Cabaran Ayam Hot-Ah di The Chicken Rice Shop

Jom Huat bersama Ayam Hot-Ah di The Chicken Rice Shop! Berita baik untuk semua peminat setia The Chicken Rice Shop. Sempena sambutan Tahun Baru Cina dan meraikan ketibaan Tahun Arnab, kita semua berpeluang untuk menikmati menu terbaharu yang pedas dan lazat iaitu Ayam Hot-Ah di The Chicken Rice Shop (TCRS).


Ayam Hot-Ah yang diperkayakan dengan limpahan perisa dan kelazatan melambangkan kehangatan perayaan Tahun Baru Cina. Korang boleh try sendiri Ayam Hot-Ah mulai sekarang sehingga 28 Februari 2023 di semua outlet TCRS yang berdekatan. Menu yang memukau ini pasti akan memikat citarasa rakyat Malaysia untuk menjamu selera bersama rakan dan keluarga pada waktu perayaan dan cuti hujung minggu!



Disempurnakan dengan adunan lazat kuah berperisa pedas dan digandingkan dengan tauhu goreng yang ditaburi daun bawang, hidangan ini pastinya akan membuat korang menjerit “Hot-Ah”! Sama ada korang nak menikmati hidangan ini bersendirian ataupun berkongsi bersama yang tersayang, TCRS telah menawarkan menu yang menampilkan tiga set yang berbeza untuk dipilih. Set untuk 1 pax, 2 paxs dan 4 paxs ditawarkan pada harga yang berbeza.

Hampir setiap budaya, makanan yang berbeza mempunyai maksud simbolik yang berbeza. Sebagai contoh, dalam isi rumah kaum Cina, ayam sering dikaitkan dengan kemakmuran dan tuah. Oleh itu, hidangan ayam biasa disediakan untuk jamuan makan besar Tahun Baru Cina.

Selain daripada menyambut ketibaan tahun baharu dengan penuh kegembiraan, TCRS juga ingin mewujudkan ruang di mana anda boleh berinteraksi dengan rakan dan ahli keluarga yang jarang anda temui sambil menikmati setiap suapan hidangan kami. Kami bersedia untuk memenuhi keperluan berbeza setiap pelanggan kami dan dengan menu Ayam Hot-Ah, pelanggan kami pasti terpukau dengan kenikmatan hidangan pedas ini 

Wong Kah Yong
Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd





Personally, sebagai seorang yang suka makan pedas, aku boleh katakan Ayam Hot-Ah ni tak pedas sangat. Tapi, bagi aku kena dengan selera sebab rasanya sedap. Jadi, kalau korang nak try makan pedas dan tak alah dengan pedas, korang boleh try!

By the way, sekarang TCRS sedang menganjurkan cabaran ‘Ayam Hot-Ah’. Syarat penyertaan mudah je, korang hanya perlu rekod video dengan hanya menjerit “Hot-Ah” yang terpanjang dengan cara yang paling kreatif. Contest ini bersempena dengan pelancaran menu Ayam Hot-Ah di semua outlet TCRS di seluruh Malaysia. Alang-alang korang nak gi TCRS dan try sendiri menu Ayam Hot-Ah ni, apa kata korang rekod je video sekali dan join contest ni. Mana tahu ada rezeki antara korang yang akan menang. Jom, ramai-ramai pakat join.

Rakyat Malaysia sentiasa teruja menantikan musim perayaan dan bersama-sama meraikan dengan yang tersayang. Sebagaimana frasa Yam Seng sering digunakan oleh pelbagai kaum untuk memeriahkan lagi majlis, kami mendatangkan sesuatu yang berbeza dengan frasa “Hot-Ah” yang berteraskan nilai yang sama, iaitu nilai kepelbagaian. Di samping itu, kami inging menunjukkan cara yang berbeza untuk meraikan tahun baru ini dengan menghasilkan cabaran jeritan “Hot-Ah” di mana para peminat boleh mencabar satu sama lain untuk menyuarakan “Hot-Ah” yang terpanjang mengikut kreativiti masing-masing.
Wong Kah Yong
Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd



Untuk kaki contest di luar sana dan juga peminat setia TCRS, inilah peluang untuk memenangi baucar sedapZ TCRS sempena cabaran "Hot-Ah". Untuk maklumat lanjut mengenai menu Ayam Hot-Ah dan Cabaran Ayam Hot-Ah, korang boleh layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/

Post a Comment

0 Comments