Bila orang tanya tempat makan best di Kelantan, rasa macam ralat sikit nak jawab. Sebab kita ni nama je orang Kelantan, tapi jarang betul makan kat luar. Kalau balik kampung pun sekejap-sekejap je. Itu pun tak sempat nak keluar makan kat luar. Asyik duk makan kat rumah je dengan macam-macam menu.
Dari segi makanan yang disajikan, aku cukup berpuas hati especially part makanan mentah seperti seafood. Ada macam-macam jenis, kerang, kepah, lala, lokan, ketam, udang harimau, udang galah, sotong dan lain-lain. Pendek kata, kalau korang suka makan seafood memang sesuai datang makan buffet steamboat & grill macam ni di Damia Cafe. Kalau suka grill, boleh ambil seafood, daging atau ayam yang dah siap-sedia diperap. Tinggal untuk grill sahaja atas meja makan.
Korang boleh grill guna minyak masak yang disediakan. Personally, aku suka grill guna marjerin/planta. Rasanya akan jadi lebih sedap. Marjerin/planta tak disediakan atas meja makan. Tips dia, korang kena pergi ambil di bahagian sweet corn (jagung manis). Untuk steamboat pula, kuah tomyam akan disediakan. Bahan-bahan untuk steamboat, boleh je ambil di bahagian peti ais. Macam-macma ada.
Di bahagian minuman pula, ada macam-macam jenis air. Air bandung, air jagung, air sirap dan macam-macam lagi. Untuk dessert, selain jagung manis (sweet corn), ada ice cream, buah-buahan dan air batu campur (ABC). Untuk snacking, ada nugget dan ubi kentang (fries). Tapi korang kena goreng sendiri guna deep frier yang telah disediakan.
Actually, banyak lagi makanan yang disediakan. Antaranya nasi goreng, bihun goreng, maggi goreng, kerabu maggi, somtam, lokcing dan macam-macam lagi. Dari segi menu yang dihidangkan, memang banyak. Dari segi rasa, personally aku rasa sedap. Berbaloi dengan harga yang dibayar. Pendek kata, kalau cari tempat makan untuk family besar dan reunion dengan member-member, highly recommended untuk try makan di sini.
Maybe ada yang tengah plan nak try makan di Damia Cafe, untuk harga di Damia Cafe Buffet Steamboat & Grill boleh rujuk senarai kat bawah ni
Macam aku hari tu, tercari-cari juga info, kalau nak datang makan di Damia Cafe ni boleh walk-in ke atau kena booking dulu? Actually, korang boleh walk-in je. Tapi, kalau kena hari cuti atau weekend, kemungkinan besar seats akan full. So, terpaksalah menunggu sekejap untuk dapatkan tempat duduk. Kalau plan nak pergi 20paxs dan ke atas, ni baru kena buat booking dulu. Jangan main terjah je kalau nak buat rombongan ramai-ramai macam ni. At least, kalau walk-in dalam 5-10 orang boleh lagi selit-selit kat meja yang kosong. Tapi kalau dah 20 orang ke atas, memang kena book awal-awal untuk dorang reserve meja.
Kalau korang kaki makan, memang berbaloi datang sini. Nak bawa family atau member-member pun seronok. Jadi, kalau ada member-member dari luar Kelantan nak datang jalan-jalan, boleh la try bawa makan kat sini. Walaupun ramai orang, sesak, nak makan pun macam nak berperang. tapi bab makan memang puas hati. Kalau korang nak privasi, nak makan relx-relax dengan aman dan tunggu orang serve, nak cakap awal-awal, sini bukan gelanggang anda. Hahahahaha. Apapun, selamat mencuba!
1 Comments
Nanti boleh ajak Amir gi nih...
ReplyDelete