Ada yang tengah mencari Buffet Ramadan murah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor? Apa kata sempena bulan Ramadan yang bakal kunjung tiba tak lama lagi, jom kita tengok tawaran istimewa dari Santapan Ummis Hijau Kasturi. Untuk buffet Ramadan tahun ini, Santapan Ummis Hijau Kasturi akan menyajikan lebih kurang 30 juadah dengan tema Sajian Istana & Nusantara yang akan bermula pada 4 April 2022 sehingga 29 April 2022.
Lagi menarik, seleksi buffet Ramadan yang dihidangkan adalah berbeza setiap hari. Sebut saja nak makan apa, dari sajian Semenanjung Malaysia sehingga ke Sabah dan Sarawak, sajian Nusantara dari Indonesia dan tak ketinggalan sajian Brunei yang pastinya akan menambat selera terutama sekali kepada sesiapa sahaja yang pertama kali menjejaki kaki ke Santapan Ummis Hijau Kasturi.
Untuk pengetahuna semua, Santapan Ummis Hijau Kasturi ini dimiliki oleh pasangan suami isteri iaitu Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah. Kalau nak tahu, pasangan ini cukup terkenal dengan kehebatan air tangan mereka dalam menyediakan aneka sajian yang sedap-sedap. Pengalaman mereka yang telah berkhidmat sebagai chef peribadi Istana dan kerabat diraja Brunei sebelum ini diterjemahkan menerusi santapan Istana yang akan turut disajikan dalam seleksi bufet Ramadan nanti.
Pasangan suami isteri ini telah berkecimpung lebih dari 28 tahun dalam bidang kulinari secara profesional. Sepanjang pengalaman tersebut, mereka setia berkhidmat dengan kerabat diraja Brunei selama lebih dari 8 tahun. Malah, mereka masih berbakti sehingga ke hari ini tatkala ada dalam kalangan kerabat yang mencemar duli ke Malaysia terutama yang merindui akan air tangan mereka.
Selain itu, pasangan ini juga pernah berkhidmat di Royal Brunei Airlines, Holiday Inn Toronto, Kanada, Hilton Petaling Jaya, serta terlibat sebagai tenaga pengajar di Management and Science University (MSU) Shah Alam. Paling membanggakan, Santapan Ummis Hijau Kasturi sering kali menjadi pilihan katering beberapa syarikat penyiaran terkenal seperti Astro, BERNAMA, TV3 serta banyak lagi. Dari segi kualiti juadah dan kesedapan, jangan risau. Terbukti sedap!
Antara menu Istana yang bakal disajikan adalah Nasi Kebuli, Kurma Ayam, Daging Pindang Brunei, Ikan Liking, Gulai Lemak Rebung Dengan Pucuk Manis, Masak Hitam Hati Buyah(Paru Lembu), Sambal Ikan Tahai, Pais Daging, Sambal Urat-Uratan, Kelupis Brunei dan Kuih Serabai Durian.
Mengancam tak menu-menu kat sini? Dari segi juadah yang disediakan, aku boleh katakan sangat sedap. Berbaloi kalau datang makan bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Konsep restoran ini pula tampil dengan tatarias hiasan elemen Melayu. Dari segi kemudahan dan keselesaan pengunjung, surau turut disediakan di bahagian dalam restoran. Paling penting, ruangan parkir juga luas di tingkat bawah premis. Untuk yang mencari tempat untuk majlis keraian ataupun sambutan ulangtahun, kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis. Menarik kan? Aku pun first time datang sini sebab menghadiri majlis sambutan ulangtahun kelahiran sahabat blogger, Khai Azfar.
Mungkin ada yang dah excited nak tahu harga buffet Ramadan kat sini yang dikatakan paling murah tu berapa? Dengan harga RM35.90 nett untuk dewasa dan RM17.90 nett untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah* dan warga emas berumur 60 tahun ke atas, Ummis Hijau Kasturi sekaligus menjadi antara buffet Ramadan yang termurah. Setuju tak? Susah nak dapat harga murah macam ni dengan sajian yang istimewa dan sedap. Jadi, korang jangan lepaskan peluang untuk try sendiri.
Memandangkan kita masih lagi dalam pandemik, Ummis Hijau Kasturi memang sentiasa mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam prosedur operasi standard (SOP) pengendalian restoran. Mereka telah menetapkan hanya menerima 70 orang pengunjung dalam satu masa sahaja.
Selain itu, kalau korang tengah mencari caterer untuk apa jua majlis, boleh juga try servis catering dari Ummis Hijau Kasturi. Dengar kata mereka sentiasa menjadi pilihan kebanyakan syarikat korporat terkenal seperti Gamuda, BERNAMA, Astro dan banyak lagi.
Ada yang tertanya-tanya, kat mana letaknya restoran Santapan Ummis Hijau Kasturi ni? Restoran ni terletak di Sentul Village. Korang waze je "Sentul Village", gerenti akan jumpa deretan kedai yang sebaris dengan Baskin Robbins. Hah, kat situ la terletaknya restoran ni. Untuk pengetahuan semua, restoran ini dibuka pada setiap hari untuk sajian Melayu Asli, Nusantara dan Barat. Mereka juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian untuk mereka yang tinggal di kawasan berhampiran.
Apa tunggu lagi? Dah tengok kan menu-menu isitmewa yang ada. Jangan lepaskan peluiang untuk mencuba sendiri juadah yang disajikan di Santapan Ummis Hijau Kasturi. Orang kata, kalau tak try tak tau. Hah, kalau dah try memang akan repeat datang lagi. Btw, thank you Khai atas jemputan ke Majlis Sambutan Ulangtahun. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dipermudahkan segala urusan dan sukses selalu. Kalau tak sebab attend birthday party Khai, tak tahu ada restoran sedap macam ni di area Sentul.
Kalau korang pun berminat nak try makan sini, boleh la datang bila-bila masa. Kalau nak buat tempahan buffet Ramadan** atau nak booking untuk sebarang event, korang boleh hubungi nombor yang disertakan kat bawah ni.
Pejabat
03-40324383
Operasi
017-6534133
Pengeluaran/Production
011-23058511
*harga promosi kanak-kanak terhad kepada maksimum tiga orang kanak-kanak bagi setiap keluarga
** Bayaran deposit 60% perlu dijelaskan bagi tujuan tempahan
Waktu Operasi Bulan Ramadan:
Setiap hari bermula jam 6.30 petang hingga 9.00 malam
Waktu Operasi Harian:
Dibuka pada setiap hari kecuali Isnin bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang
Ummis Hijau Kasturi
G3A. Sentul Village Service Apartment,
No 10. Jln Sentul Perdana,
Sentul, 51200, Kuala Lumpur.
Facebook
Instagram
Di kesempatan ini juga, aku nak share moment-moment best sepanjang majlis sambutan ulangtahun kelahiran sahabat blogger, Khai Artzfar. Tahniah juga atas sambutan ulangtahun penubuhan blog yang ke-12. Fuh, pejam celik pejam celik, dah 12 tahun Khai bergelar seorang blogger. Sekarang dah jadi wartawan dah pun. Semoga terus sukses!
Selain menyajikan juadah yang enak-enak, majlis diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah. Macam-macam hadiah yang disediakan hasil tajaan daripada stokis Heads Shampoo, M Cosmec, portal hiburan Gayah is Typing dan Buzzing Malaysia. Majlisn yang dihadiri lebih kurang 50 orang tetamu ini juga mendapat tajaan daripada syarikat kek terkenal di Kuala Lumpur iaitu Cat & The Fiddle.
Apapun, majlis yang diadakan sangat meriah. Mana taknya, dah hampir 2 tahun kita tak dapat berkumpul ramai-ramai macam ni dek kerna PKP dan pandemik, finally kali ini kita semua berkesempatan dan berpeluang untuk berkumpul dan bersua muka.
Meh nak throwback sikit. Dulu, aku kenal Khai ni time dia student lagi dan aku baru start kerja di Kuala Lumpur. Kami kenal di event Genting. Masa tu join free trip ke Awana Genting. Boleh baca sini kalau nak tengok rupa kami time muda-mudi dulu, hahahaha. After few years, banyak join trip dan travel sama-sama sampai ke Kunming, Cruise trip Penang-Hatyai-Krabi dan Aceh. Kemudian, kami pernah sama-sama kerja dalam satu team untuk Projek Travel. Sampailah sekarang, masing-masing busy dengan kerjaya masing-masing, tapi personal blog tak pernah ditinggalkan. Kerana, di sini tempat kami mencari rezeki, dan di sini jugalah tempat kami kenal erti jatuh bangun. Apapun, di kesempatan ini sama-sama kita doakan semoga kita semua terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi dan sentiasa dibukakan pintu-pintu rezeki. Amin. Kalau ada terdetik nak berhenti, ingatlah kenapa kita bermula. Blogging is life!
0 Comments