Nak Travel Perlu Ke RTK Test atau PCR Test?

Nak travel perlu ke RTK Test atau PCR Test? Semenjak border Malaysia dibuka mulai 1 April 2022, industri pelancongan di dalam dan di luar negara semakin rancak. Kini, dah ramai warga Malaysia mula travel especially ke luar negara. Ada juga warga Malaysia yang terkandas bertahun-tahun di negara orang mengambil peluang ini untuk pulang ke tanah air, Malaysia. Namun, ramai yang masih confuse tentang prosedur terkini tentang ujian COVID-19 yang perlu mereka patuhi.


Ada yang masih samar-samar sama ada perlu ke buat ujian COVID-19 sebelum berlepas ke negara luar? Ada juga yang tertanya-tanya, kalau domestic flight perlu ke buat ujian COVID-19? Dan paling penting, untuk pelancong luar ke Malaysia atau warga Malaysia yang ingin pulang ke tanah air, apakah prosedur ujian COVID-19 yang patut mereka jalani setibanya di lapangan terbang Malaysia?

Untuk merungkai seribu satu persoalan tentang ujian COVID-19 dan prosedur pelancong masuk atau keluar dari Malaysia, kini eMedAsia tampil selaku platform one stop centre untuk menyampaikan maklumat berkaitan COVID-19 dan prosedur terkini untuk travel ke luar atau ke dalam Malaysia dalam mendepani Fasa Endemik.

Prosedur Semasa Ketibaan di Airport Malaysia

  1. Pelancong yang berumur 7 tahun dah ke atas perlu menjalani RTK-Ag dalam tempoh 24 jam dari waktu ketibaan di mana-mana pusat kesihatan
  2. Boleh dapatkan COVID-19 Breathalyser & RTK-Ag testing services di lapangan terbang
  3. Pelancong yang gagal menjalani RTK-Ag dalam tempoh 24 jam dari waktu ketibaan perlu menjalani Digital Home Surveillance Order (HSO) sehingga ujian COVID-19 dilakukan
  4. Jika korang didapati positif COVID-19, sila berhubung dengan pihak COVID-19 case management protocol
  5. Keputusan ujian akan dimuatnaik ke MySejahtera oleh petugas kesihatan yang terlibat.
  6. Semua kos akan ditanggung oleh para pelancong sendiri
  7. Kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan ke bawah dikecualikan menjalani ujian ketibaan
  8. Pelancong dari Singapore dikecualikan menjalani ujian COVID-19 semasa ketibaan

Ujian RC-PCR di eMedAsia

Kalau korang tercari-cari lokasi untuk menjalani ujian RC-PCR COVID-19, korang boleh daftarkan slot korang di eMedAsia. Dengan adanya platform seperti eMedAsia, proses pendaftaran slot untuk ujian RC-PCR dan proses ujian COVID-19 dapat dilakukan dengan lebih cepat dan efisien.


Kelebihan eMedAsia

  1. Menyediakan ujian saringan COVID-19 iaitu RTK test and PCR test dengan harga yang berpatutan
  2. Menyediakan perkhidmatan & rundingan kesihatan terutama sekali berkaitan COVID-19 untuk memudahkan urusan pelancong dalam menjalani ujian COVID-19 sekaligus mempercepatkan proses dan menjimatkan masa
  3. Menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan, ujian darah dan banyak lagi pemeriksaan berkaitan kesihatan

eMedAsia

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa itu eMedAsia? Alang-alang duk bercerita tentang eMedAsia, jom kita teliti sedikit-sebanyak info berkaitan dengan eMedAsia. Actually, eMedAsia dimiliki oleh HS Bio dengan kerjasama Koperasi Persatuan Perubatan Malaysia (KOOP) iaitu ahli kepada Malaysian Medical Associations (MMA). MMA merupakan badan yang mendaftarkan pengamal perubatan di Malaysia. eMedAsia mempunyai kira-kira 2,500 pengamal perubatan yang diiktiraf MOH diseluruh negara.

Virtual COVID-19 Screening Tests dengan kerjasama CLEADOC

  1. Tak perlu ke hospital atau klinik
  2. Ujian RTK dan ujian PCR boleh dilakukan anytime & anywhere mengikut keselesaan masing-masing
  3. Keputusan ujian COVID-19 disahkan oleh Doktor bertauliah dan akan dikemaskinikan dalam aplikasi MySejahtera
  4. eMedAsia menyediakan perkhidmatan ujian darah dan diagnostik
  5. eMedAsia siap-siaga dalam menawarkan perkhidmatan insurans COVID-19 yang bakal dilancarkan pada penghujung April 2022

Keistimewaan Pelanggan eMedAsia

  1. Boleh skip Airport Test Queue with Online Pre-Booking semasa ketibaan di airport melalui website mysafetravel
  2. Tak perlu beratur panjang dan bersesak-sesak di tempat saringan COVID-19 dijalankan sekaligus mengurangkan risiko terdedah dengan COVID-19
  3. Ujian RTK atau Ujian PCR boleh dilakukan di lokasi pilihan anda sama ada di hotel atau di klinik berhampiran mengikut keselesaan masing-masing
  4. eMedAsia mempunyai lebih daripada 2000 ahli berdaftar
  5. Perkhidmatan yang disediakan memudahkan urusan ujian COVID-19 dan ditawarkan pada harga yang berpatutan
  6. Keputusan ujian akan terus dikemaskini ke aplikasi MySejahtera oleh pekerja perubatan
  7. Doktor perubatan yang bertauliah dan diakui oleh MoH & KOOP MMA

Harga Perkhidmatan Ujian COVID-19 di eMedAsia

Harga perkhidmatan RTK-Ag Profesional yang dilakukan di klinik melalui eMedAsia adalah seperti berikut:
  1. RM90 untuk bukan warganegara Malaysia
  2. RM70 untuk rakyat Malaysia

Untuk maklumat lanjut tentang eMedAsia, korang boleh kunjungi laman sesawang berikut:
  1. Untuk tempahan ujian RTK di klinik dan mendapatkan semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh eMedAsia, kunjungi emedasia.com
  2. Untuk tempah ujian RTK di klinik panel boleh kunjungi traveller.emedasia.com
  3. Senarai semak untuk pelancong luar yang masuk ke Malaysia, boleh rujuk di mysafetravel.gov

Tips:
1. Travel ke luar negara, prosedur ujian COVID-19 bergantung kepada polisi negara tertentu
2. Ketibaan di Malaysia, kena follow prosedur ujian RTK atau Ujian PCR yang telah ditetapkan
3. Travel dalam negara (domestic flight) di Malaysia tak perlu menjalani ujian COVID-19

Post a Comment

0 Comments