Sebelum tahun 2022 melabuhkan tirai, sempat juga plan untuk lunch bersama kawan-kawan di EMP KL, Westin Hotel KL. Kat sini memang terkenal dengan Chinese Cuisine yang terbaik di Kuala Lumpur City Centre. Lokasi strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur, iaitu berhadapan dengan Pavilion KL menjadikan EMP KL mudah untuk diakses. Jadi, di kesempatan ini aku nak share serba-sedikit tentang pengalaman aku sendiri menikmati makanan tengah hari, Chinese Cuisine di EMP KL, Westin Hotel KL.
Pertama kali bila kaki melangkah ke EMP KL, memang terkesima. Dekorasi dan tatarias restoran ini bertatahkan warna emas menjadikannya tampak elegan dan eksklusif. Terus rasa macam masuk istana di China. Mesti ada yang tertanya-tanya, "EMP KL ni kat mana?". Okey, kalau korang ke Westin Hotel KL, EMP KL ni terletak di tingkat 1. Dah sampai tingkat 1 nanti, korang akan jumpa laluan masuk ke EMP KL.
Untuk sesi lunch kali ini, aku ajak Azmi dan Fuad satu family iaitu Ara dan Farah Ayana. Alang-alang Ayana baru celebrate birthday pertama pada bulan Disember 2022, jadi kita celebrate sekali kat sini secara kecil-kecilan sambil lepak makan. Walaupun berjiran dengan Fuad, tapi memandangkan masing-masing busy, jadi jarang betul nak jumpa. So, kira buat lunch ni tanda sambut kedatangan jiran baru la, hahaha. Time lunch macam ni la baru boleh sembang-sembang sambil menikmati Chinese Cuisine.
Rasa macam dah lama tak hangout ramai-ramai macam ni. Jadi, sempena nak sambut tahun baharu 2023, kita celebrate la sikit. Semoga untuk tahun 2023, kita semua sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur untuk berkumpul ramai-ramai dengan member-member yang lain jugak. Kalau dulu, boleh dikatakan every year buat makan-makan bersama kawan-kawan. Buat gathering then tukar-tukar hadiah. Memandangkan pandemik melanda, semua terpaksa stop. Sekarang baru boleh kumpul ramai-ramai balik macam ni.
Btw, kalau korang plan nak buat family gathering atau small event, boleh book private room di EMP KL yang memuatkan sehingga 6-10 pax bergantung kepada size bilik. EMP KL menawarkan pelbagai pilihan private room dan setiap bilik ada signature decoration yang unik.
Private room untuk 8 pax
Private room yang dilengkapi dengan speaker dan flat screen TV. Kemasan pada dinding dan syiling berwarna keemasan dan unsur rekabentuk Cina memberi sentuhan yang luar biasa untuk tetamu yang berkunjung ke sini.
Private room untuk 15 pax
Dilengkapi dengan dinding serap bunyi, sesuai untuk sesi makan dan berhibur dengan family dan kawan-kawan. Private room ini juga dilengkapi dengan sistem karaoke. Perfect untuk special event dan company occasion.
Private room dengan comfy sofa and nice decoration sesuai untuk event special bersama family dan kawan-kawan. Untuk OOTD pun memang cantik kan?
Dari segi layanan pula, memang tip top! Kita duduk je, nanti akan ada pelayan yang akan ambil order. Memang plan nak makan Chinese Cuisine, semestinya paling best kita order chrysanthemum tea. Cuma, kalau nak datang EMP KL, disarankan untuk book awal-awal. Jangan walk-in, nanti takut penuh dan tak ada seat. Lama pula menunggu nanti. Kalau dah book awal-awal, inshaAllah nanti cepat je prosesnya.
Siapa suka makan makanan Chinese, boleh try datang ke EMP KL. Macam-macam menu ada, sampai rambang mata time nak order. Okey, jom kita tengok menu yang kami order!
Ala Carte Starter
Tak lengkap kalau tak order ala carte starter iaitu Chilled Ice Plant Salad with Yuzu Dressing dan Crispy King Prawns with Wasahi Mayo. Dua-dua menu ni memang boleh membangkitkan selera makan korang. Salad tu memang sedap, rasa masam-masam Yuzu dressing dan dihidangkan bersama salad yang segar. Crispy Prawns with Wasabi Mayoc pun sedap, udang yang besar dan paling penting wasabi mayo tu sedap. Tak ada rasa pelik langsung, memang kena dengan selera!
Claypot
Menu lain yang kami order adalah Giant River Prawns Chee Cheong Fun. Menu ni memang sedap. Udang besar dengan isi yang pejal dan Chee Cheong Fun yang sangat perfect dari segi rasa.
Side Dishes
Untuk menu sampingan, kami order Braised King Prawns with E-Fu Noodle dan Wok-Fried Shredded Potato bersama Cordyceps Flower with Crispy Lotus Root. Dua-dua menu ni sangat sesuai untuk dijadikan snacks. Rangup dan rasa sedap! Sambil duk bersembang, sambil duk makan. Memang layan!
Dessert
Tak lengkap hidangan makan tengah hari tanpa pencuci mulut. Untuk pencuci mulut, kami order Red Ruby Bubur Cha Cha dan Crispy Coconut Pancake with Gula Melaka. Kedua-dua menu dessert terbaik. Jujurnya, ni first time aku try Crispy Coconut Pancake with Gula Melaka. Memang sedap!
Overall experience makan kat sini, dari segi servis dan makanan memang tip top! No wonder lah orang ramai setiap masa sampai fully booked Rupa-rupanya food kat sini memang sedap dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan. So guys, kalau korang teringin nak makan Chinese Cuisine yang sedap di KL, korang boleh try di EMP KL.
Insta-worthy
Tak lengkap kalau keluar makan atau hangout dengan member tapi tak bergambar sebagai kenang-kenangan kan? Di EMP ni, banyak port menarik untuk bergambar. Jujurnya, sangat insta-worthy untuk korang yang suka OOTD. Dekorasi unik berwarna emas dan dilengkapi dengan pelbagai Chinese artifacts menajadikan EMP KL seolah-olah seperti sebuah Galeri. Antara koleksi yang dipamerkan di EMP KL adalah sculpting, pottery, dan jade carving.
Ini antara beberapa artifak lama yang menjadi tarikan di EMP KL. Aku betul-betul tertarik dengan pasu besar yang penuh dengan corak berseni. Selain itu, lukisan di setiap sudut EMP KL sangat halus seninya. Sesiapa yang suka art, mesti tertarik dengan setiap inci dekorasi dan tatarias di sini.
Sebelum balik, aku nampak ada autograph dari Park Eun-Bin di logo EMP KL. Rupa-rupanya, Eun-Bin iaitu pelakon wanita Korea yang semakin meningkat naik namanya singgah lunch di sini sehari sebelum kami datang. Actually, aku pun pergi ke Fan Meeting Park Eun-Bin yang telah diadakan di StarXpo KWC, KL. Aduh, kalau kami pergi awal, mesti dapat jumpa Eun-Bin. Apa lagi, terus ambil autograph Eun-Bin dan ambil gambar sebagai kenang-kenangan. Peminat fanatik Eun-Bin mesti teruja kalau dapat autograph besar macam ni, hahahaha.
Oh, lagi satu. Konsep di EMP KL adalah open kitchen. Korang boleh tengok chef yang sedang memasak dan menyediakan juadah korang. Lagi satu, EMP KL juga ada menjual gift box seperti tart nenas dan biskut kepada para pelanggan. Kalau korang nak cari gift, boleh datang beli kat sini.
So next time, kalau korang jalan-jalan shopping di Pavilion, bolehlah try singgah di EMP KL untuk menikmati Chinese Cuisine terbaik di KL. Kalau korang nak try sendiri Chinese Cuisine yang sedap di KL, boleh datang sendiri ke EMP KL!
Lokasi:
1st Floor, The Westin Kuala Lumpur, 199,
Jln Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Untuk tempahan boleh hubungi:
Tel: +010 303 0011
Tel: +010 303 0022
Email: enquiry@empkl.com
Waktu Operasi EMP KL
Effective 1 Jan 2023
Weekdays
Dim Sum & Lunch: 11am - 3pm
Dinner: 6pm - 10pm
Weekend & Public Holidays
Dim Sum 10am - 3pm
Lunch: 11am - 3pm
Dinner: 6pm - 10pm
Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Happy New Year 2023 kepada semua pembaca blog ni. Semoga sempena tahun baharu 2023 ini, kita dapat merealisasikan segala impian kita, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sukses selalu dalam apa jua yang kita kerjakan. Psssst! Kalau ada tempat-tempat makan yang best, jangan lupa untuk suggest di ruangan komen.
1 Comments
SIZZLING SUZAI - adoiii stress la yg ni x hajak hahahha sedapnyaa nmpk semua foods ni
ReplyDelete