The Looooooooog Party Box Pizza Hut Malaysia

Pizza Hut Malaysia telah melancarkan The Loooooooooong Pizza sejak bulan May 2022. Korang dah try ke belum? Aku pun first time try di Pizza Hut Kota Damansara baru-baru ni bersama rakan-rakan Bloggers. The Looooooooong Pizza ni unik kerana sizenya sepanjang 1 meter serta berbentuk petak dan panjang. Paling best, di bahagian tepi siap ada cheddar. Biasa kita makan pizza bulat, apa kata kali ini kita makan pizza petak pulak. Unik kan?


Untuk The Looooooooong Pizza, kita boleh pilih 6 topping pilihan yang ada iaitu Aloha Chicken, Beef Pepperoni, Chicken Pepperoni, Hawaiaan Chicken, Island Tuna dan Veggie Lover. Antara 6 topping yang ada ni, korang prefer yang mana? Personally, aku paling suka Hawaiaan Chicken, Aloha Chicken dan Island Tuna. 


Tak cukup dengan 6 pilihan topping yang ada, ia dihidangkan bersama 3 jenis sos istimewa sebagai dipping sauces iaitu BBQ, Cheese dan Chili Sauce.


Mesti korang tertanya-tanya kan, "Berapa harga long pizza ni, mesti mahal kan?". Chup chup chup! Sebelum korang duk serkap jarang, meh nak share. Harga long pizza ni cuma RM99 untuk ala-carte yang boleh dihidangkan untuk 10 orang. Maknanya, seorang dalam RM9.90 je. Jimat kan? Korang boleh dine-in ataupun take away sahaja. Jangan pula gatal tangan nak order online di Grab Food atau Food Panda. Memang tak ada jual Looooooooog Party Box ni. Nanya rider nak bawa kotak sepanjang 1 meter ni. Adeh!


The Looooooooong Party Box Pizza ni diperkenalkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-65. Sekarang tengah ada promosi untuk customer yang nak dine-in di Pizza Hut. Bila korang order The Looooooooong Pizza ni, korang hanya perlu tambah RM10 untuk free-flow soft-drinks untuk 10 orang. Biar betul, seringgit je satu gelas? Free flow pulak tu. Fuh, memang merdeka habis jawabnya. Tawaran ni hanya valid dari 30 Ogos 2022 sehingga 11 September 2022 sahaja.

Apa tunggu lagi? Jom nikmati The Looooooooong Pizza di outlet Pizza Hut yang berdekatan.


Jom tengok kemeriahan kami time Blogger Party di Pizza Hut Kota Damansara sambil menikmati The Looooooooong Pizza. Memang havoc!

#LongPartyBox
#1MeterPizza
#PizzaHutMalaysia

@penaberkala #IniStyleKita Pizza bulat ❌ Pizza panjang ✅ Sempena Merdeka, jom makan pizza ala-ala Jalur Gemilang di Pizza Hut #MakanLokal #MalaysianFood #Merdeka65 ♬ love nwantinti (ah ah ah) - CKay

Post a Comment

0 Comments