Korang prefer jam tangan berjenama atau smart watch yang serbaguna? Apapun pilihan korang, pastikan pilihan yang kita buat adalah tepat. Memilih jam tangan atau smart watch adalah pelaburan jangka panjang. Jadi, buatlah pilihan yang bijak! Pada pendapat aku, Kieslect Calling Watch Ks adalah smart watch yang menawarkan harga mampu milik dengan kualiti terbaik.
Di kesempatan ini, aku nak share beberapa tips untuk memilih smart watch yang berkualiti dan berbaloi. First sekali, korang wajib tengok dari segi features. Pastikan smart watch yang korang nak beli dilengkapi dengan pelbagai fungsi, bukan sekadar menunjukkan waktu dan untuk tujuan fitness semata-mata. Paling penting, pastikan smart watch yang dipilih boleh dihubungkan secara terus dengan telefon pintar (smartphone) korang. Baru boleh optimize penggunaan smart watch secara optimum termasuklah untuk mengakses panggilan keluar masuk, notifications daripada aplikasi kegunaan harian seperti whatsapps, sosial media, e-mail dan sebagainya hanya di hujung jari!
Selain itu, antara faktor lain yang perlu diambil kira adalah dari segi design, aplikasi /perisian yang ditawarkan, ketahanan bateri dan harga. Dunia hari ini mementingkan aspek kesihatan. Jadi, features untuk memantau kesihatan diri adalah antara faktor utama dalam pemilihan smart watch yang berbaloi untuk dimiliki.
Kieslect
Personally, buat masa ini aku pengguna setia smart watch Kieslect. Sebelum aku berceloteh panjang mengenai sebab utama aku memilih Kieslect dan key features, jom aku kongsikan serba-sedikit tentang jenama Kieslect. Mungkin ada antara korang yang tak pernah dengar tentang jenama Kieslect. Here we go!
Untuk pengetahuan korang, Kieslect merupakan sebuah syarikat Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun 2017. Syarikat ini telah membekalkan jam pintar (smart watch) kepada lebih 5000 buah cawangannya yang berada di lebih 60 negara yang terdiri daripada 600 orang pekerja. Kieslect sentiasa memastikan kualiti dan teknologi mereka sentiasa dikemas kini dengan fungsi-fungsi baharu dan terkini melalui kerjasama dengan penyedia teknologi jalur lebar dan syarikat yang terbaik dalam usaha untuk membekalkan produk pintar yang berkualiti serta menghasilkan reka bentuk yang trendy dan elegan.
Bukan sekadar memiliki jenama yang gah, Kieslect juga telah diperakui kualitinya dengan menerima pengiktirafan dan pensijilan daripada CE, RoHS, FCC dan UKCA. Lebih meyakinkan, Kieslect telah diiktiraf dengan merangkul beberapa anugerah rekabentuk antarabangsa seperti Red Dot Design Award, iF Design Award dan German Design Award.
Kieslect Calling Watch Ks
Kieslect Calling Watch Ks merupakan jam tangan pintar (smart watch) yang menawarkan fungsi yang cukup lengkap untuk dijadikan pembantu peribadi dalam menguruskan kehidupan kita seharian. Kalau nak disenaraikan kesemua features yang ada pada Kieslect Calling Watch Ks ni, memang banyak. Aku sendiri pun selaku pengguna belum explore habis lagi. Macam-macam features ada dan kesemuanya memang memuaskan. Untuk perkongsian kali ini, aku nak share beberapa features yang pada hemat aku sangat menarik. Antara features utama yang korang wajib tahu tentang Kieslect Calling Watch Ks adalah:
- Design yang sleek dan modern dengan 2 jenis strap iaitu magnetic strap dan strap biasa
- Menyediakan 100 pilihan mode sukan yang boleh dipilih untuk menggalakkan pengguna mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat
- Bluetooth 5.2 Connection yang stable membolehkan kita menerima panggilan serta notifikasi secara terus melalui smart watch
- Fungsi Abnormal Heart yang dapat memberi amaran kepada pengguna sama ada kadar denyutan jantung berada pada tahap tinggi atau rendah sebagai indikator pemantauan kesihatan
- Multi Functional Shortcut Button yang boleh mengaktifkan pembantu suara AI untuk memudahkan mod bantuan SOS
- Butang smart watch yang boleh diputar untuk mengawal volume dan beberapa fungsi lain dengan mudah
Sebelum korang decide berbaloi ke tak nak beli Kieslect Calling Watch Ks, korang kena baca dulu 7 sebab kenapa Kieslect Calling Watch Ks adalah pilihan smart watch yang tepat untuk pengguna masa kini!
7 Sebab Perlu Pilih Kieslect Calling Watch Ks
1. Aplikasi Kie OS
Kieslect Calling Watch Ks dihubungkan dengan aplikasi Kie OS yang boleh dimuat turun menggunakan smart phone. Interface yang menarik dan aplikasi yang user friendly menjadikan Kieslect Calling Watch Ks berada dalam liganya yang tersendiri. Nak download apps pun senang, hanya perlu scan QR code pada smart watch. Tampil dengan paparan Ultra AMOLED 1.78’’dengan 368*448 resolusi Pixels, sekaligus memberikan paparan yang jelas dengan resolusi imej yang berkualiti tinggi. Memang puas hati bila guna especially dengan “touch screen” feature. Senang nak guna dan sangat user friendly!
2. Butang ke-dua yang Multi-functions
Aku cukup tertarik dengan fungsi Butang Ke-dua Kieslect Calling Watch Ks yang mempunyai multi-functions dengan pelbagai pilihan termasuk mod sukan hanya dengan sekali tekan sahaja. Butang kedua ini juga turut membantu mengaktifkan pembantu suara AI dengan menekan dua kali. Jika ingin memilih mod bantuan SOS pula, kita hanya perlu menekan tanpa henti selama beberapa saat.
3. Pemantau Kesihatan Lengkap
Kieslect Calling Watch Ks menepati ciri pemilihan smart watch dengan dilengkapi dengan features untuk memantau tahap kesihatan. Kalau korang seorang yang cakna tentang pemantauan tahap kesihatan diri, model smart watch Kieslect ni sangat bertepatan. Antara fungsi yang ditawarkan adalah bacaan SpO2, Kadar Denyutan Jantung, Pemantauan Tidur, Stress level, Emotion dan banyak lagi.
Aku paling suka dengan fungsi Heart Rate dan SpO2. Secara tak langsung, ia mendidik kita selaku pengguna untuk sentiasa ambil berat tentang tahap kesihatan diri. Paling penting, kita boleh buat self-check untuk jadi lebih alert dengan keadaan semasa.
4. 2-in-1 Core Calling Chip
Setaraf dengan Apple watch dan Samsung smart watch? Ya, memang betul! Smart watch Kieslect merupakan jenama ketiga di dunia yang menawarkan Smart Watch Calling Chip selepas Apple dan Samsung. Wow! Amazing kan? Selain itu, Kieslect Calling Watch Ks juga dilengkapi dengan pembesar suara dan mikrofon yang cukup baik. Kalau ada panggilan masuk, kita just angkat call menerusi smart watch dan terus bercakap. Fungsi ni sangat penting especially untuk kita yang sentiasa aktif bergerak ke sana ke sini.
Bukan hanya boleh menerima panggilan masuk, apa yang lebih menarik smart watch ni juga boleh membuat panggilan keluar. Paling penting, kita kena sync contact numbers dari smart phone ke smart watch siap-siap. Penggunaan 2-in-1 chip ini mampu untuk mengurangkan penggunaan bateri sehingga 30 peratus dan secara tidak langsung menjadikan bateri jam tahan lebih lama. Based on my personal experience, smart watch ni mampu bertahan sehingga 3 hari bergantung kepada kadar penggunaan. Nak charge pun mudah sebab magnetic charger yang disediakan hanya perlu lekat pada permukaan belakang smart watch untuk dicaj.
5. Bluetooth 5.2 Stable Connection
Macam mana nak connect smart phone dengan smart watch korang? Hanya perlu guna sambungan bluetooth untuk pair. Tapi sebelum tu, korang kena install aplikasi KIE OS siap-siap. Bluetooth 5.2 yang ada pada Kieslect Calling Watch Ks sangat stabil. Jadi, korang tak perlu risau kalau nak jawab panggilan telefon sebab connection memang stabil. Lagi satu, speaker dan mic memang jelas berkualiti. Based on my own experience, bila kita angkat call menggunakan smart watch ni, kita boleh dengar percakapan pemanggil dengan jelas dan kita dapat berkomunikasi dengan mudah tanpa perlu pegang smartphone macam biasa. Lagi cepat dan mudah!
6. High-Definition Music Playlist
Kieslect Calling Watch Ks mempunyai fungsi untuk mengawal playlist secara terus. Kalau korang suka dengar muzik, fungsi ni sangat berguna kerana korang hanya perlu navigate menerusi smart watch sahaja. Lagi pun, speaker smart watch Kieslect memang padu. Memang layan especially kalau korang tengah drive atau travel.
7. 100 Sports Modes
Untuk korang yang aktif bersukan, Kieslect Calling Watch Ks menawarkan 100 mode sukan untuk dipilih. Antaranya indoor, outdoor, badminton, cycling, yoga dan macam-macam lagi. Korang boleh add apa jua sukan yang korang suka. Pendek kata, korang boleh manage sukan-sukan favorite korang untuk add to list. Lepas ni, kalau nak exercise mudah sikit nak measure performance, berapa kalori yang terbakar, berapa lama yang diperuntukkan dan boleh set target.
Dengan 100 jenis sukan yang ada, korang boleh maksimumkan penggunaan fungsi Pembakaran Kalori yang berlaku sepanjang hari ketika melakukan aktiviti sukan seharian. Kalau tak sempat bersukan, korang boleh Brisk Walk atau tetapkan target untuk count steps untuk sehari. Kebiasaanya, aku tetapkan 10,000 steps sehari. Jadi, tak perlu risau even korang gi shopping atau berjalan di office, setiap langkah dikira. Secara tak langsung, sedikit-sebanyak ia mendorong kita untuk kerap berjalan atau melakukan brisk walk untuk mencapai target harian. At the end of the day, kita akan cenderung untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Di mana nak beli Smart Watch Kieslect?
Mudah sahaja kalau korang nak beli smart watch Kieslect ni. Korang boleh layari aplikasi Shopee dan search Official Selling Platform Kieslet. Nak senang, korang klik sahaja link ni > @kieslect.os
Btw, kalau korang plan nak beli smart watch Kieslect Calling Watch Ks atau Kieslect Lady Calling Watch Lora, korang boleh guna kod diskaun ni untuk penjimatan. Siapa cepat, dia dapat!
KIESLORA
Diskaun RM5 untuk Kieslect Lady Calling Watch Lora Bonus
KIESKS
Diskaun RM10 untuk Kieslect Calling Watch Ks Bonus
Personally, aku rasa harga untuk Kieslect Calling Watch Ks ni sangat berbaloi untuk dimiliki dengan features yang ada. So guys, kalau korang tengah mencari smart watch yang berkualiti pada harga marhain, aku cadangkan korang dapatkan Kieslect Calling Watch Ks atau Kieslect Lady Calling Watch Lora. Pendek kata, korang akan berpuas hati seperti dapat beli smart watch yang berharga beribu-ribu. Worth a buy and high cost performance Value!
Untuk maklumat lanjut tentang Kieslect dan promosi terkini, korang boleh rujuk ke channel rasmi Kieslect.
Kieslect Official
Facebook:
Instagram:
Twitter:
Lemon8:
TikTok:
0 Comments