Sebelum ni, kalau ke Genting Highlands aku selalu menginap di hotel yang berdekatan dengan Theme Park. Untuk trip kali ni, aku cuba menginap di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands. Mungkin ada yang tertanya-tanya, kat mana lokasi hotel ni? Sebenarnya, hotel ni dekat je dari Kuala Lumpur / Klang Valley. Lagi dekat dari nak ke Genting Premium Outlets (GPO) atau Awana Genting Station. Dari tepi jalan besar, dah boleh nampak Geo Resort & Hotel, Genting Highlands yang tersergam indah sebelum sampai ke Stesen Awana Genting yang bertentangan dengan GPO.
Kebetulan time tu aku tengah bercuti panjang. Settle program Volunteering bersama Global Peace Foundation Malaysia di kampung orang asli di Muadzam Shah, aku bertolak balik ke Kuala Lumpur. Memandangkan car pool dengan member, suruh dia drop di Stesen Putra Gombak yang bersebelahan dengan stesen LRT Gombak. Actually, kalau korang plan nak naik bas ke Genting Highlands, korang boleh naik bas sama ada dari Stesen Putra Gombak atau Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ataupun KL Sentral. Tiket pun tak mahal, dalam RM10 sehala. Memandangkan aku dari Muadzam Shah, terus stop di Gombak dan naik bas ke Awana Genting Station. Perjalanan lebih kurang 1 jam, bila sampai di Awana Genting Station tu, sempat la sekejap menyinggah di Genting Premium Outlet (GPO) dan shopping apa yang patut. Then, aku ambil grab untuk ke Geo Resort & Hotel dengan tambang sekitar RM8-RM10. Kalau nak ke Genting Theme Park pun mudah, naik je Cable Car dari stesen Awana Genting tadi. Memang convenient!
Okey, back to our story! Staycation di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands. Memandangkan ni first time aku menginap di bawah, bukan di puncak Genting Highlands, jadi tak sempat nak ronda-ronda di Genting Theme Park yang baru buka tu. Takpe, next time boleh plan lain. Cuma, kalau korang plan nak staycation di Genting Highlands, especially plan nak shopping di Genting Premium Outler (GPO) atau bersiar-siar di ladang strawberry dan sebagainya, aku rasa lokasi hotel ni memang strategik. Paling best, di sekitar hotel ni pun agak meriah. Macam-macam kedai makan, food trucks dan Starbucks pun ada. Memang heaven! Overall experience menginap di Geo Resort & Hotel selama 2 hari 1 malam ni, aku memang berpuas hati. Ye lah, setelah seminggu bermandi-peluh di bawah panas terik mentari buat kerja-kerja bertani di kebun, akhirnya dapat staycation di hotel yang selesa macam ni untuk berehat, memang bersyukur sangat. Rasa betul-betul rejuvenated!
Geo Resort & Hotel, Genting Highlands
Actually, ni first time aku menjejakkan kaki ke Geo Resort & Hotel, Genting Highlands. Perasaan memang teruja bila tengok lobi hotel pun dah lawa. Fuh, memang betul-betul eksklusif! Untuk penginapan di Geo Resort & Hotel, ada beberapa pilihan bilik iaitu Premier Suite, Family Suite, Deluxe Room dan Superior Room. Untuk penginapan kali ini, aku stay di Superior Room.
Superior Room ni dilengkapi dengan dua single bed. Tilam dan bantal yang disediakan sangat selesa. Pendek kata, kalau buka aircond terus tidur lena sampai ke bulan, hahahaha. Jadi, kalau korang plan nak staycation atau self-retreat, boleh la datang sini. Memang puas hati!
Superior Room ni saiznya agak besar dan selesa iaitu kira-kira 32.4 meter persegi. Paling best, dilengkapi dengan workstation, TV LED, Coffee Maker, Minibar, Seterika dan hair drier. Pendek kata, cukup lengkap dengan segala kemudahan untuk sebuah bilik hotel.
Selain itu, bath rob juga disediakan. Oh lagi satu, kalau korang ada barang-barang berharga yang nak ditinggalkan dalam bilik time nak keluar, jangan risau. Boleh guna safety box yang disediakan. Bercuti dengan tenang dan aman!
Apa yang aku paling suka dengan bilik-bilik di Geo Resort & Hotel ni, ia mempunyai balkoni. Korang boleh tengok balkoni bilik sebelah, atas dan bawah. Kalau ambil gambar di balkoni, memang cantik dan insta-worthy. Lagi satu, pemandangan dari balkoni bilik pun lawa. Sejuk mata memandang!
Selain itu, bilik mandi dan tandas Superior Room ni juga sangat bersih dan selesa. Dilengkapi dengan toileteries yang cukup lengkap. Paling aku suka adalah rain shower. Memang best mandi, laju betul air. Refreshing!
Landskap cantik
Selain lobi hotel yang cantik dan bilik yang selesa, satu lagi tarikan di Geo Resort & Hotel adalah dari segi landskap. Bagi aku, personally aku rasa hotel ni menitikberatkan konsep hijau ataupun Go Green! Bayangkan, dari jauh atau dari highway dah boleh nampak kehijauan Geo Resort & Hotel. Memang cantik dan menarik!
Fasiliti
Dari segi fasiliti pula, kalau korang plan nak staycation kat sini jangan lupa bawa sports attire dan swimming suite. Kalau korang aktif bersukan, boleh ke gimnasium ataupun swimming pool. Bukan setakat hotel je cantik, tandas awam kat sini pun cantik. Fuh, tak mustahil kalau kat toilet pun ramai yang akan singgah OOTD ataupun selfie, hahahaha.
1 Comments
CANTIKNYA HOTEL NI
ReplyDelete