Meat Cartel TTDI Sambut Ulangtahun Pembukaan Pertama

Siapa kat sini pernah makan di mana-mana outlet Meat Cartel? Untuk peminat BBQ Smoke, Meat Cartel adalah destinasi yang tak asing lagi bagi mereka untuk mendapatkan hidangan yang digemari termasuklah ayam, daging, kambing dan sebagainya. Ni first time aku menjejakkan kaki ke Meat Cartel TTDI sempena majlis sambutan ulangtahun pertama pembukaannya.

TEXAS STYLE SMOKED BARBEQUE

Meat Cartel Holding Sdn Bhd mula beroperasi sejak tahun 2017. Mereka menawarkan hidangan unik iaitu Authentic Texas Style Smoked Barbeque. Mungkin ramai yang tak tahu tentang konsep Texas Style Smoke Barbeque. 

Untuk pengetahuan semua, cara masakan Texas Style adalah secara perlahan dan memakan masa yang agak lama. Ini bermakna semua daging dan ayam yang dihidangkan di Meat Cartel dipanggang menggunakan kayu api secara perlahan-lahan untuk mendapatkan hasil smoke atau salai yang terbaik. Teknik ini mengambil masak lebih kurang 14 jam untuk memberikan rasa yang enak, tekstur yang lembut, ‘tender’ & ‘juicy' terutama sekali kepada penggemar steak, ribs, Brisket dan Lamb.

Setakat ini, Meat Cartel sudahpun mempunyai 13 cawangan Meat Cartel di seluruh Malaysia. Antara outlet Meat Cartel selain dari Meat Cartel TTDI adalah outlet di Lembah Klang, Kuala Lumpur, Melaka, Ipoh, dan Putrajaya. Tidak lama lagi, Meat Cartel akan membuka beberapa cawangan baru terutamanya di Utara dan Pantai Timur.


SELAMAT ULANGTAHUN PERTAMA MEAT CARTEL TTDI

Meat Cartel TTDI mula beroperasi pada November 2021. Memandangkan pada ketika itu dunia sedang menghadapi pandemik, pembukaan Meat Cartel TTDI adalah satu cabaran. Tahniah kepada Encik Rozhan Bin Rahmat iaitu pemilik cawangan Meat Cartel TTDI. Pejam celik, sekarang dah setahun usia pembukaaan outlet Meat Cartel TTDI. Beliau yang memiliki pengalaman kerjaya dalam bidang Automotive Industry kini telah pun berjinak-jinak di dalam perniagaan. Minat beliau yang mendalam dalam perniagaan khususnya dalam industri F&B menjadikan Meat Cartel TTDI berdiri teguh sehingga hari ini.

Apa yang menarik di outlet Meat Cartel, kini mereka menyajikan menu ala-carte lunch seperti salad, pasta, nasi, wrap, daging salai dan macam-macam lagi. Menu yang ditawarkan sesuai untuk seisi keluarga. Para pelanggan boleh dine-in di outlet Meat Cartel ataupun buat pesanan secara atas talian (online) di https://meatcartelbbq.com/delivery-and-reservations.

Overall experience di Meat Cartel TTDI memang puas hati. Dari segi makanan memang tip top. Dekorasi dalam kedai pun sangat eksklusit dan insta-worthy. Kalau korang nak try, jangan lupa datang ke Meat Cartel TTDI.

Alamat:
Meat Cartel TTDI
No.127, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.

Instagram Link:

Post a Comment

0 Comments