Sepohon by 10gram Gourmet, Tamarind Square Kini Dibuka!

Korang tengah mencari tempat "dating romantik" paling hijau di Cyberjaya? Ataupun mencari event space atau lokasi terbaik untuk surprise birthday? Aku nak share satu lokasi menarik yang korang patut cuba iaitu Sepohon by 10gram Gourmet yang terletak di Tamarind Square, Cyberjaya yang baru dibuka pada 5 Jun 2022. Kenapa aku cakap "romantik" dan "hijau"? Mana taknya kalau seluruh restoran dihiasi dengan lampu berwarna-warni seolah-olah kita berada di Turki dan dipenuhi dengan pokok-pokok hijau yang segar dan mendamaikan. Pendek kata, dekorasi keseluruhan Restoran Sepohon ini sangat wow dan membuatkan mata kita terpana, terpesona dengan keindahanya terutama sekali pada waktu malam. Sangat sesuai untuk korang yang plan nak "candle light dinner" bersama insan tersayang.


Bukan sahaja indah di mata dengan dekorasi yang cantik, malah mesra poket dan menyajikan juadah yang sedap bertaraf hotel lima bintang. Sepohon mengetengahkan citarasa daging panggang (grill) dan BBQ. Kelainan yang ditampilkan oleh Sepohon sekaligus menjadikannya sebagai salah satu tarikan terbaru di lokasi favorite anak muda masa kini iaitu Tamarind Square, Cyberjaya.


Sepohon yang diinspirasikan daripada kewujudan tumbuhan menghijau yang memenuhi restoran ini adalah cawangan terbaru di bawah lembayung beberapa restoran lain iaitu, 10 Gram, 10 Gram Bakers & Steak dan Kojo. Sepohon bukan hanya menawarkan menu unik daging panggang (steak) yang dibakar perlahan menggunakan kayu dari pokok rambutan dan manggis, malah ia amat ditunggu-tunggu untuk memenuhi permintaan ramai terhadap citarasa barat di sekitar Cyberjaya terutama kepada pencinta steak dan BBQ.


Kalau korang bertandang ke Cyberjaya terutama sekali ke Tamarind Square, jangan lupa untuk singgah di Sepohon dan merasai sendiri pengalaman istimewa menikmati BBQ & Steak dengan suasana eksklusif dan lain dari yang lain. Pastinya korang akan terkesima dengan senarai menu makanan dan minuman yang ditawarkan. Pendek kata, juadah yang disajikan memenuhi citarasa masa kini dengan harga serendah RM5. 

Apa tunggu lagi? Jom, kita nikmati daging lembu atau kambing mahupun ayam yang dibakar menggunakan pemanggang khas dan menu istimewa hasil air tangan chef muda berbakat besar iaitu Aminuddin Bin Izhar yang baru berusia 23 tahun. Paling penting, juadah yang disajikan di sini dijamin HALAL!


Untuk hidangan BBQ dan Steak, harga telah dipamerkan pada setiap paket daging. Harga yang dipamerkan termasuk dengan 2 side dishes yang boleh dipilih iaitu Grilled Corn, Salad, Saffron Pilaf Rice, Mashed Potato, Baked Potato, French Fries atau Mac & Cheese. Dari segi daging, ada banyak jenis yang kita boleh pilih. Antaranya Australia Angus Striploin ataupun Arg Corn Feed Striploin.



Bagi korang yang plan nak celebrate birthday di Sepohon, jangan risau. Sepohon juga ada menyediakan kek yang korang boleh beli. Jadi, tak perlu kalut-kalut nak beli kek dari tempat lain kalau nak buat surprise birthday untuk insan tersayang ataupun kawan-kawan.


Selain itu, antara tarikan lain yang ada di Sepohon adalah aneka pilihan minuman viral dan pencuci mulut yang boleh dinikmati sebelum dan selepas hidangan utama. Antara minuman yang korang wajib cuba di Sepohon adalah Driving Me Nut, Chocolate Popcorn dan Golden Summer. Apa yang aku suka sangat tentang minuman di Sepohon, ia tak manis sangat dan sedap. Highly recommended!


Kalau korang plan nak makan di roof-top, korang disarankan untuk datang lewat petang. Jadi, korang berpeluang untuk menyaksikan sunset. Selain itu, panorama malam dengan berlatar-belakangkan bangunan pencakar langit dan pancaran cahaya lilin di segenap ruang di Sephon pastinya akan menjadikan pengalaman makan malam korang bersama insan tersayang menjadi lebih bermakna.


Untuk korang yang mencari event space untuk organize apa-apa majlis, korang boleh consider untuk datang ke Sepohon. Dengan keluasan 500 meter persegi, mempunyai dua tingkat dengan kapasiti sehingga 100 orang tetamu dalam satu-satu masa,Sepohon amat sesuai untuk dijadikan lokasi untuk apa jua majlis atau keraian. Alang-alang dah sampai di Sepohon, aku tak lepaskan peluang untuk tengok sendiri roof top. Nah, ada beberapa foto yang sempat aku rakam untuk tontonan semua terutama sekali bagi korang yang plan nak jadikan Sepohon sebagai lokasi majlis korang di masa akan datang.





Sepohon turut menyediakan pakej ulang tahun kelahiran dan perkahwinan dengan menyediakan dekorasi istimewa seperti hiasan belon, ucapan dan kek idaman hati. Sepohon dibuka setiap hari bermula jam 12 tengah hari – 10 malam. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, korang boleh hubungi 010-2135835 (En Edd) atau layari www.10gramgourmet.com.

Mesti korang excited nak tahu apa menu-menu yang korang patut order especially untuk first timer yang nak bertandang ke Sepohon kan? Meh, aku share beberapa menu yang aku rasa sangat berbaloi untuk order dan try di Sepohon. Banyak lagi menu-menu yang best. Tapi, untuk kali ni aku nak share beberapa menu yang aku dah try.

Melon Bun with Butter

Driving Me Nut

Triple M&M

Seafood Aglio Olio 

    BBQ Fiesta
Hidangan untuk 4 orang yang menyajikan short beef ribs, beef brisket, pulled lamb, whole leg chicken, baked parmesan potato, grilled corn on the cob, dan saffron pilaf rice.

The Volcano

Macam mana, menarik tak menu-menu di Sepohon? Jujurnya, makanan dan minuman di Sepohon ni bagi aku sedap. Kena dengan anak tekak dan selera aku. So guys, kalau korang nak try the best BBQ & Steak in town, korang wajib singgah di Sepohon, Tamarind Square, Cyberjaya.

Sepohon, Tamarind Square

Mengapa dinamakan Sepohon?
Nama Sepohon diambil daripada konsep restoran yang dihiasi dengan pelbagai jenis pokok hiasan hidup dan segar sebagai dekorasi tambahan. Bukan hanya sekadar perhiasan, malah pokok-pokok yang ada di Sepohon boleh dibeli untuk dibawa pulang.

Apakah keistimewaan menu yang terdapat di Sepohon?
Antara keistimewaan menu yang ditawarkan di Sepohon adalah hidangan BBQ dan panggang yang dimasak perlahan selama 12 jam.

Apakah jenis kayu api yang digunakan untuk memanggang di dapur Sepohon? 
Di Sepohon, mereka menggunakan kayu dari pokok rambutan dan manggis.

Hidangan yang patut dicuba apabila bertandang ke Sepohon? 
Beef Brisket dan Stone Grilled Steaks.

Adakah makanan di Sepohon Halal?
Semua hidangan di Sepohon dijamin Halal kerana mereka memiliki sijil halal dan diiktiraf oleh JAKIM.

Selain makanan dan minuman, apakah yang ditawarkan di Sepohon?
Terdapat pelbagai jenis pokok hiasan hijau dan dekorasi hiasan rumah yang boleh dibeli untuk dibawa pulang.


Harga untuk pokok hiasan dan dekorasi rumah yang dijual? 
Harga pokok hiasan yang dijual di Sepohon bermula serendah RM10

Keunikan yang terdapat di Sepohon?
Sepohon menyediakan ruang makan yang cantik dan selesa. Menawarkan pakej "candle light dinner" dengan set-up yang sangat romantik. Selain itu, Sepohon mempunyai event space di bahagian roof top untuk apa jua majlis.

Berapakah jumlah pelanggan mengikut kapasiti ruang di Sepohon? 
Sepohon boleh memuatkan sehingga 100 tetamu pada satu-satu masa


Lokasi dan premis Sepohon?
Sepohon terletak di Tingkat 4, Blok A Tamarind Square, Cyberjaya. Mempunyai keluasan 500 meter persegi dan terdiri daripada 2 tingkat (indoor & outdoor). Ruang di tingkat bawah adalah tertutup manakan ruang di tingkat atas (roof top) adalah ruang terbuka.

Kalau korang plan nak bertandang ke Sepohon, boleh kunjungi Sepohon di alamat berikut. Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk website dan laman sosial media mereka. Check it out!

Alamat: 
Restoran Sepohon, A-04-05, Block A, 
Tamarind Square, 63200 Cyberjaya, Selangor. 

Waktu operasi: 
12 tengah hari – 10 malam (setiap hari)

No Tel: 
010-2135835 (En Edd)

Website:

Instagram: 

Post a Comment

0 Comments