Aneka Citarasa U.S Potato Sempena World Nutrition Day

Sempena World Nutrition Day iaitu Hari Pemakanan Sedunia yang disambut pada 28 May setiap tahun, pihak Potatoes USA telah menganjurkan cook-off challenge dengan tema Aneka Cita Rasa,  "A World of Flavors". Seramai 20 bloggers telah menyertai acara ini dalam menyerlahkan kebolehan memasak dan mencipta resipi masing-masing menggunakan US Potato. Pendek kata, macam-macam resipi berjaya diolah dengan penuh kretiviti berasaskan ubi kentang A.S. Ini sekaligus memperlihatkan US Potato sangat versatile dalam menyediakan juadah aneka citarasa yang cepat, lazat, mudah dan paling penting berkhasiat. Program ini telah berlangsung di TCH Foodworks Culinary Workspace, Petaling Jaya. Jom kita tengok aneka citarasa U.S Potato sempena World Nutrition Day!


Aku rasa sangat bertuah dan excited bila dipilih sebagai salah seorang peserta untuk cook-off challenge yang dianjurkan oleh pihak U.S Potato. Kalau tahun-tahun sebelum ini, aku pernah join pertandingan memasak U.S Potato secara atas talian (online), kali ini debaran dia lain macam sebabnya kami kena masak secara live. Kami diberi masa selama 45 minit untuk menyediakan juadah yang telah kami pilih sebelum hari pertandingan. Feeling macam masuk Master Chef pun ada, hak3. Setiap kumpulan diwakili oleh 2 peserta. Untuk kali ini, aku bergandingan bersama Mawardi Yunus. Alhamdulillah, dalam 10 kumpulan yang bertanding dengan 10 menu yang berentap, resipi ciptaan kami berjaya menambat hati juri sekaligus dinobatkan sebagai juara untuk cook-off challenge kali ini. Nak tahu apa yang kami masak? Jom, check it out!


Jujurnya, persediaan kami untuk cook-off challenge ni memang last minute sebab aku sibuk dengan kerja. Sehari sebelum bertanding baru kalut cari bahan-bahan dan waffle maker. Malam sebelumnya pula baru kalut try buat R&D resipi yang kami nak buat. Menu yang kami pertaruhkan kali ini adalah U.S Potato Savory Waffle dan U.S Potato Smoothie. Percubaan pertama buat waffle memang tak menjadi. Rasa masin, tekstur pun tak cantik. Terus rasa gelabah dan cuak. Cubaan ke-dua, nasib baik menjadi dan hasilnya dapatlah rupa waffle. Memandangkan kami tak berpuas hati, kami try buat sekali lagi dan akhirnya hasilnya sangat marvellous! Kami dapat apa yang kami nak dari segi tekstur dan juga rasa. Bersorak sakan di pagi buta. Terus rasa lega! Jadi, bila tiba di hari pertandingan, kami just relax dan enjoy the moment. Objektif utama kami adalah to make sure resipi yang kami nak buat menjadi. Bila jumpa member-member semua, terus hilang rasa nervous. Yang penting, kami enjoy!


Bila join pertandingan memasak dalam team, benda pertama memang kena ada "teamwork". Kami dah bagi tugas siap-siap memandangkan masa yang diberikan hanya 45 minit. Lagi-lagi bila kami plan nak sediakan dua menu. Apa yang dirancang, semuanya berjalan dengan lancar. Inilah antara moment-moment kalut dan best yang sempat dirakam untuk simpan sebagai kenang-kenangan. Terima kasih Mawardi sebab jadi sparring partner yang sangat cekap dan efisien. Dia banyak bagi idea time brainstorming sejak dari pemilihan menu, cari bahan-bahan, olah resipi dan cara penyediaan sehingga ke kaedah platting.


Jujurnya, ini pengalaman pertama kali aku join pertandingan memasak cook-off challenge secara berkumpulan macam ni. Memang satu penglaman yang berharga. Berbaloi ambil cuti sehari untuk timba ilmu dan pengalaman baru. Untuk kali ini, kami cuba cari kelainan dan cuba keluar dari zon selesa. Kebiasaanya, orang akan pertaruhkan menu yang selalu dibuat. Apa yang kami buat adalah terbalik, buat benda yang tak pernah kami buat. Kami cuba mengolah makanan favorite kami iaitu Waffle dan Smoothie kepada menu yang lebih sihat dan penuh nutrisi. Jadi, kami olah 2 menu ni dengan menggunakan US Russet Potato. Korang pernah makan waffle dan smoothie yang diperbuat daripada ubi kentang? Tak pernah kan? Hah, kami pun tak pernah. Jadi, sebab kami nak try sesuatu yang baru, kami berani mati cuba ambil peluang ini sebagai satu cabaran. Walhal, tak pernah pun buat waffle sebelum ni. Disebabkan cabaran ini, dapat juga belajar buat waffle. Nothing to loose, right?


Selain menu utama iaitu savory waffle dan smoothie, kami juga perlu menyediakan topping untuk waffle. Kami dah sepakat untuk sediakan dua jenis topping iaitu savory dan fruity. Ini adalah moment kalut bila "poached egg" kami tak menjadi di saat-saat akhir. Masa ni, waktu pertandingan dah hujung-hujung nak tamat. Kami kena buat platting untuk dihidangkan ke meja juri. Walaupun ada cacat-cela sikit, kami hidangkan juga. Yang penting, savory waffle  dan smoothie kami menjadi. Bab tatarias dan presentation, kami surrender, haha. Tapi, okey la kan? Konsep minimalist, hehe. Apa komen korang?


Inilah hasil bersilat selama 45 minit di dapur. Kami menghidangkan U.S Potato Savory Waffle dan juga U.S Potato Smoothie. Alhamdulillah, kami bersyukur sangat sebab kedua-dua menu yang kami hidangkan ni menjadi. Paling happy bila tekstur dan rasa yang kami dapat hasilkan di hari pertandingan melebihi expectation kami sendiri. Smoothie rasa sedap, savory waffle pun gebu dan lazat. 


Untuk savory waffle, kami sediakan dua jenis topping. First set, dengan poached egg, breast chicken with mixed herbs, asparagus dan roasted sesame dressing. Second set kami hidangkan bersama buah anggur dan mapple syrup. Kedua-dua kombinasi ini sangat sesuai dengan savory waffle. Jadi, U.S Potato Savory Waffle sangat versatile untuk dihidangkan dengan apa jua topping sama ada untuk breakfast, lunch, tea break ataupun dinner. Untuk golongan yang aktif, U.S Potato Savory Waffle ni sesuai untuk fuel up energy sebelum melakukan exercise ataupun refuel energy setelah selesai melakukan exercise. U.S Potato Savory Waffle ini juga sangat sesuai dihidangkan bersama dengan U.S Potato Smoothie. Perfecto!


Apa yang menarik tentang Kentang A.S. sama ada yang segar atau sejuk beku, ia adalah ramuan serbaguna yang boleh memberi inspirasi kepada kita untuk menyediakan pelbagai sajian tak kira untuk pembuka selera, sup, hidangan utama mahupun manisan. Di samping itu, kentang A.S. kaya dengan nutrien dan mengandungi lebih banyak tenaga berbanding mana-mana sayur-sayuran popular lain. Jadi, bila kami gunakan ubi kentang sebagai bahan utama untuk waffle dan smoothie, kami cuba untuk memberi nilai tambah dalam menu favorite ramai yang disukai oleh pelbagai lapisan peringkat umur. Mudah-mudahan, resipi ini akan mendapat sambutan dan sekaligus dapat membekalkan nutrien dan khasiat tambahan dalam hidangan harian.


Menurut pakar runding diet Indra Balaratnam, sebiji kentang A.S saiz sederhana membekalkan kira-kira 110 kalori yang mudah dihadam. Paling menarik, ia tidak mengandungi kolesterol, garam mahupun lemak. Kentang A.S merupakan sayur jenis ubi yang padat dengan nutrien, menjadikannya pilihan makanan yang sihat untuk menjaga kesihatan seisi keluarga.

Sebiji kentang A.S. sederhana mengandungi 26 gram karbohidrat (9% nilai harian) untuk membekalkan tenaga kepada otot dan otak. Selain itu, ia mengandungi protein untuk membantu dalam pembinaan sel dan otot. Kentang A.S. juga kaya dengan Vitamin C (30% nilai harian) yang menjadikannya sajian lebih sihat dan memainkan peranan penting dalam menyokong sistem imuniti badan.


Cik Tania Lee, pakar diet sukan juga berkongsi petua tentang manfaat Kentang A.S. bagi mereka yang menjalani kehidupan aktif dan cergas. Kentang boleh memberi tenaga kepada badan dan menyokong prestasi sukan. Karbohidrat ialah pembekal tenaga penting bagi otot semasa bersenam dan juga proses pemulihan selepas sesi bersenam, justeru membantu mencapai prestasi fizikal dan mental yang optimum.

Kentang mengandungi 3 gram protein dan setiap hidangan merupakan sumber khasiat bagi tumbesaran dan juga komponen penting bagi perkembangan otot, ligamen, dan sendi. Kalium ialah mineral yang merupakan elektrolit bagi otot untuk berfungsi dengan baik. Sebiji Kentang A.S membekalkan 15% daripada keperluan kalium harian dan ini lebih banyak daripada yang terkandung dalam pisang saiz sederhana. Apa yang disampaikan oleh Cik Tania Lee adalah faktor utama kenapa kami menggantikan pisang kepada U.S Potato dalam menghasilkan smoothie.


Sempenan sambutan World Nutrition Day, pakar diet Indra Balaratnam telah berkongsi empat resipi menyelerakan dan berkhasiat dengan menggunakan kentang A.S. iaitu Mufin Kentang Russet A.S., Kroket Feta & Parsli Kentang A.S., Kerabu Epal Hijau Kentang Russet A.S. dan Kentang A.S. Bakar ala TexMex. Indra menerangkan bahawa sajian-sajian ini mudah disediakan dan popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kelazatan rasa yang menambat selera dan sememangnya sesuai untuk disajikan dalam majlis keluarga dan juga sebagai sajian segera. Jadi, kalau korang nak try resipi berkhasiat berasaskan ubi kentang, korang boleh rujuk resipi yang dikongsikan oleh Dietitian terkenal iaitu Indra. Selamat mencuba!


U.S. POTATO FETA AND PARSLEY CROQUETTE


Description of the recipe: 
Vegetarian, Gluten-free

Recipe by: 
Indra Balaratnam, Consultant Dietitian

Prep Time: 
25 minutes

Cook Time: 
10 minutes

Ready Time: 
35 minutes

Potato Type: 
US Russet

Serves: 
Makes 15 X 1 inch balls

Prep Method: 
Boiling, Baking

Course: 
Snack, Appetizer, Side dish

Ingredients:
  1. 1 large US Russet potato – peeled, boiled and mashed
  2. 70 grams feta cheese
  3. 1/2 teaspoon garlic powder
  4. 2 Tablespoons finely chopped English parsley
  5. 1 ½ to 2 cup Corn flakes – crushed into rough crumbs
  6. 1 egg – lightly beaten
  7. Spray oil
Preparation:
  1. Boil the US Russet potato in a pot of water till fork tender.
  2. Drain the potatoes and mash the US Potato
  3. Stir in the feta cheese and mash it roughly to mix with the mashed potato. Stir in the chopped English parsley and garlic powder. Season with salt and crushed black pepper.
  4. Evenly divide the mashed potato mixture into 15 balls. Dip the in the beaten egg and coat it with the crushed corn flakes.
  5. Spray the potato balls with spray oil. Bake in a 200 degree Celsius oven for 10 minutes until corn flake crumbs are crispy

Serving dip options: 
Serve with honey mustard dressing

Nutrition
Nutrition Information (per ball):
  • Calories: 50
  • Protein: 2g
  • Fat: 1g (18% fat from total calories)
  • Carbohydrates: 8g
  • Fiber: 1g
  • Fat: 1g
  • Sodium: 87mg

TEXMEX STYLE U.S. POTATO SKINS


Description of the recipe: 
Vegetarian

Recipe by: 
Indra Balaratnam, Consultant Dietitian

Prep Time: 
20 minutes

Cook Time: 
25 minutes

Ready Time: 
45 minutes

Potato Type: 
US Russet

Serves: 
4 paxs

Prep Method: 
Panfry, Microwave, Broil/Grill

Course: 
Side dish, Light meal

Ingredients:
  1. 2 medium US potatoes – scrub the skin and pat dry
  2. 50 grams chopped red onion
  3. 1 jalapeño chilli pepper -- seeded and minced
  4. 30 grams cherry tomatoes -- diced
  5. 1/3 cup canned black beans -- drained and rinsed
  6. 1/3 cup frozen corn kernels
  7. 2 tsp ground cumin
  8. 4 Tablespoons shredded cheddar cheese
  9. 4 Tablespoons fat-free sour cream
  10. Salt & black pepper to taste
  11. Finely chopped spring onion
Preparation:
  1. Prick 2 medium US Russet Potatoes and microwave on high for 6 minutes. Check for doneness by gently squeezing them. They should be soft to the touch.
  2. Preheat the oven grill to 200 degrees Celsius. Slice each potato in half lengthwise. Scoop out potato flesh, leaving a 1/4-inch shell. Set the potatoes flesh aside for later. Place potatoes on a foil-lined baking sheet. Spray with cooking spray and sprinkle with salt. Broil for 5 minutes, or until crisp and golden.
  3. Meanwhile, heat the olive oil in a pan. Add chopped onion and jalapeño and cook for 3 minutes.
  4. Add the chopped cherry tomatoes, black beans, corn and cumin and cook for 5 more minutes.
  5. Mix the cooked bean and corn mixture to the potato flesh. Season with salt and pepper to taste.
  6. Remove potatoes from oven, using tongs to carefully flip over. Pack each potato skin with the bean and US Russet potato mixture. Top with shredded cheese, dividing evenly.
  7. Return the potatoes into the oven and grill for about 4 minutes, or until the cheese melts slightly. Remove from oven to cool for 10 minutes. Top each with a tablespoon of fat-free sour and sprinkle with finely chopped spring onion.
Nutrition:
Nutrition Information (per serving)
  • Calories: 283
  • Protein: 10g
  • Fat: 8g (24% of fat from total calories)
  • Carbohydrates: 45
  • Fiber: 5g
  • Sodium: 531mg
U.S. RUSSET POTATO MUFFINS


Description of the recipe: 
Vegetarian, Gluten-free

Recipe by: 
Indra Balaratnam, Consultant Dietitian

Prep Time: 
20 minutes

Cook Time: 
30 minutes

Ready Time: 
50 minutes

Potato Type: 
US Russet

Serves: 
Makes 12 muffins

Prep Method: 
Boiling, Baking

Course: 
Snack, Appetizer

Ingredients:
  1. 3 medium-sized US Russet Potatoes – skinned, boiled and mashed
  2. 1 egg – lightly beaten
  3. ½ cup very finely grated carrot
  4. 1/4 cup finely chopped spring onion
  5. ½ teaspoon garlic powder
  6. ½ cup (50 grams) shredded cheddar cheese
  7. Salt & crushed black pepper to taste
Preparation:
  1. Preheat the oven to 180ºC. Very lightly brush the non-stick muffin pans with some olive oil
  2. Cut the peeled US Russet potato into small cubes and boil in water for a few minutes till they are tender when pierced with a fork. Drain the potatoes and mash it up
  3. Add in the beaten egg, finely grated carrot, spring onion, garlic powder and cheddar cheese. Mix well and season it with salt and black pepper to taste
  4. Bake the muffins for 30 minutes until golden brown and crisp around the edges.
  5. Remove the pan from the oven and allow to cool for 10 minutes before gently taking it out of the muffin pan.
Notes
These muffins can be kept in the freezer. To reheat, just put them into the microwave for 40 seconds.

Nutrition
Nutrition Information (per muffin):
  • Calories: 69
  • Protein: 3g
  • Fat: 2g (26% fat from total calories)
  • Carbohydrates: 10g
  • Fiber: 1g
  • Sodium: 55mg
U.S. RUSSET POTATO GREEN APPLE KERABU


Description of the recipe: 
Gluten-free

Recipe by: 
Indra Balaratnam, Consultant Dietitian

Prep Time: 
25 minutes

Cook Time: 
10 minutes

Ready Time: 
35 minutes

Potato Type: 
US Russet

Serves: 
3 paxs

Prep Method: 
Panfry, Salad

Course: 
Salad, side dish, Appetizer

Ingredients:
  1. 1 medium US Potato – skinned and cut into thin cubes
  2. 1 green apple – cut into thin matchstick strips
  3. 40 grams sliced red onions
  4. 80 grams (1/2 cup) cherry tomatoes – quartered
  5. 80 grams (1/2 cup) Japanese cucumber – diced
  6. 20 grams (1/4 cup) ikan bilis
  7. 1 Tablespoon Canola oil
  8. ¼ cup chopped coriander leaves & sliced red chili to garnish
Ingredients to be pounded together for the kerabu dressing:
  1. 1 cloves garlic
  2. 2 cili padi (adjust to your spice level)
  3. 2 teaspoons palm sugar
  4. 1 Tablespoon Thai fish sauce
  5. 2 Tablespoons freshly squeezed calamansi juice
Preparation:
  1. Heat 1 Tablespoon of Canola oil in a pan and lightly panfry the US Russet potato till cooked.
  2. Remove from pan onto paper towels and set aside
  3. Using the same pan, lightly toast the ikan bilis till crisp. Set aside
  4. Pound all the ingredients for the salad dressing together using a pestle and mortar. Set aside
  5. Gently toss the cooked US Russet potato, the green apple and ikan bilis with the dressing
  6. Top with chopped coriander leaves and serve immediately
Nutrition
Nutrition Information (per serving):
  • Calories: 177
  • Protein: 5g
  • Fat: 5g (26% fat from total calories)
  • Carbohydrates: 29g
  • Fiber: 4g
  • Sodium: 497.5mg

Untuk maklumat lanjut dan resipi menarik, kunjungi www.uspotatogoodness.com.my atau Facebook: @My Potatoes USA

Post a Comment

1 Comments

  1. Mantap laaa.. US Potato pun makin dah dikenali ramai. Boleh pula buat menu sedap. Nyum nyummm

    ReplyDelete