Akademi Diyana dengan Kerjasama SME Corp Malaysia Menjayakan Program Women Beauty Preneur

Masih tercari-cari kat mana nak belajar tentang ilmu keusahawanan terutama sekali dalam bidang kecantikan? Untuk korang yang berminat nak belajar dengan lebih terperinci tentang teknik dan kemahiran solekan, dandanan, ilmu keusahawanan dan sebagainya, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk turut serta dalam kursus kemahiran di Akademi Kecantikan Artistik Diyana. Baru-baru ini, Akademi Diyana telah berjaya menganjurkan Majlis Konvokesyen & Ulangtahun ke-15 mereka. Kali ini, satu lagi kejayaan yang dicapai oleh Akademi Diyana dengan kerjasama SME Corp Malaysia dalam merealisasikan Program Beauty Preneur di bawah inisiatif Program Micro Connector. Kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Akademi Diyana membuktikan komitmen dan kesungguhan mereka dalam membimbing dan memacu kejayaan usahawanita di Malaysia sekaligus meningkatkan taraf hidup dan pendapatan isi rumah terutama sekali dalam kalangan suri rumah.


SME Corp. Malaysia selaku agensi penyelaras pusat pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Malaysia turut memberi fokus dalam membantu perusahaan mikro untuk berkembang maju dan berdaya saing dalam pasaran. Program Micro Connector merupakan program induk yang dilaksanakan khusus bagi membantu perusahaan mikro menjalankan perniagaan secara lebih cekap serta membimbing komuniti inklusif termasuk golongan wanita, belia, B40, OKU, Orang Asli, bekas banduan dan sebagainya dalam mempelajari teknik serta memperoleh kemahiran baharu, sekaligus menjana pendapatan menerusi aktiviti keusahawanan.



Bagi merealisasikan hasrat ini, pihak SME Corp. Malaysia telah mengambil pendekatan untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu untuk dilantik sebagai Rakan Penyedia Perkhidmatan bagi membimbing kumpulan sasaran. 


Sejak Program Micro Connector mula dilaksanakan pada tahun 2019 sehingga Disember 2021, seramai 19,171 peserta termasuk perusahaan mikro dan individu dari komuniti inklusif telah menerima manfaat dengan jumlah bantuan bernilai RM11 juta. Program Micro Connector telah melakar kejayaan. Antaranya, ada antara peserta yang menyertai program ini telah merekodkan peningkatan purata pendapatan bulanan sehingga 100%. Ini membuktikan program seumpama ini sangat efektif dan relevan untuk diteruskan.


Syarikat Akademi Kecantikan Artistik Diyana merupakan salah sebuah Rakan Penyedia Perkhidmatan di bawah Program Micro Connector yang telah dilantik pada tahun 2022. Dengan kepakaran yang ada pada Akademi Diyana, mereka telah berjaya menganjurkan Program Women Beauty Preneur. Program ini telah memberi manfaat kepada 400 orang peserta wanita dengan membantu mereka mempelajari teknik dan kemahiran solekan khusus bagi hari acara, majlis makan malam, professional ethics dan latihan pemasaran. Selain itu, setiap peserta telah diberikan kit permulaan perniagaan untuk memberi galakan kepada mereka dalam menjana pendapatan melalui aktiviti keusahawanan.


Antara inisiatif yang telah diambil oleh pihak Akademi Diyana adalah dengan kunjungan ke setiap negeri terpilih untuk menjayakan Program Woman Beauty Preneur (Program Micro Connector). Terkini, Akademi Diyana merancang untuk melanjutkan program bagi peserta Women Beauty Preneur (Program Micro connector) dengan memilih seramai 200 orang peserta terbaik dalam program sebelum ini untuk diberi pemantauan penuh selama 6 bulan sehingga mereka berjaya menjana pendapatan sendiri. Pihak Akademi Diyana juga akan turut membantu mereka mendapatkan dana pinjaman untuk melanjutkan pelajaran kemahiran ke peringkat advance sehingga mendapat sijil yang diktiraf. Selain itu, Akademi Diyana juga akan membantu mereka dalam mendapatkan dana pinjaman sebagai modal awal perniagaan.


Bukan itu sahaja, Akademi Diyana akan menjelajah ke setiap negeri untuk memberi latihan jangka pendek kepada mereka yang berminat menceburkan diri dalam bidang kemahiran sebagai platform untuk mereka memulakan perniagaan. Dalam kursus jangka pendek ini, Akademi Diyana akan lebih menekankan persediaan para peniaga dengan dandanan diri (imej grooming), pemasaran luar talian (offline marketing), seni perucapan di khalayak ramai (public speaking), asas perakaunan dan ilmu pembayaran tax bagi setiap perniagaan. Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada peserta sebelum ini, ramai dalam kalangan mereka yang masih kurang pendedahan tentang ilmu asas perniagaan dan perakaunan serta persiapan diri sebagai peniaga. Selain itu, ada antara mereka yang kurang keyakinan diri untuk bercakap dengan pelanggan. Dengan segala permasalahan dan cabaran yang mereka hadapi, pihak Akademi Diyana tampil menyediakan solusi dengan menyediakan kelas kemahiran dan latihan yang diperlukan.


Bagi golongan yang kurang berkemampuan, Akademi Diyana mensasarkan kerjasama dengan jabatan kerajaan negeri seperti pusat zakat dan kebajikan masyarakat untuk mengeluarkan dana bagi belia, ibu tunggal, anak yatim, asnaf serta OKU untuk membantu mereka menceburkan diri dalam pembelajaran bidang kemahiran sehingga mendapat sijil yang diktiraf sekurang-kurangnya SKM Level 2. Dengan inisiatif ini, setidak-tidaknya dapat membantu mereka yang memerlukan untuk menjana pendapatan sendiri sekaligus menaik taraf kehidupan harian mereka.




Program yang dirancang ini adalah untuk mencapai Visi Akademi Diyana bagi melahirkan golongan berilmu, mahir dan profesional ke arah membangunkan nilai usahawan dalam industri kosmetik, rawatan kecantikan/spa, salon rambut serta jurusolek.  Akademi Diyana mensasarkan pembelajaran jangka pendek di seluruh negeri bagi memberi peluang kepada semua golongan tanpa mengira bangsa, atau agama, jauh atau dekat untuk merebut peluang keemasan ini dalam menceburi bidang yang mereka suka.


Akademi Diyana, Setia Alam

Untuk pengetahuan semua, Akademi Diyana kini dibuka di Setia Alam. Jadi, untuk mereka yang berminat untuk turut serta dalam apa jua kursus kemahiran dan latihan yang ditawarkan oleh pihak Akademi Diyana, di sini lah tempatnya. Memandangkan saya dah menjejakkan kaki ke Akademi Diyana, jadi rasa terpanggil untuk saya berkongsi sedikit-sebanyak tentang premis Akademi Diyana dan fasiliti yang mereka ada. Mana tahu kan, ada antara pembaca di blog ini berminat untuk turut serta dalam kursus kemahiran di Akademi Diyana. Jadi, boleh la rujuk foto-foto yang sempat saya rakam ni sebagai rujukan. Ingat, kalau nak join apa-apa kursus kemahiran atau latihan, pastikan korang daftar dengan akademi yang berdaftar dan legit! Kalau Akademi Diyana, korang tak perlu risau. Memang sah-sah diiktiraf dan valid!


Pendek kata, kalau korang turut serta dalam kursus kemahiran dan latihan di Akademi Diyana, inilah ruang kelas di mana sesi latihan diadakan. Ruang yang sangat luas dan selesa. Paling penting, kelas dilengkapi dengan peralatan yang cukup lengkap dan pencahayaan yang baik. Suasana pembelajaran yang sangat kondusif!




Selain kelas solekan, Akademi Diyana juga menyediakan kursus dandanan. Setiap ruang dikhaskan untuk kelas-kelas tertentu. Jadi, tak perlu risau tentang ruang tempat belajar. Memang selesa! Premis Akademi Diyana di Setia Alam ini mampu memuatkan sehingga 70 orang peserta dalam satu-satu masa. Paling best, kursus yang ditawarkan adalah flexible. Korang boleh decide masa sendiri untuk menyertai apa jua kursus yang ditawarkan. Ada juga sesi one-to-one mengikut keperluan peserta. Best kan?


Untuk pengetahuan semua, Akademi Diyana juga pernah dinobatkan sebagai "Rising Beauty Artistic Academy" dan "Thriving Beauty Influencer" dari SME Entrepreneurship Business Award. Melihat pencapaian dan kejayaan yang telah dicapai oleh Akademi Diyana, memang kita boleh nampak kredibiliti dan komitmen mereka dalam membimbing para usahawanita di luar sana untuk sama-sama berjaya dalam bidang keusahawanan.


Sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Diyana dan Akademi Diyana serta SME Corp Malaysia atas kejayaan dalam merealisasikan Program Women Beauty Preneur. Semoga lebih banyak program-program seumpama ini akan terus dilaksanakan dalam mencungkil bakat-bakat baru dalam industri kecantikan dan membimbing usahawanita di luar sana dalam melebarkan sayap dalam business masing-masing. 

Untuk maklumat lanjut atau berminat untuk menyertai bidang kemahiran kecantikkan, kursus jangka pendek, bengkel-bengkel anjuran Akademi Diyana, bolehlah hubungi. 012-3009037/017-3309063 dan ikuti perkembangan terkini mereka di laman instagram @akademidiyana

Akademi Kecantikan Artistik Diyana (SA0203727-V)

Alamat:
NO.5-5 SETIA AVENUE, 
JALAN SETIA PRIMA S U13/S, SETIA ALAM, SEKSYEN U13, 40170 SHAH ALAM, SELANGOR

Untuk pertanyaan, hubungi:
017-3309063/012-3009037

Website

Location Map Coordinate:
3.107579,101.446213

Post a Comment

0 Comments