Kahf Jenama Inovasi Baharu Penjagaan Diri Lelaki Kini di Malaysia!

Sempena Majlis Pelancaran Rasmi Kahf Malaysia, Kahf telah menganjurkan acara eksklusif selama 3 hari di LG Floor, West Court, IOI City Mall, Putrajaya pada 28 sehingga 30 Oktober 2022. Terdapat pelbagai aktiviti seperti talkshow bersama #Kahfbro, permainan interaktif, hadiah menarik, pertandingan media sosial, jualan produk Kahf dengan diskaun istimewa sehingga 50% dan banyak lagi sempena mengalu-alukan kedatangan Kafh ke Malaysia.


Bagi meraikan pelancaran ini juga, Kahf turut menganjurkan aktiviti luar iaitu KahfBro Explore - #JalanYangKuPilih Antara #Kahfbro yang mengambil bahagian adalah terdiri daripada pempengaruh lelaki, blogger dan pengembara Malaysia yang melakukan beberapa misi dan tugasan dalam ‘mini explore-race' yang diilhamkan daripada tagline kempen #JalanYangKuPilih. Alhamdulillah, aku rasa berbesar hati kerana telah terpilih sebagai salah seorang peserta untuk KahfBro Explore #JalanYangKupilih yang telah berlangsung di sekitar Putrajaya. Paling best bila dapat kenal dengan member-member baru yang berlainan latar belakang dan profesion. Aktiviti singkat macam ni pun dah boleh kuatkan ukhwah antara kami, semangat #Brotherhood tu memang kuat walaupun baru kenal. Jadi, di kesempatan ini aku nak share serba-sedikit pengalaman aku sendiri menyertai Kahfbro Explore #JalanYangKupililih dan menggunakan produk Kafh.


Terdapat 3 aktiviti utama sepanjang KahfBro Explore - #JalanYangKupilih Cabaran dimulakan dengan mengira anak tangga di Putrajaya Steps. Kemudian diikuti dengan aktiviti berkayak untuk cabaran mengambil bendera Kahf dan diakhiri dengan aktivit berbasikal di sekitar Putrajaya untuk mencari 3 lokasi photo spots. Setiap kumpulan dianggotai oleh 3 pseserta dan seorang staff Kahf. Thanks to my team, Hang Nazirul dan Azmeer Iskandar untuk team spirit yang ohsem!

Tetapi, sebelum memulakan aktiviti outdoor, kami apply Kahf Triple Protection Sunscreen Moisturizer siap-siap untuk elakkan diri dari kena sunburnt. Apa yang best tentang produk ni, bila kita apply kat kulit muka, tak ada langsung kesan "white cast". Lagi satu, baunya sangat wangi. Paling best, ia tak melekit dan berminyak. Memang menyerap elok ke dalam kulit dan selesa walaupun muka berpeluh. Highly recommended!

Cabaran 1: Kira anak tangga di Putrajaya Steps


Di saat menuruni tangga kehidupan,
Kita seharusnya terus kekal fokus dalam melangkah.
Melangkah dengan penuh tertib.
Jangan sesekali hilang hitungan dan jangan sampai tersadung dan terjatuh.

Malangnya, di zaman yang serba moden ini
Zaman yang penuh dengan persaingan duniawi.
Ramai yang lebih memilih untuk maju dengan laju.
Pergi melulu tidak peduli aturan dan akhirnya kecundang.


Cabaran 2: Berkayak untuk mengambil bendera Kahf


Dalam usaha mencapai sesuatu tujuan pelayaran itu kadangkala dilanda badai dan ombak.
Dayungan adakalanya menjadi terumbai-umbai akibat dari pukulan arus deras.
Yang terkadang akan membawa jauh dari titik tujuan.
Pada saat itu, adakah kita akan terus berdayung mengikuti aliran arus itu?
Atau hilangkan rasa gentar dan maju dengan menongkah arus?



Cabaran 3: Berbasikan ke 3 lokasi photo spots

Kehidupan ini umpama putaran roda.
Kitarannya tidak pernah berhenti.
Terkadang kita berada di atas dan terkadang berada di bawah.
Tidak pernah kekal pada satu titik.
Kitaran inilah yang mewarnai kehidupan.
Ranjau, baru dan duri adalah antara ujian pada kitaran itu.


Adakah kita akan terus berkayuh walaupun dengan banyaknya cabaran di dalam perjalanan itu dan menghargai setiap ujian tersebut sebagai pengajaran pahit, manis atau memilih untuk berhenti tanpa mengetahui apa yang menunggu kita di depan?

Selesai kesemua aktiviti dan tugasan yang diberikan, banyak benda yang aku belajar sepanjang Kahf Explore #JalanYangKupilih berlangsung. Di sebalik semangat kita untuk menang dalam perlumbaan, jangan pernah sesekali kita menggadai prinsip diri. Stay true to yourself! Apa yang cuba disampaikan sepanjang aktiviti ini berlangsung adalah untuk melatih kami untuk menjadi lelaki yang memenuhi prinsip Kahf yang menyeluruh dan meliputi (K)nowledge, (A)ttitude, (H)ealthy lifestyle dan (F)aith. Kafh bukan hanya sekadar jenama (brand), ia satu gaya hidup lelaki yang holistik. Semoga di masa akan datang, Kahf akan menganjurkan lebih banyak program macam ni dalam memupuk semangat brotherhood dan menggalakkan amalan gaya hidup yang sihat. 


Kahf, Inovasi Baharu Penjagaan Diri Lelaki

Apa yang istimewa tentang produk Kahf adalah formulasi Halal dan moden untuk gaya hidup lelaki moden. Siapa kata lelaki tak perlu produk penjagaan diri? Kalau dulu ye. Tapi, zaman sekarang penampilan diri adalah penting. Orang kata, "first impression" tu penting. Jadi, untuk tampil lebih konfiden dan berkarisma, kenalah jaga penampilan diri dari hujung rambut ke hujung kaki.


Kahf merupakan jenama penjagaan diri dan dandanan lelaki halal yang kini telah dilancarkan di Malaysia. Kahf yang dibawakan oleh PT Paragon Technology and Innovation, sebuah syarikat kecantikan terbesar dari Indonesia memperkenalkan kejayaan yang relevan dengan keperluan lelaki hari ini. Kahf menyajikan variasi produk penjagaan diri dan kulit yang mendukung elemen halal, berkualiti tinggi dan berinspirasikan alam semula jadi.


Kahf menawarkan kandungan formulasi ringan dan unik dengan teknologi HydroBalanceTM yang mampu mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit supaya kulit lebih sihat. Bahan semula jadi istimewa sangat sesuai untuk lelaki dengan gaya hidup aktif dan berimej moden sekaligus membawa manfaat fizikal, emosi, dan rohani.

Billy Dharmawan, Pengurus Jenama Kahf menjelaskan, "Permintaan terhadap produk penjagaan kulit dan diri lelaki di Malaysia semakin meningkat, tetapi malangnya ramai yang belum menemui jenama yang sesuai dengan kemahuan dan gaya hidup harian mereka. Oleh itu, kami berusaha untuk mengisi jurang ini dengan memperkenalkan Kahf, jenama penjagaan diri dan kulit lelaki yang halal, berkualiti tinggi, tayyib, dan diilhamkan oleh alam semula jadi dengan reka bentuk moden sebagai penyelesaian penjagaan kulit dan gaya hidup untuk lelaki hari ini.”


Kahf diilhamkan melalui perkembangan sains dan teknologi moden dengan penyelidikan mendalam dan telah diuji secara klinikal oleh pakar dermatologi supaya produk yang dipasarkan selamat digunakan untuk semua jenis kulit. Rangkaian produk Kahf juga dilengkapi dengan teknologi HydroBalanceTM dengan empat falsafah utama, termasuklah:
  1. Purely Cleanse - Membersihkan kulit secara menyeluruh ke liang-liang pori dengan rangkaian Face Wash
  2. Balance and Hydrated - Mengekalkan keseimbangan kelembapan semula jadi kulit dengan Sunscreen Moisturiser
  3. Nourish and Care - Merawat dan menutrisi kulit dengan rangkaian Beard and Hair Care
  4. Exquisite Natural Scent - Eau De Toilette dengan 4 varian wangian yang diinspirasikan dari alam semula jadi
Kahf melengkapkan keperluan lelaki dengan menawarkan 3 kategori produk iaitu Penjagaan Kulit (Pencuci Muka dan Pelembap Pelindung Matahari), Minyak Wangi (Eau De Toilette) dan Penjagaan Janggut dan Rambut (Serum dan Minyak).

"Kahf Face Wash” adalah produk unggul dengan formulasi halal, Pure Cleanse kerana ia mampu membersih dengan berkesan, dibuat dengan teknologi HydroBalanceTM dan formulasi selesa yang boleh mengekalkan kelembapan kulit.

Kahf juga mempunyai rangkaian Beard and Hair Care yang terbukti berkesan dan sesuai untuk lelaki yang ingin melebatkan janggut yang sihat dengan fungsi antibakteria, kerana ia boleh memastikan kulit wajah bebas daripada jerawat dan bintik hitam.

Bukan sekadar menyediakan produk yang berkualiti tinggi, Kahf juga mahu bersama golongan lelaki dalam setiap keputusan dan jalan yang mereka pilih, untuk menjadi manusia yang lebih baik dan memberi kesan positif kepada orang sekeliling selaras dengan kempen Kahf iaitu #JalanYangKupilih.

Kahf komited untuk menyokong dan bekerjasama dengan pelbagai komuniti di Malaysia untuk terus menyebarkan semangat kebaikan, supaya ia boleh memberi impak sosial yang positif.

Untuk korang yang berminat untuk mencuba sendiri Produk Kahf. kini korang boleh dapatkannya di Guardian dan Watsons seluruh negara atau secara dalam talian (online( di Shopee dan Tiktok Shop dengan harga yang sangat berpatutan iaitu antara RM19.60 hingga RM45.90. Dengan produk yang minimalis, trendy dan elegan, Kafh menawarkan produk yang berkualiti tinggi pada harga yang mampu milik. 

Untuk tengok variasi produk dan promosi terkini Kahf, korang boleh kunjungi website ataupun laman sosial media Kafh di instagram atau TikTok. Persoanlly, aku sangat suka dengan kesemua produk Kafh yang ada di pasaran. So far, aku dah try semua jenis perfume (EDT) Kahf, pencuci muka dan sunscreen. Semua produk Kahf memang best dan sesuai dengan aku. Sekarang, Kahf dah jadi my favorite personal care brand. 

#JalanYangKuPilih #KahfinMY @Kahfeveryday.my

Laman web:

Instagram:

Tiktok:

Post a Comment

0 Comments