Tempat-tempat Menarik di Kampar, Perak

Perak Darul Ridzuan merupakan negeri ke-dua terbesar di Semenanjung Malaysia. Negeri Perak terdiri daripada 12 daerah yang miliputi keluasan 21,000 km persegi.  Daerah-daerah di Perak termasuklah Hulu Perak, Kinta, Kuala Kangsar, Batang Padang, Muallim, Bagan Datuk, Perak Tengah, Manjung, Larut & Matang, Selama dan Kerian. Negeri Perak terkenal dengan destinasi pelancongan kerana mempunyai pelbagai kebudayaan yang berwarna-warni, kindahan pulau dan pantai yang memukau, tasik yang menarik, keajaiban batu kapur, hutan yang menghijau, sejarah yang unik dan keenakan makanan yang boleh membangkitkan selera. Pendek kata, Perak kaya dengan kebudayaan, warisan dan alam semulajadi. Untuk perkongsian kali ini, jom kita tengok tempat-tempart menarik di Kampar, Perak. 

Kalau korang merancang untuk bercuti ke negeri Perak terutamanya ke Kampar, ini antara beberapa lokasi wajib singgah. Kali ni aku nak share 12 destinasi menarik di sekitar Kampar untuk percutian 3 hari 2 malam di Kampar, Perak bersama rakan-rakan bloggers. Actually, aku ke Kampar hanya dengan menaiki ETS dari KL Sentral terus ke stesen Kampar. Perjalanan hanya mengambil masa sekitar 2 jam. Jom kita tengok 12 tempat menarik di Kampar, Perak yang telah kami kunjungi sepanjang berada di sana. Check it out!


1. Gua Tempurung

Kalau datang ke Kinta, tak kira sama ada ke Kampar atau Ipoh, tak lengkap kalau tak singgah untuk melakukan aktiviti caving di Gua Tempurung. Jujurnya, ini kali ke-dua aku explore Gua Tempurung. Apa yang aku suka tentang Gua Tempurung selain dari keindahan semulajadi gua batu kapur adalah cabaran sepanjang perjalanan yang memerlukan kita naik turun tangga, gelongsor, merangkak dalam air dan sebagainya. Memang adventerous! Korang pernah try tak? Kalau belum pernah try masuk Gua Tempurung, korang wajib cuba at least sekali seumur hidup. Memang pengalaman yang tak tergambar dengan kata-kata.

Gua Tempurung terletak di Lembah Tempurung iaitu kira-kira 24km dari selatan Bandaraya Ipoh dan 15km dari Kampar. Panjang Gua Tempurung mencapai sehingga 1.9km dengan ketinggian 578m. Usia Gua Tempurung dianggarkn lebih dari 400 juta tahun dan merupakan gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Mengikut sejarah, Gua Tempurung sebelum tahun 1935 merupakan tapak perlombongan bijih timah secara kecil-kecilan dan pernah dijadikan tempat perlindungan oleh penduduk kampung setempat dan komunis sewaktu dan selepas perang dunia ke-dua.

Untuk harga tiket pula, kalau korang nak rasa pengalaman masuk Gua Tempurung tapi tak nak basah-basah, boleh try pakej paling basic dengan "Laluan kering" dengan hanya RM12/Adult. Tapi, kalau korang jenis suka adventure atau extreme, aku cadangkan korang ambil pakej "Laluan basah" yang akan mengambil masa selama 4 jam atau lebih dengan harga tiket hanya RM30/adult. Personally, aku dua kali masuk Gua Tempurung, dua-dua kali aku ambil pakej yang adventure. Pengalaman yang sangat best!

2. White Water Rafting

Untuk adrenaline junky, selain masuk Gua Tempurung korang juga boleh try experience white water rafting di Sungai Kampar. Antara operator terbaik yang ada adalah Riverbug. Ada 4 sesi yang korang boleh pilih iaitu 8am, 11am, 2pm dan 4pm. Harga pakej berbeza bergantung kepada pakej yang dipilih dan juga berbeza mengikut musim. Peak season mungkin mahal sikit. Untuk korang yang tengah buat planning bajet untuk ke Kampar, maybe boleh pilih pakej RM135 (lite package) atau pakej RM175 (termasuk makanan, locker dan gambar). Untuk maklumat lanjut korang boleh refer website https://www.riverbug.my/

Pengalaman kami white water rafting bersama Riverbug memang menarik. Setelah sesi briefing di Riverbug site, kami dibawa ke starting line untuk aktviti water rafting dengan menaiki mini lori. Masuk kampung dengan keadaan sesak macam ni, memang happening. One of the best moment!

Overall experience, memang best. Inilah antara beberapa shot yang sempat dirakam ketika kami melakukan aktivit white water rafting. Masing-masing excited dan macam-macam jenis face expression ada, hahaha. Walaupun aras air tak berapa tinggi dan arus tak berapa kuat, overall journey memang enjoy. Cuma kalau nak lagi best, korang kena datang time peak season iaitu ketika aras air tinggi. Kelebihannya raft tak akan sangkut pada batu dan tak perlu "jump jump" untuk gerakkan raft bila sangkut. Mujur sepanjang kami buat water rafting ni, raft kami tak capsize. Walaupun ada 2 kali aku hampir tercampak keluar, ibarat nyawa di hujung tanduk sebab impact terjun dari aras yang lebih tinggi. Fuh, berdebar weh.

Kalau korang tak pernah buat water rafting, boleh cuba di Kampar. Apa yang aku boleh katakan, white water rafting adalah antara aktiviti menarik kalau nak buat team building. Kalau tak sepakat, tak ikut arahan captain, memang tak jalan lah raft korang tuh. Apa yang penting? Kerjasama! Selebihnya, just enjoy the view and the journey.


3.HOGA Gaharu Tea Valley, Gopeng

Destinasi setersunya adalah ke HOGA Gaharu Tea Valley, Gopeng. Lokasi ini cukup terkenal dengan perusahaan ladang Gaharu yang meliputi keluasan sehingga 300 ekar. Sebanyak lebih kurang 200,000 pohon pokok Gaharu ditanam di sini iaitu jenis hybrid yang dikacukkan dengan 12 jenis spesis Gaharu dan dikenali sebagai Holistic Gaharu (HOGA). Ia telah diiktiraf oleh MyIPO dengan idikasi Geografi Gaharu Gopeng. Mula beroperasi pada tahun 2000, dan kini HOGA Gaharu Tea Valley cukup terkenal sebagai salah satu tarikan terbaru di Gopeng. Ia terletak 3k dari Pekan Gopeng dan terletak di antara Kampung Sungai Pintu Padang dan Kampung Sungai Itek. Tiket masuk adalah percuma! Untuk lawatan ladang, shuttle akan disediakan dan tiket untuk dewasa RM10 manakala untuk kanak-kanak (bawah 12 tahun) RM5.



Menara HOGA adalah stesen pertama yang kita akan singgah untuk lawatan ladang. Kat sini ada 3 aras iaitu tempat memberi penerangan (Aras Bawah), Galeri 3D (Aras 1) dan Pelantar Pemandangan (Aras 2). Tengoklah sendiri begitu indahnya panorama dari pelantar pemandangan di HOGA Tower ni. Memang sejuk mata memandang dan rasa ketenangan dengan view bukit-bukau yang menghijau.


Alang-alang dah sampai sini, korang wajib try teh Gaharu dan kopi Gaharu. Memang layan minum kat sini sambil menikmati view yang cantik. Selain teh dan kopi, kalau korang ke sini, jangan lupa untuk try ice cream Gaharu dan beberapa jenis makanan yang diperbuat daripada Gaharu. Memang unik.



4. Muzium Gopeng

Muzium Gopeng mempamerkan barangan antik yang pernah digunakan oleh generasi terdahulu di Pekan Gopeng. Antara peralatan yang dipamerkan adalah mesin-mesin yang pernah digunakan untuk memproses bijih timah dan getah. Muzium Gopeng adalah antara salah satu destinasi untuk program Herritage Walk Gopeng sekaligus mempromosikan sejarah Pekan Gopeng terutama sekali kepada generasi muda.


Untuk korang yang minat sejarah, Muzium Gopeng adalah destinasi terbaik untuk korang belajar tentang sejarah kewujudan Gopeng di Perak. Macam-macam jenis sejarah dan barang artifak yang ada untuk kita tengok. Memang best!






5. Paip Besar Gopeng

Pernah dengar tentang Paip Besar Gopeng? Mengikut sejarah, ia dipasang sejak tahun 1908 oleh Gopeng Tin Mining Co. Ltd. (Jurutera FD Obsome) dan paip dibuat oleh The Mephan-Fergusan Pipe Co. Ltd. United Kingdom. Panjang asal paip ini adalah 13.6km dengan diameter 14 inci. Tujuan paip ini dibina adalah untuk menghubungkan sumber air dari Ulu Geruntum dan Ulu Geruh dengan kawasan perlombongan bijih timah di Gopeng.


Proses penggantian paip sedia ada berikutan permintaan timah yang meningkat pada tahun 1919 oleh Perunding Osborne & Chappel Co. Ltd. dengan menambah size diameter paip dari 14 inci ke 45 inci. Pada tahun 1930-an, pertambahan pemasangan dua batang paip berdiameter 30 inci. Panjang keseluruhan ketiga-tiga paip bertambah dari 13.6km ke 15km. Batang paip dan penyokongnya telah dirobohkan pada 21 Julai 2010 oleh Gopeng Berhad kerana struktur asal boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan persekutuan. Akhirnya, tinggallah 2 batang paip yang bersaiz 96 kaki panjang (30 meter) dan berdiameter 30 inci yang dipamerkan sehingga sekarang. Paip Besar Gopeng ini telah didermakan oleh kontraktor pelupus iaitu Syarikat Global Distinction Sdn. Bhd. kepada kerajaan negeri Perak.



6. Iqa Corner Nasi Wanggey Malim Nawar

Dah buat macam-macam aktivti lasak dan jalan-jalan di sekitar Kampar, macam tak lengkap kalau kita tak nikmati juadah isitmewa. Antara menu wajib cuba bila datang Kampar adalah Nasi Wanggey Malim Nawar di Iqa Corner. Perak memang cukup terkenal dengan Nasi Wanggey ataupun lebih dikenali sebagai Nasi Ganja. Surprisingly, di Kampar sendiri pun ada satu lokasi terkenal dengan Nasi Wanggey. Jadi, memandangkan kami dah sampai di sini, rugi rasanya kalau tak singgah dan nikmati sendiri di Iqa Corner Nasi Wanggey Malim Nawar.


Tengoklah, aku dan Neyra dah masing-masing excited bila dihidangkan dengan macamp-macam emnu yang ada di Iqa Corner. Tapi korang wajib cuba Nasi Wanggey dan Kari Kepala Ikan. Terkejut juga bila kami sampai untuk makan tengah hari tengok queue panjang. Waktu operasi di Iqa Corner dibuka pada seawal 830 pagi sehingga 630 petang kecuali hari Sabtu. Bila dah try sendiri makan Nasi Wanggey kat sini, no wonderlah ramai yang sanggup beratur panjang. Memang sedap!


Nasi Ganja Ipoh dah selalu makan, kali ni kita cuba kelainan try Nasi Wanggey Malim Nawar pulak. Rasanya sedap dan ada kelainan. Sambal kelapa kat sini warna putih, kalau kat Ipoh sambal kelapa dia warna merah. Overall, dari segi rasa memang puas hati. Highly recommended!


Aku rasa berbesar hati bila berpeluang jumpa owner Iqa Corner sendiri iaitu Kak Jan. Orangnya sangat baik, friendly dan tak lekang dengan senyuman. Semoga business Kak Jan semakin maju dan sentiasa dimurahkan rezeki. Layanan Kak Jan memang tip top. So guys, kalau korang plan nak ke Kampar, atau lalu kawasan Malim Nawar ni, korang kena singgah sini okey!



7. Gua Kandu

Dah kenyang makan Nasi Wanggey dan Kari Kepala Ikan, kami teruskan perjalanan ke Gua Kandu. Perak ni memang kaya dengan gua batu kapur. Sebelum ni kita dah explore Gua Tempurung, kali ini kita singgah pula di Gua Kandu. 


Gua Kandu terletak bersebelahan dengan Gua Tempurung. Gua Kandu merupakan gua ke-7 terpanjang di Semenanjung Malaysia iaitu kira-kira 100meter. Merangkumi perbukitan batu kapur dengan morfologi kars yang menarik. Ia berusia antara 417 sehingga 280 juta tahun. Gua Kandu juga telah tersenarai sebagai salah satu Geotapak Geopark Lembah Kinta. Antara aktiviti menarik yang korang boleh buat di sini adalah explorasi gua, flying fox, jungle tracking dan aktiviti madu kelulut.



8. Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta

Kalau korang minat sejarah, mesti tahu Kampar cukup terkenal dengan industri perlombongan bijih timah. Destinasi wajib singgah seterusnya adalah Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta yang terletak di Taman Bandar Baru, Kampar. Tempat ini dibuka oleh Tan Sri Hew See Tong iaitu tokoh perlombongan. Tiket masuk ke sini adalah RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak (6-17 tahun).


Muzium ini merupakan muzium terbesar di Malaysia yang bertemakan perlombongan bijih timah. Ia mempamerkan replika aktiviti melombong dengan 4 model perlombongan di pelbagai era yang telah dibina oleh pakar lombong. Pameran ratusan gambar lama aktiviti perlombongan, replika palong, koleksi sebenar mineral dan bijih timah, koleksi dokumen, statistik dan atlas geologi menjadikan muzium ini adalah one stop centre untuk semua penggemar sejarah untuk belajar dan mengetahui sejarah perlombongan bijih timah di Perak terutama sekali di Kampar.


Kalau korang ke Muzium Perlombongan Bijih Timah Kampar ni, korang wajib ambil gambar dengan replika orang yang tengah melombang. Memang teruja bila dapat tengok segala peralatan melombong dari setiap era yang berbeza secara dekat.



9. Menara Jam Kampar

Dah sampai Kampar, mesti kena singgah ke mercu tanda Kampar iaitu Menara Jam Kampar. Ia terletak di persimpangan lampu isyarat Jalan Gopeng dan Jalan Stesen iaitu sebelum masuk ke pusat bandar Kampar dan berhampiran dengan Ibu Pejabat Polis Kampar. Rekabentuk Menara Jam Kampar adalah segitiga yang mempunyai jam di setiap permukaannya. 


Alang-alang dah sampai Menara Jam Kampar, kena la OOTD satu buat kenang-kenangan. Menurut sejarah, pada tahun 1960 Jawatankuasa Kampar Merdeka dan disokong oleh Jawatankuasa Semua Komuniti Kampar telah mencadangkan untuk mendirikan Menara Jam Kemerdekaan di Pekan Kampar. Pembinaan Menara Jam telah siap dalam tempoh 2 bulan pada tahun 1961. Walaubagaimanapun, jam dipasang pada tahun 1962. Menara Jam ini telah dirasmi pada 10 Jun 1062 oleh Tuan Chee Heong Chee Ng. JP, Presiden MCA Kampar. 


10. Bandar Agacia

Satu lagi lokasi wajib singgah di Kampar kalau korang suka OOTD adalah di Bandar Agacia. Ia dibangunkan dengan unit-unit kedai 3 tingkat yang terdiri daripada 3 deretan bangunan. Kawasan ini dinamakan sebagai Bandar Agacia. Setiap unit mempunyai perincian yang berbeza dengan tema Inggeris seolah-olah kita berada di Bandar Eropah.


Fasad bangunan di Bandar Agacia berkonsepkan disney dengan kombinasi pilihan warna pastel. Tarikan utama di sini adalah sebagai lokasi untuk bergambar especially untuk korang yang suka photography atau videography.


11. West Lake UTAR

Di sebelah petang pula, korang boleh singgah di West Lake UTAR untuk beriadah ataupun untuk tengok sunset. Dilengkapi dengan komposisi landskap dan rekreasi, ia merupakan kawasan lapang yang sesuai untuk dijadikan tempat riadah untuk komuniti setempat. Inisiatif daripada pamaju untuk melengkapkan kawasan lapang dengan kompenan yang menjadikan tarikan pelawat seperti jambatan kayu dan waterfront bagi aktiviti memancing menjadikan lokasi ini sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong. 


Kalau datang sini korang jangan lupa untuk OOTD dengan berlatar belakangkan landskap pergunungan dan tasik. Kalau rajin, korang bolehlah brisk walk atau jogging keliling tasik. Memang best!


Memandangkan kami tak lama singgah sini, jadi aktiviti wajib kami semestinya OOTD dan wefie. Bolehlah simpan buat kenang-kenangan dan tanda kami dah sampai sini. Kalau datang Kampar, korang boleh masukkan West Lake UTAR dalam itinerari sekali ye.



12. ILHAM Seni @ Kampar

Kami akhiri trip kami di Kampar dengan berkunjung ke tarikan terbaru di Kampar iaitu ILHAM Seni @ Kampar. Di sini ada lorong yang dipenuhi dengan mural-mural cantik di kanan dan kiri. Paling menarik, mural ini dilengkapi dengan QR kod untuk diimbas oleh para pengunjung untuk mengetahui lebih lanjut tentang mural yang ada. 


Kalau korang kaki photographer atau videographer, atau suka ambil gambar street art, ILHAM Seni @ Kampar adalah lokasi yang sangat sesuai. Setiap mural yang ada di sepanjang lorong ini adalah manifestasi kepada tarikan  yang ada di sekitar Kampar khususnya dan di sekitar Perak pada amnya. Jadi, kalau datang Kampar korang wajib singgah sini untuk melengkapkan trip korang di Kamapar.


Inilah 12 tempat menarik di Kampar, Perak yang boleh korang kunjungi. Banyak lagi tempat-tempat menarik lain di sekitar Kampar yang ada. Pendek kata, kalau datang seminggu baru habis tawaf satu Kampar. Memandangkan trip kami hanyalah 3 hari 2 malam, untuk kali ini hanya 12 lokasi menarik yang sempat kami terjah. Korang ada idea tempat menarik lain yang ada di sekitar Kampar? Jangan lupa untuk tinggalkan di ruangan komen. InshaAllah, panjang umur murah rezeki dapat lagi kita ramai-ramai berkunjung ke Kampar, Perak.


Akhir kata, sekian saja perkongsian serba ringkas tentang trip kami ke Kampar, Perak, Sampai ketemu lagi dalam siri travelogue yang akan datang. Ke mana kita? Stay tune! Di kesempatan ini, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan trip Kampar kali ini terutama sekali kepada pihak Majlis Daerah Kampar, kak Hayda, sahabat bloggers dan kawan-kawan influencer yang baru kenal. Jumpa lagi next time ye. Keep in touch!

Post a Comment

0 Comments