Resipi berasaskan ubi kentang memang tak asing lagi bagi kita semua. Penggunaan ubi kentang terutama sekali U.S Potato dalam stiap masakan memang sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Aku sendiri pun sangat suka bereksperimentasi mencuba menu-menu baru berasaskan U.S Potato. Teruja dan berpuas hati dengan setiap hidangan yang berjaya dihasilkan menggunakan U.S Potato. Kenapa U.S Potato? Kerana U.S Potato bersaiz lebih besar dan senang empuk bila dimasak. Untuk perkongsian kali ini, aku nak share satu lagi resipi cepat, mudah dan sedap iaitu resipi Loaded U.S Potato Mashed Potato Crab Cake. Paling penting, resipi ini sangat berkhasiat kerana memberikan nutrisi penting untuk tubuh badan.
Sebelum berceloteh panjang bercerita tentang topik resipi kita hari ini, aku nak ambil kesempatan ini untuk share serba-sedikit tentang kelebihan U.S Potato. Mungkin ada yang pernah tahu, mungkin ada yang pernah belum tahu. Jadi, ambillah apa yang aku kongsikan kali ini sebagai ilmu baru untuk semua. Semoga bermanfaat!
Untuk pengetahuan semua, U.S Potato adalah bebas daripada lemak, Sodium dan kolesterol. Jadi, pemilihan ubi kentang sebagai makanan asas untuk seisi keluarga adalah satu pilihan yang bijak. Satu biji ubi kentang bersaiz sederhana membekalkan 110 kalori. Selain itu, ubi kentang mampu membekalkan lebih tenaga berbanding sayur-sayuran yang lain.
Satu biji ubi kentang bersaiz sederhana mampu membekalkan sehingga 30% daripada keperluan vitamin harian iaitu mengandungi sebanyak 27 miligram Vitamin C. Vitamin C ini sangat penting dalam memberi sokongan kepada sistem imuniti badan sekaligus membantu untuk meningkatkan kadar imunasi badan secara semulajadi dalam melawan sebarang penyakit.
Selain itu, satu biji ubi kentang bersaiz sederhana ini mengandungi 26 gram karbohidrat iaitu sumber utama tenaga kepada otot-otot badan. U.S Potato juga kaya dengan Vitamin B6 yang mana mampu membekalkan sehingga 10% daripada keperluan harian. Vitamin B6 ini penting dalam membantu fungsi sel-sel badan untuk meningkatkan kadar metabolisma badan, baik untuk sel-sel darah dan memastikan sel-sel badan berada dalam kondisi yang sihat.
U.S Potato mengandungi kandungan Potassium yang tinggi. Satu biji ubi kentang bersaiz sederhana mengandungi 620 miligram Potassium iaitu 15% DV melebihi sebiji pisang. Potassium sangat penting untuk memastikan cecair dan mineral dalam badan berada dalam keadaan yang seimbang, mengawal tekanan darah, membantu menghantar isyarat dari sistem saraf dan membantu perkembangan otot-otot badan.
Banyak kan khasiat yang kita dapat dari sebiji ubi kentang? Jadi, tak hairanlah kalau hari ini pemakanan seimbang yang melibatkan ubi kentang semakin mendapat perhatian semua lapisan masyarakat tak kira peringkat umur kerana kelebihannya dalam membekalkan tenaga dan nutrisi yang seimbang kepada sistem badan. Nak makan ubi kentang macam tu je, macam bosan kan? Jadi, jom kita cuba guna kretiviti kita dalam mengolah resipi yang ada untuk hidangan ubi kentang yang sedap dan lazat, tetapi tetap berkhasiat.
Resipi Loaded U.S Mashed Potato Crab Cake
Description:
Simple leftover mashed potato crabcake
Recipe by:
Chef Jason Manson
Prep Time:
20 minutes
Cook Time:
15 minutes
Ready Time:
35 minutes
Potato Type:
U.S. Russet Potato
Serves:
4
Prep Method:
Oven
Course:
Starter/Snack
Bahan-bahan untuk Loaded Mashed Crab Cake
- 4 biji U.S. Russet Potato (potong dadu)
- 100gm isi ketam
- 20gm lobak merah (dipotong halus)
- 20gm bawang putih (dipotong halus)
- 5gm daun ketumbar (dihiris)
- ¾ tsp garam
- ¾ tsp serbuk lada hitam
Bahan-bahan untuk Lime Cumin Aioli (dipping sauce)
- 5ml perahan limau nipis
- 10gm serbuk jintan putih (cumin powder)
- 200gm Mayonnaise
Bahan-bahan untuk Breading Potato (tepung salutan)
- 3 biji telur (dipecahkan dan dikacau sehingga sebati)
- 200gm tepung serbaguna (Boleh tukar dengan tepung gandum)
- 200g Japanese bread crumb
Cara Penyediaan:
- Sediakan mixing bowl. Tambah perahan limau nipis, serbuk jintan manis dan mayonnaise untuk menyediakan dipping sauce iaitu Lime Cumin Aioli
- U.S Potato dipotong dadu dan direbus selama 20 minit sehingga empuk. Setelah ubi kentang empuk, buang air yang berlebihan dan masukkan ketulan ubi kentang yang direbus tadi ke dalam mixing bowl. Lenyekkan ubi kentang sehingga lumat (mashed potato).
- Masukkan isi ketam. Kemudian diikuti dengan hirisan lobak merah, bawang putih dan daun ketumbar. Perisakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
- Gentel adunan mashed potato tadi menjadi bentuk bulat.
- Salutkan U.S Mashed Potato Crab Cake tadi dengan tepung gandum, diikuti dengan celup ke dalam telur dan akhir sekali disalutkan dengan Japanese bread crumb sehingga rata.
- Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. Masukkan Loaded U.S Mashed Potato Crab Cake yang siap disusun atas tray ke dalam oven selama 15 minit.
- Hidangkan bersama lime cumin aioli sebagai dipping sauce.
TIPS:
Untuk mendapatkan kulit yang lebih rangup di luar, saya gunakan air frier pada suhu 180 darjah celcius dan dimasak selama 15 minit. Selain menggunakan oven, korang juga boleh masak menggunakan air frier. Ikut preference masing-masing. Yang penting, resipi ni senang nak buat, cepat nak siapkan dan sangat-sangat sedap. Highly recommended!
Description:
Oven baked hashbrown with egg
Recipe by:
Chef Jason Manson
Prep Time:
15 minutes
Cook Time:
25 minutes
Ready Time:
40 minutes
Potato Type:
Frozen Potatoes
Serves:
4
Prep Method:
Oven
Course:
Starter/Snack
Bahan-bahan
- Oven baked Hashbrown
- 8 keping Hashbrown frozen
- 50gm Beef bacon (Cut strip)
- 20gm Onion white (Small cube)
- 10gm Capsicum green (Small cube)
- 10gm Capsicum yellow (Small cube)
- 50gm Tomato Cherry (Cut halves)
- ¾ tsp Salt
- ¾ tsp Black Pepper
- 10ml Cooking Oil
- 2gm English Parsley(Chopped)
Cara Penyediaan
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih, lada benggala hijau dan lada benggala kuning bersama beef bacon. Masak selama 10 minit. Akhir sekali masukkan tomato cheery, sedikit garam dan serbuk lada hitam.
- Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. Masukkan hashbrown yang disusun atas tray selama 15 minit.
- Setelah hasbrown masak dan bertukar ke warna kuning keemasan, rehatkan seketika. Letakkan bahan yang dimasak tadi sebagai topping. Pecahkan telur di atas hashbrown dan topping tadi.
- Masukkan kembali ke dalam oven dan masak selama 5 minit pada suhu 180 darjah celcius.
- Taburkan hirisan daun parsley dan siap-sedia untuk dihidangkan.
Actually, macam-macam boleh buat dengan U.S Potato ni. Personally, kedua-dua resipi yang aku kongsikan kali ini sangat sedap. Thank you Chef Jason Manson kerana kongsikan dua resipi yang best ni. Memang berbaloi-baloi kalau buat untuk makan-makan bersama family dan tetamu yang datang. Lain dari yang lain, tetapi berkhasiat dan sedap. Apapun, selamat mencuba!
Untuk maklumat lanjut berkaitan U.S Potato atau resipi-resipi yang lebih menarik, kunjungi https://uspotatogoodness.com.my/
0 Comments