Staycation di Grand Barakah Hotel, Ampang

Semenjak pandemik melanda ni, dah lama rasanya tak travel ataupun staycation. Kalau dulu, boleh dikatakan setiap bulan ada je trip ke mana-mana. Paling tidak pun, staycation di hotel-hotel, homestay atau airbnb yang berdekatan. Untuk tahun 2022, jom kita mulakan dengan staycation di Grand Barakah Hotel, Ampang. Tak jauh pun dari rumah, sekitar 10 minit je. Bolehlah kan, sekadar untuk tukar angin nak feeling staycation pada cuti hujung minggu.


Kalau korang nak tahu, sebelum ini hotel ini lebih dikenali sebagai De Palma Hotel, Ampang. Bermula Oktober 2021, pengurusan baru telah mengambil alih hotel ini dan rebranding dengan nama Grand Barakah Hotel. Apa kelainan dulu dan sekarang? Paling ketara, konsep yang dibawakan oleh pihak Grand Barakah Hotel lebih moden dan Islamik. Hotel ini bertaraf 3 bintang dan merupakan hotel yang patuh syariah. Bila menjejakkan kaki di hotel ini, kita boleh rasakan vibes yang berbeza seolah-olah berada di hotel-hotel di Makkah atau Madinah. 


Dari segi lokasi, Grand Barakah Hotel yang terletak di Ampang ni sangat strategik untuk sesiapa sahaja yang datang bercuti di Kuala Lumpur. Tak jauh untuk ke Kuala Lumpur City Centre, malah dari bilik hotel pun dah boleh nampak 4 mercu tanda sebagai ikonik Kuala Lumpur iaitu bangunan pencakar langit seperti KL Tower, KLCC, TRX dan juga KL 118. Grand Barakah Hotel juga terletak berhampiran dengan deretan kedai-kedai dan restoran. Jadi, tidak hairanlah hotel ini sentiasa menjadi tumpuan warga Klang Valley ataupun orang ramai dari luar Kuala Lumpur untuk menginap dan bercuti di sini.


Dari segi kemudahan dan fasiliti, Grand Barakah Hotel tampil unik dengan mengetengahkan konsep patuh syariah dan Islamik. Paling menarik, mereka menyediakan surau khas di Tingkat 3 untuk solat jemaah dengan mempunyai 3 imam tetap. Bukan itu sahaja, surau ini juga dijadikan tempat untuk solat Jumaat pada setiap hari Jumaat. Sempena Ramadan yang bakal kunjung tiba tak lama lagi, surau ini akan dijadikan lokasi utama untuk berterawih. Menarik kan? Untuk kemudahan di bilik pula, pihak Grand Barakah Hotel menyediakan sejadah dan tanda arah kiblat. 

Secara keseluruhannya, Grand Barakah Hotel mempunyai 11 tingkat dan menyediakan 205 bilik. Selain itu, mereka menawarkan 36 bilik jenis suite iaitu Executive Suites dan Premier Suites. Secara ringkasnya, kalau nak menginap di Grand Barakah Hotel ni, korang boleh pilih antara 6 jenis bilik yang ditawarkan mengikut kategori iaitu Premier Floor ataupun Deluxe Floor.

Premier Floor
  • Premier Deluxe
  • Premier Junior Suite
  • Premiere Executive Suite
Percuma tuala dengan setiap penginapan di bilik Premier Floor, Grand Barakah Hotel Ampang.

Tempahan bilik Premier Floor pada harga bermula serendah RM230.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.





Deluxe Floor
  • Deluxe
  • Junior Suite
  • Executive Suite

Mungkin ada yang tertanya-tanya, Grand Barakah Hotel ni brand hotel baru ke? Actually, pengurusan Grand Barakah Hotel ni dah lama wujud sebagai agensi pelancongan untuk umrah dan haji yang dikenali sebagai Barakah Umhaj. Syarikat ni dah beroperasi selama 20 tahun dan pada Oktober 2021 merupakan titik mula syarikat ini menguruskan hotel pertama mereka dengan mengambil alih De Palma Hotel Ampang yang kini dikenali sebagai Grand Barakah Hotel.


Pengalaman Staycation di Grand Barakah Hotel

Jujurnya, ni first time aku menginap di Grand Barakah Hotel. Dulu, time De Palma Hotel beroperasi pun tak pernah menginap kat sini. Cuma pernah datang untuk attend event je. Finally, kali ni dapat juga merasa untuk staycation di Grand Barakah Hotel. Bilik yang aku menginap untuk staycation kali ini adalah Premier Deluxe. Bilik agak luas, bersih dan selesa. Interior design pun memang nampak minimalist dan bermotifkan Islamik. View dari tingkap bilik pula memang betul-betul menghadap KL City Centre. Nampak semua bangunan tinggi mercu tanda KL. Seronok!




Overall experience. aku rasa berbaloi menginap di sini dengan bilik yang selesa, lokasi yang strategik, makanan dengan hidangan buffet yang berbaloi dan paling penting hospitaliti yang sangat memuaskan. Setiap bilik disediakan fasiliti asas seperti toiletaries, water heater, mineral water, sejadah, televisyen, peti sejuk mini, safety box, hanger, tuala, sofa dan workstation. Dari segi kebersihan, aku sangat berpuas hati, memang kemas dan bersih. Lagi satu yang aku perasan bila nak check in, hotel ni bau wangi. Tak ada bau-bau hapak atau kepam. Memang senang hati!



Buffet Hari-hari Hari Raya

Antara sebab utama aku nak staycation di Grand Barakah Hotel adalah kerana buffet Warisan Bonda. Nak tahu apa yang special? Kat sini dihidangkan dengan macam-macam juadah raya. Dengan tagline, "Hari Hari, Hari Raya", memang meriah dengan menu raya. Nampaknya kalau mengidam nak makan makanan raya, dah tahu tempat nak dituju. Hari tu, lepas solat Jumaat di Masjid Negara ada dapat flyers promosi tentang Warisan Bonda ni. Memang dah berhajat nak pergi try buffet kat sini. Finally, alang-alang ada staycation kat sini, jom kita try!



Kafe yang baru sahaja dibuka di Grand Barakah Hotel ini menawarkan pelbagai sajian istimewa raya. Kalau dulu nak makan ketupat rendang dan lain-lain, kita kena tunggu hari raya, sekarang tidak lagi. Di Warisan Bonda kita dapat menikmati juadah kegemaran kita setiap hari. Antara juadah yang diasjikan adalah ketupat nasi, ketupat palas, lemang, burasak dan lepat lui. Tak lengkap hidangan raya tanpa rendang ayam, rendang daging, rendang limpa, ayam masak merah dan sambal sotong. Selain itu, nasi lemak dan kuah longtong juga disediakan. Bila sampai sini, first menu yang aku try adalah lontong. Happy giler rasa sebab memang dah lama aku teringin nak makan lontong yang sedap macam ni..




Jangan terkejut pula bila tengok menu yang ada dan harga yang ditawarkan. Harga buffet cuma RM30 per pax. Amacam, berbaloi ke tidak? Bagi aku, personally sangat berbaloi-baloi. Makan lah apa jua menu yang ada sampai puas. Warisan Bonda beroperasi bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang. Kalau nak makan buffet nasi lemak, korang kena datang bermula jam 6 petang sehingga 11 malam. Mana nak dapat weh dengan harga murah macam ni dan hidangan yang sedap-sedap. Betul tak?


The Rumbia Coffee House

Selain Warisan Bonda, korang juga boleh try menu hi-tea di The Rumbia Coffe House yang ditawarkan pada setiap hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Untuk sesi hi-tea, ia akan bermula dari jam 12 tengahari sehingga 4 petang. Harga macam mana? Jangan risau, harga yang ditawarkan memang berbaloi. Untuk dewasa RM58/pax, warga emas RM38/pax dan kanak-kanak RM28/pax.




Restoran Az-Azzraf

Selain menu hari raya dan menu hi-tea, Grand Barakah Hotel juga ada menyajikan menu Arab dan Turki di Restoran Az-Azzraf. Restoran ni terletak di tingkat 3, bersebelahan dengan swimming pool dan surau. Kalau korang teringin nak makan makanan Arab atau Timur Tengah, bolehlah bertandang ke sini. Apa yang menarik, kat sini agak eksklusif dengan tatarias yang bermotifkan Arabian. Dekorasi memang tip top dan ada ruang makan privasi untuk korang yang nak makan bersama family atau sahabat handai. Restoran Az-Azzraf beroperasi dari jam 11 pagi sehingga 12 tengah malam. Kalau nak buat private event pun boleh kat sini, memang tempat cantik dan selesa.



Fasiliti Grand Barakah Hotel

Okey, bab bilik penginapan dan makan-makan kita dah tengok. Last but not least, jom kita tengok apa lagi fasiliti yang ada di Grand Barakah Hotel. Nak bawa family bercuti, kena lah cari tempat yang cantik, selesa dan berbaloi. 


Untuk yang nak bawa anak-anak bercuti, Grand Barakah Hotel juga ada kolam renang yang teletak di tingkat 3. Terdapat dua jenis kolam yang disediakan iaitu untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Best juga kolam renang kat sini, besar dan selesa.


Ini yang paling rare, hotel mana lagi ada surau yang besar macam ni? Siap ada iman tetap dan dibuka untuk solat jemaah setiap waktu dan solat Jumaat setiap minggu. Setiap hari Jumaat akan diadakan majlis tazkirah pada pukul 12.20 tengahari yang mana tazkirah akan disampaikan oleh penceramah hebat yang dijemput khas oleh pihak hotel. Surau ini juga diimarahkan dengan qiamullai, solat terawih sepanjang bulan Ramadan dan solat dhuha. Rasanya tak ada di tempat lain yang macam ni, hanya di Surau Jumaat Nurul hikmah Grand Barakah Hotel, Ampang. 


Grand Ballroom

Alang-alang duk bercerita tentang Grand Barakah Hotel, nak share lagi satu pakej yang ditawarkan. Kalau ada yang tengah mencari lokasi untuk majlis besar-besar seperti perkahwinan dan sebagainya, boleh cuba ambil pakej Grand Ballroom. Grand Barakah Hotel memiliki sebuah dewan yang luas dan selesa dengan kapasiti 600 pax untuk satu-satu masa mengikut SOP. Harga yang ditawarkan pula bermula serendah RM38 per pax untuk hidangan buffet ataupun Dome Set.


Jadi, itu sahaja perkongsian aku untuk kali ini. Apapun, pengalaman staycation di Grand Barakah Hotel memang best. Maklumlah, dah lama tak staycation. Bila dapat staycation di hotel yang selesa macam ni, ditambah pula dengan makan buffet yang best-best, jadi perfecto! Kalau korang pun plan nak bercuti atau staycation di KL, apa kata korang book di Grand Barakah Hotel.

Untuk pertanyaan lanjut dan booking, korang boleh hubungi:-

0197194070 - Ain
0197564070 - Rawi
0199614070 - Alma
0199624070 - Luqman
03-42207070- Pejabat


Untuk dapatkan info lanjut berkaitan Grand Barakah Hotel atau promosi terkini, korang juga boleh layari website dan media sosial. Check it out!

Website

Facebook

Instagram 

Twitter

Post a Comment

1 Comments