Buffet Ramadan di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands

Sempena bulan Ramadan yang bakal kunjung tiba, pastinya ramai yang tercari-cari lokasi menarik untuk buffet Ramadan 2022. Mungkin buffet Ramadan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dah biasa, kali ni kita bagi yang 'rare' sikit. Apa kata kali ni kita pergi jauh sikit ke Genting Highlands. Untuk perkongsian kali ini, aku nak share tentang buffet Ramadan Citarasa Selera Geo di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands. Kalau korang nak bertukar angin, nak berbuka puasa di Genting Highlands sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa dan cuaca sejuk, bolehlah consider untuk menikmati buffet Ramadan kat sini. Gerenti puas hati!


Buffet Ramadan yang bertemakan “Citarasa Selera Geo” di Cabana Restaurant ini menyajikan pelbagai jenis juadah. Antara yang mencuri perhatian adalah menu lokal kesukaan ramai yang mendapat sentuhan inspirasi dari resipi unik Chef mereka sendiri. Kala where you can find local favourites inspired by our chefs’ unique recipes. Mungkin ada yang dah tak sabar nak tengok menu-menu istimewa buffet Ramadan di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands kan? Jom, kita tengok apa yang ada.



Untuk pengetahuan korang semua, Citarasa Selera Geo untuk buffet Ramadan 2022 akan menampilkan lebih kurang 80 menu istimewa nostalgia ala kampung seolah-olah berbuka puasa di kampung halaman masing-masing. Apa yang istimewa, untuk pembuka selera korang boleh cuba Kerabu Kampung Bukit Sawit, Salad Asian, aneka jenis salad lokal dan Buah Jeruk Tempatan.


Ini antara menu yang korang akan tercari-cari kalau ke buffet Ramadan? Menu apa? Tak lain dan tak bukan Kambing Golek. Citarasa Selera Geo juga menwarkan juadah berbuka puasa dari live cooking stations seperti Chef Melvin’s Claypot Tomyum, Gerai Warisan Chef Zack Noodle Stall, Chef Fabil Nasi Kandar dan Grilled Kambing Golek. Amacam, ada tak menu favorite korang? Kalau belum ada, jom kita tengok menu-menu lain yang ada.




Selain tu juadah dari live cooking stations, mereka juga menyajikan lauk-pauk favorite zaman berzaman seperti Madras Curry Ikan Bawal, Kupang Goreng Asam Masam Manis, Rusa Masak Kuzi Selatan, Daging Masak Dendeng Berlado, Ikan Masak Lemak Hijau, Nyonya Curry Ayam, Ayam Masak Madu Bijan, Signature Fried Spice Prawn, Ikan Song Yee Tempoyak Cili Api dan banyak lagi. Aku still tak boleh move on dengan kesedapan Daging Masak Dendeng Berlado kat sini. Sumpah sedap! Daging juicy dan lembut. Dari segi rasa pulak sangat sedap, membuatkan aku makan sampai menambah dua tiga kali.







Dah kenyang makan juadah utama, jangan lupa untuk try macam-macam jenis pencuci mulut yang ada. Sebut saja nak makan apa, Ais Kacang, kuih-muih tradisional Melayu, Bubur Pulut Hitam, Cendol, kek dan macam-macam lagi. Semua ada! Paling best, biskut raya favorite sepanjang zaman pun ada seperti biskut makmur dan suji. Oh lupa, lagi satu aneka jenis minuman disediakan. Tapi, my most favorite drink kat sini semestinya Teh Tarik. Memang kaw kaw punya!







Kalau korang plan nak pergi Genting Premium Outlet (GPO) untuk shopping raya, alang-alang tu singgah lah berbuka puasa di Geo Resort & Hotel. Buffet Ramadhan Citarasa Selera Geo bermula 4 April 2022 sehingga 2 May 2022. Kalau ada plan nak ke GPO atau ke Genting Highlands, dah boleh book awal-awal. Sekarang ni ada promo untuk early bird. Hanya RM98 nett untuk dewasa. Tawaran istimewa ini akan berakhir sehingga 31 Mac 2022.

Untuk harga biasa, pakej buffet Ramadan di Geo Resort & Hotel dijual pada harga RM138 nett untuk dewasa dan RM69 nett untuk kanak-kanak yang berusia bawah 12 tahun. Untuk warga emas yang berumur 65 tahun dan ke atas, cuma RM75 nett.






Dari segi pilihan juadah dan rasa, tak payah risau. Aku berani cakap, makanan kat sini sedap-sedap. Pilihan pun banyak dan paling penting dapat berbuka dengan suasan yang aman damai. Paling penting, Cabana Restaurant telah mendapat pengiktirafan sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 


Kalau korang plan nak booking untuk buffet Ramadan, korang boleh WhatsApp pihak Geo Resort & Hotel di talian +6019-236 7838 atau email kepada reservation@georesort.my Untuk maklumat lanjut tentang pakej buffet Ramadan Citarasa Geo, korang boleh kunjungi website https://www.georesort.my/citarasaselerageo/ Just in case korang ada plan nak buat majlis berbuka puasa bersama family besar, majlis untuk company, reunion atau corporate event, korang boleh hubungi terus pihak Geo Resort & Hotel untuk special arrangement. Jangan lupa book awal-awal untuk buat reservation bagi mengelakkan sebarang masalah. Nanti kalau full, frust weh, hehe!

Btw, kalau korang merancang untuk overnight di Genting Highlands, korang boleh try book bilik untuk staycation di Geo Resort & Hotel. Lokasi yang sangat strategik iaitu terletak di Genting Permai Geo Resort & Hotel. Banyak tempat-tempat menarik di sekitar dan sangat dekat dengan Genting Premium Outlet (GPO) atau Awana Genting Station. Pendek kata, kalau dari Kuala Lumpur nak pergi naik public transport pun mudah. Cuma RM10 sehala dari KL Sentral, Terminal Bersepadu Selatan (TBS) atau Putra Gombak untuk ke Genting Highlands. Sangat convenient!

Geo Resort & Hotel menawarkan 252 bilik dengan pemandangan indah. Ada bilik hotel yang boleh nampak view puncak Genting Highlands. Untuk perkongsian seterusnya, nanti aku akan share serba-sedikit pengalaman peribadi aku sendiri pertama kali staycation di Geo Resort & Hotel. Stay tuned!

Untuk maklumat lanjut tentang promosi terkini dan tawaran hebat dari GEO Resort & Hotel, korang boleh kunjungi website ataupun follow laman sosial media mereka. Check it out!

Website: 

Facebook: 

Instagram: 

Post a Comment

1 Comments

  1. Alahai bestnya berbuka kt genting.. dulu masa kt KL setiap tahun mesti ada peluang berbuka kt atas tu.

    ReplyDelete