Resipi Vietnamese Rice Paper U.S Potatoes Dumplings

Sebut saja tentang ubi kentang, macam-macam resipi menarik yang boleh kita buat hanya dengan menggunakan ubi kentang sebagai bahan asas tak kira hidangan appetizer, main dish ataupun dessert. Dalam banyak-banyak resipi ubi kentang yang ada, apa resipi favorite korang? Personally, aku sangat suka dengan ubi kentang goreng bersama ikan bilis dan petai. Fuh, makan pula dengan nasi panas-panas, memang menyelerakan. 

Untuk perkongsian kali ini, aku nak share lagi satu resipi istimewa berasaskan ubi kentang. Jujurnya, ini kali pertama aku try resipi ni dan aku rasa resipi ni sangat menarik dan mudah untuk dicuba. Mungkin korang di luar sana pun ada yang nak try buat. Jom, cuba buat resipi ni dan menang RM50 cash. Nak tahu macam mana? Jangan lupa baca artikel ni sampai habis. Resipi kali ini adalah Viatnamese Rice Paper U.S Potatoes Dumplings.

Viatnamese Rice Paper U.S Potatoes Dumplings

Resipi Viatnamese Rice Paper U.S Potatoes Dumplings ni memang mudah dan cepat untuk disediakan. Hanya memerlukan beberapa bahan utama iaitu Ubi Kentang A.S, Rice Paper, Bawang Merah, Lobak Merah, Daun Bawang, Cili, Serbuk Lada Putih, Garam dan minyak sayuran (Olive oil). Kalau nak tengok cara penyediaan, boleh tengok video resipi penuh di IG Reels ataupun boleh klik resipi penuh di sini https://uspotatogoodness.com.my/recipes/vietnamese-rice-paper-u-s-potatoes-dumpling



Inilah hasilnya setelah merujuk resipi penuh di website U.S Potatoes. Tak sangka, kombinasi ubi kentang dan rice paper mampu menghasilkan hidangan sesedap ini. Seriously, aku suka sangat dengan resipi Viatnamese Rice Paper U.S Potatoes Dumplings ni. Highly recommended untuk korang semua try buat sendiri dan cuba.  Alang-alang nak try resipi ni, jangan lupa snap gambar cantik-cantik dan hantar untuk Contest Click for U.S Potato Goodness dan memenangi wang tunai RM50. Kalau nak cuba resipi lain pun boleh, asalkan  resipi yang ada di website www.uspotatogoodness.com.my


Antara kelebihan menggunakan ubi kentang A.S dalam masakan adalah kerana ubi kentang ini cepat empuk. Paling penting, ubi kentang A.S mudah untuk disediakan tak kira secara panggang, steam, rebus ataupun goreng. Selain itu, ubi kentang mengandungi Vitamin C, B6 dan Potassium yang baik untuk tubuh badan. Selain dapat dijadikan bahan asas dalam aneka jenis juadah, ubi kentang juga sangat mengenyangkan dan membekalkan tenaga. Real food, real performance!


Dan ready nak menang wang tunai RM50? Ok, caranya mudah sahaja. Korang hanya perlu follow cara penyertaan seperti yang disenaraikan dalam syarat penyertaan.

[Contest] Click for U.S. Potato Goodness

  1. Pilih salah satu resipi masakan berasaskan U.S. Potato dalam laman web U.S Potato ataupun resipi Viatnamese Rice Paper U.S Potatoes Dumplings https://uspotatogoodness.com.my/recipes/vietnamese-rice-paper-u-s-potatoes-dumpling
  2. Sediakan masakan yang korang pilih tadi dan ambil gambar juadah korang dengan cara paling kreatif.
  3. Hantar gambar masakan korang bersama nama resipi yang korang pilih dalam laman web U.S. Potato sebagai penyertaan ke email mkamh5587@gmail.com.
Tiga (3) pemenang dengan gambar paling kreatif berdasarkan resipi dari laman web U.S. Potato akan memenangi wang tunai RM50 setiap seorang. Tiga pemenang ini seterusnya akan layak untuk bertanding di peringkat seterusnya yang mana akan merebut Hadiah Utama wang tunai dan Air fryer.

Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menonjolkan bakat memasak korang dan seterusnya merebut peluang untuk memenangi wang tunai dan layak ke peringkat Grand Finale!

Tarikh tutup penyertaan adalah 11:59 malam, 25 November 2021. Senarai 3 pemenang bertuah akan diumumkan pada 30 November 2021. 

Good luck!

Post a Comment

1 Comments