Carrisa Beauty Jenama Kosmetik Tempatan Kini di Sogo!

Carissa Beauty adalah jenama kosmetik tempatan kini di Sogo! ​Carrisa Beauty Sdn. Bhd. telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 2015. Bermula dengan membuka butik pakaian di sebuah pusat membeli-belah yang terkenal di Shah Alam, kini Carrisa memperkenalkan barisan produk kecantikan dan penjagaan kulit yang setanding produk antarabangsa atas permintaan yang tinggi dari pelanggan.

Jenama Carrisa mendapat sambutan yang tinggi dari pelanggan kami. Justeru saya merasakan inilah peluang terbaik untuk meneroka bidang baharu dengan mempelbagaikan produk keluaran
Puan Zurin Zakaria, Pengarah Urusan Syarikat


Pada tahun 2018, syarikat telah membuat penyelidikan bagi pembuatan produk kosmetik asas di bawah jenama Carrisa. Perancangan ini bukan sahaja untuk mengukuh dan meluaskan jenama Carrisa di pasaran tempatan, malah untuk memenuhi permintaan pelanggan daripada luar negara. Jadi, tak hairanlah kalau nampak jenama Carrisa Beauty setanding dengan produk bertaraf antarabangsa. 


Produk Carrisa sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Semua produk diformulasi sesuai untuk semua jenis kulit dan iklim di dalam dan di luar negara. Buat masa ini, bagi pembelian terus (runcit), semua produk Carrisa Beauty boleh didapati di Pasaraya Besar SOGO. Syarikat juga berhasrat untuk memasarkan jualan peruncitan di beberapa buah pasaraya besar yang lain dan farmasi terpilih selain mempunyai kiosk mudah alih sendiri bagi memudahkan pelanggan mendapatkan produk terkini secara terus.


Carrisa Beauty Sdn. Bhd. menampilkan produk yang dihasilkan oleh Kumpulan Syarikat Pengilang yang berstatus ISO, memiliki pengesahan sijil Halal dan Good Manufacturing Practice - GMP (Penghasilan Produk yang mempunyai Mutu yang Baik). Ini adalah sejajar dengan matlamat Carrisa untuk menjadi sebuah syarikat pengeluar produk bermutu tinggi yang berdaya maju, selain kompetitif dan inovatif dalam pemasaran produk kecantikan dan penjagaan diri di Malaysia.




Produk Jenama Carrisa terdiri daripada kelengkapan kosmetik, penjagaan muka dan penjagaan diri termasuk krim mandian, skrub badan dan juga pencuci peribadi wanita. Pendek kata, segala jenis produk boleh didapati dari Carrisa.


Bagi kelengkapan kosmetik, terdapat set palet lengkap bertemakan warna merah jambu dan warna terang. Ianya sesuai digunakan untuk majlis rasmi, ke pejabat mahupun majlis santai. Dipadankan dengan bedak muka baby cussion dengan liputan penuh supaya kulit nampak lebih semulajadi dan mekap akan tahan lebih lama. Pilihan lipmatte akan menyerlahkan penampilan dan senyuman wanita sebenar. Tidak lengkap gaya tanpa memakai maskara untuk bulu mata lebih lentik, memukau mata yang memandang. Carrisa menyediakan kelengkapan kosmetik yang sesuai digayakan untuk semua acara bagi wanita yang mementingkan gaya dan kecantikkan.



Sebelum membeli produk kosmetik, kaum wanita disarankan untuk mengetahui rona warna dan tekstur kulit supaya kosmetik yang digunakan akan kekal cantik dan tahan pada kulit muka disamping mengelakkan mekap menjadi tidak sekata dan bercapuk.

Jika ingin mendapatkan khidmat nasihat dan membuat penampilan baharu dengan berdandan, korang boleh ke kaunter Carrisa untuk mendapatkan khidmat nasihat. Pegawai kami akan memberi tips dan produk yang sesuai untuk digunakan. Pastinya anda akan pulang dengan penampilan baru yang mengujakan untuk dikongsikan bersama rakan dan keluarga yang lain.


Bagi krim mandian dan skrub badan pula, terdapat tiga campuran bahan utama iaitu estrak Bunga Sakura, Lavender dan susu kambing. Ia diformulasikan dengan tiga bahan utama bersama ramuan terbaik yang lain. Kesannya ia dapat menanggalkan kulit mati dengan lembut dan berkesan. Dalam masa yang sama memastikan kulit sentiasa lembut, cerah dan segar.

Pencuci peribadi wanita pula diformulasikan daripada ekstrak tumbuhan semulajadi yang secara tradisinya telah digunakan sejak dahulu lagi bagi membantu membersih dan menjaga bahagian intimasi wanita. Khasiat daun sirih dipercayai dapat membunuh bakteria dan mikro-organisme yang menjadi penyebab keputihan. Manjakani pula digunakan untuk menyembuhkan luka. Ia dijadikan jamu untuk kesihatan dalaman wanita dan organ intim terutamanya selepas bersalin. Cuma formulasinya telah dimodenkan bagi memudahkan pengguna mendapat khasiat daripada tumbuhan tradisi ini.


Produk jenama Carrisa adalah mampu milik dan boleh didapati pada harga antara RM15.90 sehingga RM129.90 setiap satu. Kini, pengguna dapat berjimat ketika berbelanja kerana produk Carrisa setanding produk antarabangsa yang lain. Selain boleh didapati di kaunter pasaraya SOGO, produk Carrisa juga boleh dibeli secara Online menerusi Lazada, Shopee, Facebook, Instagram dan laman sesawang (Carrisa Beauty).


Carrisa juga dalam usaha untuk mengembangkan misi perniagaan dengan mengikuti banyak acara dan pameran di dalam dan di luar negara bagi mempromosikan produk jenama secara lebih meluas. Banyak aturcara telah dirancang dan akan dijalankan bagi mempromosikan jenama Carrisa. Untuk yang gemar melayari sosial media dan mengetahui info terkini, boleh layari Tiktok, Facebook & Instagram Carrisa Beauty untuk maklumat lanjut dan promosi terkini.

​Carrisa bukan hanya sekadar nama, tetapi komitmen syarikat untuk menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan wanita, di samping mendidik pengguna supaya menjaga kesihatan dan penampilan diri selari dengan tagline Carrisa itu sendiri iaitu "Kerana anda sememangnya cantik".

Carissa Beauty Sdn Bhd

Carrisa Beauty merupakan jenama kosmetik terbaru di Malaysia. Ia merangkumi produk daripada barisan kosmetik dan penjagaan wajah. Dengan tagline KERANA ANDA SEMEMANGNYA CANTIK. Ia beroperasi di alamat No. 32, Jalan SS22/21 Damansara Jaya 474000 Petaling Jaya Selangor. Untuk keterangan lanjut dan aktiviti terkini. sila layari: www.carrisa.com.my dan follow di Facebook: Carrisa Beauty dan Instagram: @Carrisa.BeautyHQ


Untuk keterangan lanjut dan media, sila hubungi Puan Zurin Zakaria, Pengarah Urusan di talian +60 17-254 4269 atau Cik Zura, Pengurus Pembangunan Perniagaan di talian +60 17-278 4446.

Post a Comment

0 Comments