Yoodo Wheel-Yoo-Win Tawarkan Hadiah Bernilai Lebih RM2 Juta

Ada pengguna Yoodo kat sini? Ada berita baik nak kongsi ni. Jom, rebut peluang untuk memenangi pelbagai hadiah hebat bernilai lebih RM2 Juta dengan menyertai peraduan Wheel-Yoo-Win! Pengguna Yoodo yang layak membuat putaran dijamin akan memenangi pelbagai hadiah menarik selain berpeluang untuk memenangi iPhone 14 Plus menerusi Kempen Akhir Tahun Yoodo. Menarik kan? Apa lagi, jom pakat join ramai-ramai. Mana tahu rezeki korang untuk menang besar. Orang kata, "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu". Semoga kita semua dimurahkan rezeki. All the best!

Yoodo merupakan perkhidmatan mudah alih pertama di Malaysia yang menawarkan pelan boleh diubahsuai sepenuhnya dan 100% digital. Pihak Yoodo telah berbesar hati mengumumkan kempen ‘Wheel-Yoo-Win’ yang direka khas bagi memberi ganjaran kepada para pengguna setia Yoodo dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik bersempena perayaan akhir tahun.

“Wheel-Yoo-Win adalah tanda penghargaan daripada kami kepada pengguna Yoodo, yang sentiasa menyokong kami selama ini. Dengan pelbagai hadiah bernilai lebih daripada RM2 juta untuk dimenangi, kami berharap untuk menyebarkan kegembiraan dan membantu pengguna kami mengakhiri tahun ini dengan ganjaran yang hebat!”
Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun


Kempen yang dianjurkan dengan kerjasama SEA Gamer Mall (SEAGM) ini akan berlangsung sehingga 21 Disember 2022 dan menawarkan peluang kepada pengguna yang layak untuk memutar roda hadiah bernilai daripada RM5 hingga RM200. Hadiah-hadiah yang ditawarkan termasuklah item dalam permainan serta Kod UC PUBG MOBILE, langganan percuma selama setahun kepada Majoriti bersama 2H1M ‘staycation’, e-baucar Grab, kad e-hadiah Starbucks, e-baucar Petronas, berlian Mobile Legends Bang Bang, e-baucar beli-belah Lazada dan banyak lagi. 

Selain daripada itu, para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama yang menarik seperti iPhone 14 Plus terbaharu (bernilai RM5,000), peranti Samsung (bernilai RM800) dan kelengkapan permainan video (bernilai RM600) menerusi cabutan bertuah istimewa yang diadakan secara maya pada setiap bulan.


Bagi mereka yang ingin mengambil bahagian dalam kempen ini, mereka hanya perlu berbelanja minimum RM32 apabila memperbaharui atau mengubahsuai pelan Yoodo mereka dan dijamin akan membawa pulang satu hadiah! Setiap peserta yang layak akan menerima satu kod unik untuk memutar Wheel-Yoo-Win dan serta-merta menerima hadiah mereka. Menarik kan?


Selain memenangi hadiah yang dijamin menerusi putaran roda itu, pelanggan yang berkongsi kemenangan mereka di media sosial Facebook dan Twitter juga akan layak untuk menyertai cabutan bertuah bulanan. Acara cabutan bertuah untuk merebut hadiah utama ini akan diadakan pada 31 Oktober 2022, 23 November 2022 dan 22 Disember 2022.

“Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Yoodo sekali lagi, dan kali ini untuk kempen yang menarik dan menyeronokkan ini. Kami sentiasa mengutamakan kepuasan hati dan kesetiaan pelanggan dan peluang untuk memberikan ganjaran kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai hadiah hebat ini sememangnya memberikan kegembiraan kepada kami.” 
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama SEAGM, Tommy Chieng


Pelanggan SEAGM juga boleh mengambil bahagian dengan membuat transaksi yang boleh melayakkan mereka di dalam laman sesawang SEAGM. Berita menarik! 150 pelanggan pertama yang layak setiap hari akan menerima satu kod unik untuk memutar Wheel-Yoo-Win. Apapun, all the best kepada semua peserta. Semoga ada rezeki menanti korang semua.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Wheel-You-Win, sila kunjungi https://www.yoodo.com.my/wheelyoowin


Mengenai Yoodo

Dilancarkan pada Januari 2018, Yoodo merupakan perkhidmatan mudah alih digital bebas yang dimiliki dan dikendalikan oleh Celcom Axiata Berhad. Ia menawarkan perkhidmatan mudah alih yang pertama di negara ini yang benar-benar boleh disesuaikan dengan ketelusan, fleksibiliti dan kemudahan pelanggan yang lengkap.  

Untuk maklumat lanjut mengenai Yoodo, layari yoodo.com.my atau yoodoMY di laman sosial Facebook, Instagram, TikTok, YouTube dan Twitter. Atau dapatkan berita esukan terkini dengan megikuti @yoodoesports di Facebook atau @yoodoesportsmy di Instagram.


Mengenai SEAGM

SEA Gamer Mall Sdn Bhd, SEAGM ialah sebuah syarikat platform e-dagang barangan dan perkhidmatan digital antarabangsa yang mantap untuk para pemain, pembangun, dan penerbit permainan video. SEAGM mempunyai beberapa pejabat di Malaysia, China, dan Thailand, ia menjadi pilihan para pemain untuk mendapatkan tambah nilai permainan video dalam talian dan barangan digital.

SEAGM berjaya membangunkan platform e-dagang barangan digital dan pembayaran permainan video dalam talian (SEAGM.com) dan platform pasaran barangan digital (KALEOZ.com). Dengan pelbagai projek dan kerjasama serta perkongsian yang berjaya dilaksanakan, SEAGM bersedia untuk mencipta pencapaian yang lebih besar sambil ia mengukuhkan lagi kedudukannya di dalam industri permainan video di peringkat global.

Post a Comment

0 Comments