KSL Esplanade Hotel Catat Sejarah! Bangunan Tertinggi Di Klang kini dibina. KSL Esplande Hotel Klang bakal menjadi destinasi percutian pilihan terbaik di Selangor.
Baru-baru ink telah berlangsungnya majlis perasmian dan pembukaan KSL Esplanade Hotel cawangan Klang milik KSL Holdings Berhad.
Seiring memulakan operasi, Pengarahnya iaitu Khoo Kheng Ghiap dalam ucapannya amat mengalu-alukan kedatangan para tetamu untuk menikmati fasiliti kelas sederhana yang mereka tawarkan.
"Kami sengaja bina hotel ini di kawasan yang sedang membangun iaitu Bandar Bestari Klang yang jaraknya kira-kira 10 kilometer dari bandar Klang.
"Biarpun sedikit jauh dari bandar, namun kedudukan hotel ini sangat strategik bagi memenuhi keperluan sewajarnya di untuk penduduk sekitar.
"Kalau kami bina di bandar, di sana sudah terdapat banyak pilihan hotel dan secara tidak langsung, saingannya sengit.
"Di sini kami boleh dikatakan pelopor atau syarikat terawal yang menawarkan perkhidmatan sebegini tanpa adanya persaingan lain," ujar Kheng Ghiap.
Menariknya, ia merupakan struktur binaan pencakar langit pertama dibina di Bandar Bestari Klang, ternyata ia menjadi kelebihan KSL Hotel untuk mengukuhkan jenamanya memandangkan tiada premis perniagaan lain yang setara dengan bangunan setinggi 23 tingkat itu.
Selain itu, turut menjadi kebanggaan mereka ialah Sora Skybar yang terletak di tingkat paling atas, sekali gus menawarkan pemandangan panorama bandar Klang.
Semestinya produk utama KSL Hotel adalah ruang penginapan yang merangkumi sejumlah 403 bilik kontemporari dan moden termasuk Superior, Deluxe, Family, Premier dan Executive Suite untuk tetamu menginap dengan penuh privasi dan selesa.
Menepati status hotel bertaraf empat bintang, KSL Esplanade Hotel juga dilengkapi dengan pelbagai fasiliti lain yang serba moden dan terkini.
Untuk merasai pengalaman unik dan istimewa, bakal tetamu boleh membuat tempahan melalui alamat e-mel yakni reservations@kslkl.my atau menghubungi talian 03-30002288 atau terus saja melayari laman sesawang rasmi mereka.
0 Comments