Score Marathon Tajaan AIA Vitality Akan Berlangsung Pada 23 Oktober 2022!

SCORE Marathon adalah antara acara marathon yang aku pernah join pada tahun 2019. Lagi best, pada tahun 2019 ada SCORE Marathon Run The Night dan SCORE Marathon Run The Day. Kedua-dua marathon diadakan pada waktu yang berbeza iaitu satu pada waktu malam dan satu lagi pada waktu siang. Medal yang kita dapat pun berbeza. Apa yang best, kedua-dua medal ini boleh digabung menjadi satu. Memang unik! 
 
Run The Day di Kuala Lumpur

Run The Night di Putrajaya

Bila dapat habiskan kedua-dua marathon 10km untuk SCORE Marathon 2019, memang satu pencapaian peribadi yang sangat membanggakan. Bila COVID-19, semua acara maraton dah tak ada. Kebanyakannya buat virtual run dan kemeriahan tak sama macam acara marathon yang kita selalu join sebelum ni. Memang demotive nak run sorang-sorang. 

Memandangkan dah 2 tahun tak join marathon, untuk tahun 2022 kali ini SCORE Marathon kembali lagi untuk mewarnai acara sukan larian di Malaysia. SCORE Marathon akan diadakan pada 23 Oktober 2022 bersama penaja baharu iaitu AIA Vitality. Buat pertama kali dalam tempoh dua tahun, SCORE Marathon 2022 anjuran AIA Vitality bakal mengalu-alukan ribuan peserta larian untuk kembali menyertai dan merasai pengalaman acara larian yang unik. Aku sendiri pun memang tak sabar untuk memulakan acara maraton selepas dah bertahun tak join berlari beramai-ramai macam ni. Excited!


“Kembali selepas dua tahun akibat tercetusnya pandemik Covid-19, kami gembira dapat menganjurkan semula acara yang semakin diminati para peserta dari tahun ke tahun. Tiga tahun lalu, kita telah anjurkan dan tamatkan larian tersebut serta mengatasi segala cabaran yang dihadapi. Namun, pada tahun 2020, semuanya berubah. Apabila terpaksa duduk di rumah tanpa peluang untuk keluar ke mana-mana, kita lihat pelbagai idea kreatif daripada orang ramai untuk kekal cergas dan aktif secara fizikal. Kini tiba masanya untuk mewujudkan dan merasai semula kehebatan pengalaman tersebut. Kami turut berbesar hati kerana AIA Vitality menyertai kami sebagai penaja utama. 
“Saya amat gembira AIA Vitality mejadi penaja utama kami. Kami berkongsi matlamat yang sama seperti AIA Vitality iaitu memperjuangkan gaya hidup yang aktif dan sihat. Kami yakin bahawa kerjasama ini akan membantu kami mendekati dan menggalak lebih ramai individu untuk mengamalkan gaya hidup sihat,”  
Patricia Tan, Ketua Pegawai Eksekutif SCORE Sports Management Sdn Bhd


Bila nampak ada iklan SCORE Marathon 2022 di Instagram, terus aku klik dan register. Memang dah lama tunggu SCORE Marathon ni kembali,. Finally, my wish comes true! Korang dah register ke belum? Kalau korang nak rasai pengalaman menyertai marathon, aku sarankan korang join SCORE Marathon. Tak semestinya untuk atlit atau orang yang aktif bersuka je. SCORE Marathon ni terbuka kepada semua lapisan masyarakat, tak kira jantina dan peringkat umur. Kalau korang tak yakin nak lari jauh-jauh, ajak gang ramai-ramai. Tak mampu buat 10km, start dengan 5km. Cepat atau lambat untuk sampai ke garis penamat bukan kayu ukur untuk kejayaan seseorang yang menyertai marathon. Apa yang lagi penting adalah persistence & perseverence untuk menghabiskan larian. Apa yang penting, kita cuba lakukan aktiviti yang sihat for a better lifestyle!


SCORE Marathon kali ini akan berlangsung di Dataran Putrajaya bermula dari jam 3:00 pagi pada 23 Oktober 2022. SCORE Marathon terbuka kepada peserta semuda usia empat tahun, peserta larian boleh bersaing dalam lima kategori larian yang berbeza: 5km,10km, 21km, 42km, dan satu lagi jarak larian yang baharu iaitu 30km. Untuk meningkatkan tahap persaingan, ada juga hadiah wang tunai bejumlah sebanyak RM16,800 yang ditawarkan kepada peserta untuk dimenangi melalui kategori yang berlainan.


Ada diskaun tak kalau nak register SCORE Marathon? Untuk syarikat-syarikat, boleh mendaftarkan pekerja dan nikmati diskaun korporat sebanyak 20% untuk yuran pendaftaran. Ini akan memberi peluang kepada staff untuk mewakili syarikat dan bersama-sama menyahut cabaran menamatkan larian. Dengan mengambil kira bahawa bukan kesemua peserta boleh atau bersedia untuk mengambil bahagian dalam acara fizikal, SCORE Marathon 2022 anjuran AIA Vitality juga dianjurkan dalam bentuk maya bagi peserta yang tidak dapat hadir secara fizikal di lokasi larian. Jadi, kalau tak dapat join crowd di Dataran Putrajaya, especially untuk korang yang berada di luar Putrajaya & Klang Valley, bolehlah serta SCORE Marathon secara virtual.


Dengan menggunakan alat atau aplikasi larian berdasarkan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS), peserta larian secara maya boleh berlari di mana jua dan pada bila-bila masa antara 22 sehinga 30 Oktober 2022. Kemudian, korang boleh hantar keputusan larian melalui Heyjom iaitu platform pendaftaran atas talian SCORE yang terdiri daripada laman web dan aplikasi mudah alih. Canggih kan? Apa tunggu lagi, jom daftar sementara slot masih ada.


“Kami amat teruja menjadi penaja utama pertama buat SCORE Marathon yang popular ini. Dalam pada dunia beralih ke fasa endemik yang baharu, kami dapat melihat semangat dan keghairahan yang semakin meningkat terhadap acara larian fizikal di mana orang ramai sekali lagi berpeluang merasai tenaga dan keseronokan berkumpul untuk sebuah acara larian maraton. Sebagai penaja, kami gembira kerana dapat memainkan peranan dalam merealisasikan pengalaman seumpama ini agar rakyat Malaysia mempunyai platform untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif. Kami sentiasa komited mencari peluang baharu untuk memperkasa rakyat Malaysia menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna dan saya percaya bahawa bersama dengan SCORE Marathon, kita mampu mencapai matlamat ini,”

Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Bhd.

 


SCORE Marathon adalah acara larian yang diiktiraf oleh Abbott World Marathon Majors (AbbottWMM) Wanda Age Group. Kedudukan Dunia AbbottWMM Wanda Age Group merangkumi tempoh kelayakan selama satu tahun di mana atlet-atlet dari sembilan kumpulan umur yang berasingan boleh bersaing dalam maraton di seluruh dunia untuk meraih mata kedudukan. Dalam Wanda Age Group, peserta larian yang berumur 40 tahun dan ke atas boleh meraih mata melalui pencapaian mereka dalam SCORE Marathon untuk bersaing agar dapat melayakkan diri dalam larian tersebut.


Selain itu, SCORE Marathon 2022 anjuran AIA Vitality juga sedang melaksanakan sesi klinik larian di beberapa buah negeri di mana duta-duta menjalankan sesi larian bagi membantu peserta larian mempelajari teknik betul untuk meningkatkan prestasi mereka sebagai persediaan menyertai maraton. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tips sebelum hari acara SCORE Marathon berlangsung.



Slot pendaftaran terhad untuk setiap sesi. Apa korang tunggu lagi guys? Jom, rebutlah peluang ni secepat mungkin. Kalau nak register, boleh layari platform media sosial SCORE Malaysia untuk dapatkan informasi terkini.


Untuk mendaftar acara larian SCORE Marathon 2022 anjuran AIA Vitality, sila layari https://www.heyjom.com/events/36 atau muat turun aplikasi Heyjom melalui App Store atau Play Store. Untuk maklumat lanjut, layari halaman Facebook dan Instagram SCORE Malaysia. Siapa yang dah register, jumpa korang di sana!

SCORE

Score Sports Management Sdn Bhd atau SCORE adalah antara pakar penganjur acara sukan dan kecergasan sehenti di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2013, syarikat ini menganjurkan acara-acara berprofil tinggi seperti SCORE FitMob, SCORE Amazonian Race, SCORE Warzone, SCORE Virtual Race dan SCORE Marathon, yang telah berjaya menarik sebanyak 28,000 peserta dalam tahun kelimanya iaitu tahun 2019. Selain daripada acara-acara SCORE, syarikat ini juga berperanan sebagai penasihat dan penganjur aktiviti kepada syarikat korporat dan kerajaan. Antaranya termasuklah Fit Malaysia, The Sunlife Resolution Run, Reebok One Live, Juara Tangkis Tun Dr. Siti Hasmah, dan Sunway The Good Run. Selain daripada aktiviti besar-besaran di lapangan, SCORE juga menganjurkan aktiviti larian dan berbasikal secara maya membolehkan peserta mempunyai fleksibiliti untuk bersaing dan menamatkan acara di mana-mana jua pada bila-bila masa. Untuk maklumat lanjut, slia layari www.score.my.

Segala pengumuman dan maklumat yang dikemas kini boleh didapati di Facebook, Instagram dan laman web SCORE iaitu www.scoremarathon.com.


AIA Vitality

AIA Vitality merupakan program kesihatan berasaskan sains pertama dan tunggal di Asia. Ia menyediakan ahli-ahli dengan pengetahuan, alat dan motivasi untuk membawa kepada perubahanan tingkah laku positif pada jangka masa panjang yang seterusnya dapat memupuk kehidupan yang lebih sihat. Ahli-ahli AIA Vitality diberi insentif untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti kesihatan dan kesejahteraan dengan menawarkan pelbagai manfaat meluas termasuk manfaat insurans tambahan terhadap pelan-pelan insurans dan takaful terpilih serta penjimatan dan diskaun yang disediakan oleh rakan-rakan AIA Vitality.

AIA Bhd

AIA Bhd., adalah sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia, di mana kami mendapat penghormatan menjalankan perniagaan sejak 1948. Kami menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan termasuk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Diri, Manfaat Pekerja, Insurans Am, Gadai Janji, Persaraan dan Takaful Keluarga untuk memenuhi keperluan dan jaminan kewangan pelanggan kami pada setiap peringkat kehidupan. Melalui rangkaian pengedaran yang pelbagai dengan kekuatan pasukan agensi seramai 21,500 Perancang Hayat, cawangan rakan kongsi bank yang eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, kami memberi para pelanggan pilihan dalam menentukan bagaimana, bila dan di mana mereka menghubungi kami. 

Sebahagian daripada AIA Group, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas, AIA Bhd. mempunyai kekukuhan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta pasukan terlatih terdiri daripada lebih 2,600 kakitangan yang memberi perkhidmatan kepada 4.3 juta pelanggan kami di seluruh negara. Sehingga 31 Disember 2021, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM61.19 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM810 juta.

#AIAMalaysia #HealthierLongerBetterLives #AIAVitalityMY #AIAOneBillion #ScoreMarathon2022 #ResumeRechargeRecaptureTheGlory #marathonmalaysia #DataranPutrajaya #physicalevent

Post a Comment

0 Comments