Untuk lokasi berbuka puasa kali ini, aku nak share satu lagi tempat special untuk peminat steak dan western food. Kat mana lagi kalau bukan di Me'nate Steak Hub Shah Alam. Actually, banyak lagi outlet Me'nate yang ada. Terbaru, dengar kata kat Kelantan pun dah buka outlet Me'nate Steak Hub iaitu di Kubang Kerian. Yeay, balik kampung nanti, boleh la try makan di Me'nate Steak Hub Kelantan pula. Untuk perkongsian kali ni, aku nak share serba-sedikit tentang menu berbuka puasa di Me'nate Steak Hub. Untuk korang yang teringin nak berbuka puasa dengan steak, lamb, ribs dan sebagainya, jangan pening-pening. Datang je ke Me'nate Steak Hub, gerenti puas hati.
Palace Butcher Resources Sdn Bhd iaitu pengendali Restoran Me’nate Steak Hub terus komited dalam menghidangkan sajian Ramadan terbaik seperti tahun-tahun sebelumnya di semua cawangan Me’nate Steak Hub seluruh negara. Istimewa untuk peminat steak berkualiti tinggi, korang boleh menikmati juada istimewa dari Me'nate Steak Hub bermula pada 4 April 2022 sehingga 1 Mei 2022.
Kalau tahun lepas, Me'nate Steak Hub tampil dengan Bufet Ramadan, untuk tahun 2022 ini ada sedikit kelainan. Untuk menu berbuka puasa tahun 2022, Me'nate Steak Hub menawarkan hidangan istimewa “Mubarak Iftar Platter’ untuk ‘Dine-In” dan “Mubarak Iftar Nate-Box" untuk "take-away". Pastinya, kesemua menu yang ditawarkan ini bakal membuatkan para pelanggan tidak sabar untuk mencuba sendiri pada bulan Ramadan kali ini.
Walaupun tak ada bufet Ramadan macam tahun 2021, tetapi apa yang istimewa untuk Mubarak Iftar Platter di Me'nate Steak Hub adalah akses percuma ke ‘Mini Buffet – Appetizers & Deserts” yang menyajikan pelbagai juadah yang lazat. Macam-macam menu ada termasuklah kuih-muih tradisional. kek, pastri, buah-buahan dan macam-macam lagi.
'Mubarak Iftar Platter'
Mubarak Iftar Platter berkonsepkan kekeluargaan dalam suasana baru dan norma baru yang lebih segar dan santai. Untuk menyemarakkan lagi semangat kekeluargaan dan kekitaan sempena Ramadan bersama keluarga dan rakan-rakan, menikmati juadah 'Mubarak Iftar Platter' ketika berbuka puasa adalah satu pilihan yang tepat.
Heavenly Ribs
Heavenly Me'nate
Heavenly Lamb
Me’nate Steak Hub di kesemua cawangan menyajikan menu istimewa untuk Mubarak Iftar Platter iaitu Steamed Persian Rice, Full slab BBQ Wa’gyu/Angus Beef Ribs, Persian Style Grilled Ribeye Steak, Mediterranean Braised Lamb shank, Persian Style Braised Whole Lamb Shoulder, Roasted Bbq Chicken, Sahawigq, Pepperoni Pizzadillas, Nachos Bbq Beef, Mammamia Beef Carbonara Pasta, Seafood Aglio E Olio pasta serta pilihan minuman dalam jug seperti Cha bang ang, Orange Sunset, House-made Chrysanthemum, Watermelon Mint dan pelbagai lagi menu ala-carte untuk juadah seisi keluarga.
Selain daripada menu istimewa Ramadan, Me’nate Steak Hub juga masih mengekalkan menu-menu ala carte lain yang terpapar dalam Menu Standard Me’nate Steak Hub seperti hari-hari biasa.
'Mubarak Iftar Nate-Box'
Steak it up! Lagi istimewa untuk Ramadan tahun ini, para pelanggan yang merancang untuk berbuka puasa di rumah bersama keluarga juga boleh menempah sajian 'Mubarak Iftar Nate-Box Me’nate' yang menawarkan tiga (3) pilihan iaitu Nate-Box Heavenly Me'nate, Nate-Box Heavenly Lamb dan Nate-Box Heavenly Ribs. Setiap set isitmewa ini menyajikan pelbagai daging stik premium dan halal. Pilihan set Nate-Box standard juga masih disediakan bagi yang ingin menempah selain daripada Edisi Ramadan.
Nate-Box Heavenly Ribs
Nate-Box Heavenly Lamb
Nate-Box Heavenly Me'nate
Early Bird Discount
Macam mana, mengancam ke tidak menu-menu sempena Ramadan 2022 kali ini? Apa tunggu lagi. Sempena Ramadan 2022, Me’nate menawarkan pakej “Early Bird dengan diskaun 15% bagi yang menempah awal sebelum 31 Mac 2022.
Terlepas untuk grab promosi eraly bird? Jangan risau, Me’nate Steak Hub juga menawarkan pekej menarik untuk tempahan Jamuan Korporat Ramadan buat syarikat-syarikat korporat yang ingin menganjurkan jamuan berbuka puasa buat kakitangan.
Selain daripada itu, Me’nate juga menyediakan peluang kepada syarikat korporat yang ingin melaksanakan CSR dan Amal Jariah di bulan Ramadan dengan menyediakan Pakej Infak istimewa dengan tema “Sesekali Kita Infak Makanan Premium” untuk diagihkan kepada golongan Asnaf/Tahfiz/Anak Yatim yang memerlukan untuk berbuka puasa.
Antara pakej yang ditawarkan adalah Pakej Infaq Platinum (300-450pax), Pakej Infaq Gold (200-250pax) dan Pakej Infaq Silver (100-150pax). Bagi syarikat yang berminat, boleh berhubung terus dengan pegawai perhubungan korporat Me'nate untuk maklumat lanjut di talian 019-4771047.
Ready-To-Eat MeatLab
Untuk korang yang teringin nak makan steak atau produk ready-to-eat daripada Me'nate Steak Hub, korang boleh beli produk dari Meat Lab. Ada tiga menu utama yang dijual iaitu Lamb Shabu, Rendang Tok dan Daging Harimau Melalak. Beli yang dah siap macam ni, balik rumah cuma perlu panaskan dan siap-sedia untuk dihidangkan. Beli untuk bagi kat orang pun boleh. Sama-sama berkongsi rezeki!
Untuk sebarang urusan tempahan sama ada tempahan awal, tempahan jamuan korporat, atau tempahan pakej infaq, korang boleh menghubungi Me’nate di talian 03-4141 9133 atau WhatsApp 019-3911047. Untuk mendapatkan lebih banyak informasi dan promosi terkini dari Me'nate Steak Hub, jangan lupa untuk kunjungi website dan laman sosial media mereka. Check it out!
Website:
Facebook:
Instagram:
0 Comments