.  Add-on ni special untuk penggunaan data bagi aplikasi tertentu sahaja. Secara tak langsung, kita dapat menjimatkan data internet utama. 

Untuk add-on ni, Yodoo menawarkan 20GB dengan harga serendah RM3 bergantung kepada aplikasi. Contohnya, sekiranya kita banyak guna instagram, maka korang boleh beli data khas sebulan dengan harga serenda RM3 untuk instagram sahaja. Untuk kaki gamers espceially pemain PUBG, korang kena tahu Yoodo akan bagi Free 20GB setiap bulan. Dengan setiap 10 pembelian add-on, korang layak untuk dapat 1 add-on secara percuma. Hebat Yoodo kan, buat pakej internet macam buat buffet makanan. Kita pilih ikut favorite kita. Terbaik!


Komuniti Yoodo 

Selain pakej yang best, korang kena tahu Yoodo juga merupakan antara syarikat telekomunikasi di Malaysia yang sangat aktif memberi sokongan kepada komuniti dalam segenap segi seperti dalam bidang e-sukan, hiburan, sukan dan juga Kpop. Yoodo sentiasa up to date dengan lifestyle semasa.

1. E-Sport 

Yoodo sangat sinonimc dengan e-sport di Malaysia. Yoodo merupakan penaja kepada pasukan terbaik dalam kejohanan penting di Malaysia dan sentiasa merancang untuk memeriahkan lagi kejohanan-kejohanan besar.  Yodoo juga mempunyai pasukan e-sports PUBG Mobile mereka sendiri iaitu Yoodo Alliance, Yoodo RSG MLBB, Yoodo RSG CODM. 


2. Sukan Futsal Malaysia

Yoodo juga merupakan Telco Digital Rasmi untuk Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) dalam meneruskan sokongan komuniti futsal Malaysia sejak dari tahun 2019 lagi. Jadi, kalau korang minat main futsal, jangan lupa untuk guna Yoodo. Mungkin bakat yang korang ada boleh diketengahkan bila join Komuniti Yoodo kerna mereka aktif dalam mencungkil bakat-bakat baru.


3. Stay At Home Party 

Yoodo juga aktif dalam memberi sokongan dalam industri muzik tanah air. Antaranya dengan mengadakan Stay at Home Party untuk menghiburkan rakyat Malaysia yang begitu lama terperap dalam rumah akibat PKP kerana COVID-19.


Yoodo telah menjalinkan kerjasama bersama Rakita FM untuk Carta Indie Kita 2021. Dengan kata lain, Yoodo sangat supportive dalam menyokong bakat Indie untuk pergi lebih jauh. So guys, kalau korang minat dengan muzik Indie, jangan lupa untuk undi lagu indie favorite korang pada setiap hari Selasa di Twitter Rakita.my. 

4. SaranghaeYoodo

Untuk peminat KPop, Yoodo tidak melapaskan peluang untuk meraikan Komuniti yang minat Kpop dengan menganjurkan aktiviti menarik seperti Kpok recap series: Hallyoodo, Concert giveaways: Monsta X & G-Idle, Special screening: BTS documentary screening dan Contest: Lightstick wars, BLINK together with YOODO. Menarik kan?

Promosi Yoodo

Kalau nak tahu, sekarang ni Yoodo tengah melancarkan beberapa promosi menarik especially untuk pengguna baru. Kalau korang berminat, boleh pilih pakej yang berkenan.

1. Promosi RM 20 Untuk 20 GB

Atas permintaan ramai, Yoodo kini sedang mengadakan kembali promosi 20GB pada harga RM20. Untuk promosi ni, ia hanya ditawarkan untuk tempoh yang terhad. Jadi, korang jangan lepaskan peluang keemasan ini. Hanya bayar RM20, korang boleh menikmati sehingga 20GB.



2. Power Pass Terbaru 

Yoodo juga menawarkan Power Pass terbaru untuk kegunaan pengguna. Kalau korang mencari internet dengan kelajuan internet maksima, power pass adalah pilihan terbaik. Power Pass hanya boleh digunakan selama 12 jam untuk 100 GB. Dengan harga serenda RM10, promosi ini akan berakhir pada 14 October 2021. Sila grab sebelum terlambat!

3. Refer 2 Earn 

Sekiranya korang nak jana pendapatan sampingan dari Yoodo, Yoodo menawarkan referral program. Senang je nak dapatkan side-income, korang hanya perlu ajak kawan untuk jadi pengguna Yoodo dengan menggunakan kod unik referral. Bila kawan join, kita akan dapat RM20 untuk setiap pendaftaran. Menarik kan? So guys, especially yang ada followers ramai di Sosial Media, jangan lepaskan peluang ini untuk promote dan dapatkan pendapatan sampingan. Untuk pengguna baru, mereka akan mendapat 7GB data percuma.



4. Jaringan Prihatin Yoodo 80GB Sebulan Hanya RM 5 

Yoodo juga telah mengambil inisiatif menawarkan pakej jaringan prihatin 80GB sebulan dengan hanya RM5 saja. Serius la RM5 je? Ya, betul. 


Inisiatif ini adalah untuk membantu rakyat Malaysia untuk mendapat akses internet dengan harga yang mampu milik. Sekiranya korang berkelayakan, korang akan dapat berjimat dengan subsidi yang disediakan. Pas prihatin Yoodo ini boleh digunakan selama setahun bermula selepas tarikh mendaftar. 

Macam mana nak guna? Korang hanya perlu muatturun aplikasi Yoodo dan daftar untuk program Jaringan Prihatin. Boleh bayar secara online, kad kredit atau debit atau guna aplikasi Boost. By the way, korang boleh downloan aplikasi Yoodo di App Store, Google Play Store atau di Huawei App Gallery. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Yoodo ataupun promosi terkini, korang boleh layari website dan media sosial Yoodo. Check it out!

Website
 
Facebook

Instagram

Post a Comment

2 Comments

  1. Dahsyat juga tawaran Yoodo terutama RM5 sebulabn 80GB tu.

    ReplyDelete
  2. Mcm mne nak dpt kan 80gb rm5 tu

    ReplyDelete