Baru-baru ni, aku ke Johor Bahru untuk trip Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM). Kali ni ada beberapa lokasi best yang akan kami terjah untuk content makan-makan. Kalau korang ada nak recommend tempat-tempat makan yang best di sekitar Johor Bahru, aku sangat alu-alukan korang untuk cadangkan di ruangan komen. Bolehlah aku tambah dalam list nanti. Antara lokasi yang menjadi pilihan kami untuk trip kali ini adalah GBW Hotel Johor Bahru. Memandangkan long weekend, jadi kami decide untuk menginap di GBW Hotel untuk 3 hari 2 malam. Memandangkan kami sampai lambat di Johor Bahru disebabkan jalan agak jem, jadi kami late checked-in. Settle urusan check-in, kami terus dinner.
Untuk orang-orang Johor Bahru ataupun korang yang plan nak travel ke Johor, jangan lupa untuk singgah di GBW Hotel dan nikmati sendiri Super Value Western Set Dinner. Apa yang best, set dinner di sini lengkap dengan hidangan appetizer, soup of the day, main dish dan dessert. Memang berbaloi-baloi. Appetizer yang dihidangkan adalah Prawn with Mango Salsa dan soup of the day bersama roti. Antara main dish yang ditawarkan pula adalah Panko Royale, Captain's Catch, Sheperd's Den, Citrus Glaze, dan Ocean Net. Hidangan pilihan yang aku pilih adalah Ocean Net yang menghidangkan Saba Teriyaki dan Grilled Tiger Prawn bersama Pasta Aglio Olio, Ceaser Salad, dan Mashed Potato. Dessert pula kami dhidangkan dengan Oreo Cheese Cake. Korang boleh nikmati makan malam ni pada harga serendah RM39 dan bawah RM60 seorang. Memang berbaloi-baloi!
Executive King/Queen Room
Dah kenyang perut, jom kita masuk bilik. Memandangkan dah malam, terus masuk bilik untuk berehat. Memandangkan bilik ni sangat luas dan selesa, siap ada ruang tamu dan work station, terus tak jadi nak tidur. Buka laptop dan terus sambung buat kerja yang kena siapkan especially content untuk Tips & Tricks Excel di TikTok. Tengok, pergi travel merata pun laptop tak tinggal sebab nak buat content, hahaha. Semoga dengan sekecil-kecil usaha ini, sedikit-sebanyak dapat memberi manfaat untuk orang sekeliling.
So guys, kalau korang plan nak travel bersama family ke Johor Bahru, aku sarankan korang book bilik ni sebab sangat luas dan selesa. Antara kemudahan yang ada dalam bilik ni adalah ruang tamu, dapur, bilik yang dilengkapi dengan katil bersaiz king/queen, bilik mandi yang dilengkapi dengan bath tub. Paling best, ada 2 TV. Satu di bahagian bilik tidur dan satu lagi di ruang tamu. Bila check-in malam, memang tak nampak view dari bilik. Tapi, bila bangun tidur keesokan paginya, tarik langsir tengok view. Fuh, lawa giler view. Boleh nampak Singapore bhai *ye ke?*.
Kalau korang plan nak travel ke Singapore dan nak jimat utuk kos penginapan, aku cadangkan korang stay je di GBW Hotel. Dah tak jauh kalau nak ke Singapore. Paling penting, dapat menginap di hotel pada harga yang berpatutan dan bilik yang selesa. Banyak boleh jimat! Bilik yang aku stay ni boleh dapat pada harga serendah RM200++ termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Murah kan? Tapi kena book awal-awal dan bukannya book last minute pada peak season okey!
Kalau korang tak dapat stay bilik ni, banyak lagi pilihan bilik yang lain. Antara kemudahan lain yang disediakan adalah minuman percuma, hair dryer, iron board, iron, bar mini, dan safety box. Pendek kata, memang cukup lengkap. Kemudahan wi-fi percuma pun ada. Perfect untuk korang yang perlukan capaian internet ketika bercuti atau staycation.
Overall experience staycation di GBW Hotel Johor Bahru, personally aku berpuas hati dengan layanan staff dan kemudahan yang disediakan. Walaupun hotel lama, tapi aku kagum dengan keluasan bilik dan keselesaan yang ditawarkan. Tak ada problem pun sepanjang kami menginap di sini. Air-cond pun berfungsi elok, bilik bersih dan selesa. Tidur pun nyenyak!
Kalau korang suka berendam, kalau nak datang staycation di GBW Hotel jangan lupa bawa bath boom sekali. Baru syiok mandi-manda dan manjakan diri dalam bath tub. Kalau rasa bosan berkurung dalam bilik, don't worry. Banyak lagi kemudahan lain yang disediakan oleh pihak Hotel GBW.
- D'Mezzanine Coffee House
- Gymnasium
- Swimming Pool
- Convenient Store
- Free Shuttle
Untuk breakfast, kita boleh nikmati buffet breakfast di D'Mezzanine Coffee House. Tempat yang sama untuk dinner dan juga lunch. Pendek kata, kalau staycation memang heaven sebab kerjanya asyik duk makan dan tidur je. Mujur GBW Hotel Johor Bahru ni sangat strategik, dekat dengan shopping mall dan macam-macam attractions lain sekitar bandar Johor Bahru. Btw, kalau korang malas nak drive boleh naik free shuttle yang disediakan oleh pihak hotel.
Ayuh, kita breakfast dulu. Not bad juga hidangan breakfast kat sini. Macam-macam ada. Aku makan corn-flakes bersama susu, telur masak separuh dan nasi lemak. Fuh, kenyang betul! Paling best kat sini ada machine coffee/tea/milo. Semestinya aku duk ulang-alik ambil air milo je memanjang. Memang puas hati. Self-service!
Untuk korang yang tak ke mana-mana, korang boleh habiskan masa di swimming pool ataupun di gym kalau datang staycation di GBW Hotel Johor Bahru. Memandangkan aku nak keluar jalan-jalan, jadi tak sempat nak buat aksi terjun kolam mahupun video transition di swimming pool, hahahaha.
Untuk lunch pula, macam-macam menu ada. Aku puas hati lunch kat sini sebab makanan semua sedap-sedap. Aku repeat ambil kambing kat sini. Memang sedap! Kalau korang datang JB tapi stay kat tempat lain sekalipun, kalau tak tahu nak lunch kat mana aku cadangkan korang boleh datang buffet lunch di GBW Hotel Johor Bahru. Puas hati! No wonder la orang asyik penuh je kat sini. Oh lagi satu, hotel ni selalu ramai orang dengan majlis kenduri kahwin. Jadi, jangan pelik kalau nampak orang ramai berbusana cantik dan hensem.
Jomlah Makan Buffet Lunch
Promosi bermula 1 Oktober 2022 sehingga 30 November 2022
Dewasa: RM35/nett
Kanak-kanak (6-12 tahun): RM25/nett
Warga emas: RM25/nett
Sekian sahaja cerita staycation di GBW Hotel Johor Bahru. InshaAllah, jumpa lagi next time orang-orang JB. Untuk yang tertanya-tanya, apa tarikan lain yang ada di GBW Hotel. Nah, aku senaraikan beberapa lokasi berdekatan untuk korang terjah!
- Kompleks membeli-belah - City Square, JBCC, Galleria @ Kotaraya, Mid Valley SouthKey
- Jalan Budaya Johor Bahru & Bazar Karat
- Istana Besar
- Muzium Di-Raja
- Bangunan Sultan Ibrahim
- Masjid Sultan Abu Bakar
- Galeri Seni Johor
- Dataran Bandaraya
- Istana Bukit Serene, Jalan Skudai
Untuk maklumat lanjut tentang tawaran isitmewa di GBW Hotel Johor Bahru ataupu maklumat lanjut, korang boleh layari website ataupun social media GBW Hotel. Check it out!
Website:
Facebook:
Email:
info@gbwhotel.com.my
No Telefon:
+607-2216666
1 Comments
Cantik dan luasnya bilik dia! Memang berbaloi la
ReplyDelete