Ayam Kilau di The Chicken Rice Shop Sempena Ramadan & Raya!

Dah lama tak makan di The Chicken Rice Shop (TCRS) kan? Alang-alang ada menu baharu sempena Ramadan dan Raya 2023, jom kita ke TCRS. Ayuh kita bersilat di The Chicken Rice Shop dengan menu terbaru iaitu Ayam Kilau!


Jom sahut cabaran dan cuba Ayam Kilau dari The Chicken Rice Shop pada musim perayaan. Mesti korang excited nak tahu apa rasa Ayam Kilau kan? Jom, aku kongsikan pengalaman aku sendiri menikmati menu Ayam Kilau di The Chicken Rice Shop untuk berbuka puasa.


Sempena bulan Ramadan, The Chicken Rice Shop (TCRS) telah melancarkan menu baharunya iaitu Ayam Kilau yang pedas dan rangup untuk para peminatnya. Tersedia mulai sekarang sehingga 21 Mei 2023 di semua lokasi TCRS, hidangan istimewa ini boleh dipesan dalam 3 set berbeza iaitu Meal A (set 1 orang), Meal B (set 2 orang) dan Meal C (set 4 orang). Jadi, korang boleh pilih untuk menikmati set Ayam Kilau sama ada nak order untuk makan seorang atau makan sekumpulan bersama keluarga atau kawan-kawan pada bila-bila masa!


Memandangkan kami berbuka puasa ramai-ramai, 4 orang temooh hari. Jadi, kami order Meal C iaitu hidangan untuk 4 orang. Ni antara menu-menu yang kami order untuk Meal C iaitu set untuk 4 orang. Kalau korang ke TCRS ramai-ramai bersama family atau kawan-kawan, highly recommended untuk korang order Meal C. Memang berbaloi-baloi!








Bulan puasa juga merupakan waktu yang istimewa di mana kita dapat berkumpul bersama keluarga dan kawan-kawan untuk berbuka puasa. Oleh sebab itu, TCRS berbesar hati melancarkan menu baharu ini untuk dinikmati bersama samada di restoran ataupun di rumah. Mesti korang nak tahu kan, apa kaitan menu ni dengan Kilau? "Kilau" ini dijelaskan kerana mendapat inspirasi daripada seni pertahanan diri silat. Dimasak dengan gabungan perapan secukupnya, rasa Ayam Kilau melambangkan ‘keberanian’, apatah lagi apabila digandingkan pula dengan Sambal Hijau Kilau yang pastinya mengasyikkan.



Setiap budaya memiliki cara masak yang unik dan tradisional. Kami teruja kerana dapat mereka cipta menu baharu bersempena bulan Ramadan dan Hari Raya dan kami juga mengalu-alukan semua orang, tidak kira yang tua ataupun muda untuk mencubanya. Pasukan kami telah bertungkus-lumus menyesuaikan resipi untuk musim perayaan ini dan kami berharap semua berpeluang mencuba Ayam Kilau. Kami di TCRS amat berbangga kerana dapat menyediakan makanan tempatan yang terbaik kepada para pelanggan, resipi baharu yang kami perkenalkan juga sesuai dan berkualiti untuk santapan semua. Kami berharap musim perayaan ini akan dipenuhi kebahagiaan dan keberkatan 
Wong Kah Yong, 
Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd


The Chicken Rice Shop amat menitikberatkan citarasa para pelanggannya dengan menyediakan pelbagai jenis menu bersesuaian dengan hari perayaan dan TCRS bermatlamat untuk terus menginovasi menunya supaya ianya senantiasa dapat dinikmati demi menyemarakkan semangat perpaduan di Malaysia.


Untuk maklumat lanjut tentang menu baharu Ayam Kilau ataupun promosi terkini tentang TCRS, korang boleh layari website rasmi The Chicken Rice Shop www.thechickenriceshop.com atau Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/

Post a Comment

0 Comments