Cara Booking Tiket Masuk “Super Early Bird” ke Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023

Dengar kata, tiket masuk "Super Early Bird" ke Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 habis terjual. Betul ke? Jangan panik guys! Untuk peminat durian tegar, korang masih lagi berpeluang untuk sama-sama memeriahkan Festival Makan Durian Sepuas Hati 2023. Macam mana? Jom, check it out!


Dalam usaha membawa rakyat Malaysia bersama-sama dengan pelbagai komuniti ekspatriat dan pelancong antarabangsa di negara ini, Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 yang dibawakan khas oleh MAE Maybank2U telah mendapat sokongan yang amat menggalakkan apabila tiket acara 'Super Early Bird' untuk lokasi pertamanya, Komtar Walk Penang telah habis dijual dalam tempoh lima hari pertama selepas pelancaran jualan tiketnya di laman web dan media sosial.


Digelar sebagai festival durian yang terbesar di Malaysia dalam tahun 2023, tapak tiket dalam talian pra-acara telah menerima kunjungan melebihi sejuta kunjungan bukan sahaja daripada netizen di Malaysia, malah juga kunjungan netizen dari negara jiran seperti di Indonesia, Singapura, Thailand, China dan Hong Kong.


Menurut pihak penganjur, festival ini telah dirancang sejak kira-kira setahun lalu di antara Institusi Kewangan Terbesar Malaysia, Maybank Berhad dengan Agro Best Services Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat peruncit dan pengeksport durian premium Malaysia. Dalam promosi ini, mereka telah menawarkan peluang untuk semua peminat durian tegar untuk menjamu selera durian untuk tempoh masa sehingga 60-minit dengan harga serendah RM49.99 untuk tiket warga emas manakala RM59.99 untuk tiket dewasa semasa promosi 'Super Early Bird'.


Untuk setiap pembelian tiket dewasa ataupun warga emas, kemasukan kanak-kanak di bawah adalah percuma!

MAE Pakej Sedappp yang ditawarkan akan menyajikan durian-durian kegemaran rakayat Malaysia seperti durian Kampung Kahwin, D24, D13, IOl dan Udang Merah, manakala untuk Pakej Sedappp Gilerrr, ia akan menyajikan durian Musang King bersama durian-durian campuran seperti Super XO, D13, D99 dan Udang Merah.


Khas untuk penggemar buah durian, untuk setiap pembelian tiket yang dibuat ke acara ini dan 'reshare' kandungan acara yang dibuat di laman sosial Penang Foodie, KL Foodie dan Johor Foodie, netizen akan layak mendapat sebiji (1) durian untuk dibawa pulang. Tawaran in tertakluk kepada 100 orang yang pertama yang menebusya dan sementara stok masih ada.


Pesta Durian in akan diadakan di tiga bandar utama iaitu di KOMTAR Walk, Pulau Pinang, pada 27 & 28 Mei 2023 (Sabtu - Ahad) dikuti dengan Pusat Membeli-Belah IPC, Mutiara Damansara di Klang Valley pada 3 & 4 Jun 2023 (Sabtu - Ahad) dan di The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru pada 1 & 2 Julai 2023 (Sabtu - Ahad).


Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 Oleh MAE Maybank2U

Informasi Acara

Wilayah Utara

Tarikh: 
27 & 28 Mei 2023 (Sabtu & Ahad)

Lokasi: 
Komtar Walk, Georgetown, Pulau Pinang

Sesi: 
7 sesi setiap hari 60 minit untuk setiap sesi

| 12.30 - 1.30pm | 2:00 - 3.00pm | 3.30 - 4.30pm | 5.00 - 6.00pm | 6.30 - 7.30pm |
| 8.00 - 9.00pm | 9.30 - 10.30pm |

[MAE Pakei Sedap]

Early Bird Promotion 
 Dewasa
RM69.99 bersih setiap orang (Harga Biasa : RM89.99 bersih)

Warga Emas
RM59.99 bersih setiap orang Harga Biasa : RM69.99 bersih)

Promosi Eksklusif
Dengan pembelian 2 tiket Dewasa, Percuma 2 tiket kanak-kanak dan 1 tiket warga emas


[MAE Pakej Sedap Gilerrr]

Early Bird Promotion 
Dewasa
RM148.00 bersih setiap orang (Harga Biasa : RM160.00 bersih)

Warga Emas
RM99.00 bersih setiap orang (Harga Biasa : RM99.00 bersih)

Promosi Eksklusif
Dengan Pembelian 4 tiket dewasa, Percuma 4 tiket kanak-kanak & 2 tiket Warga Emas!


Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 Oleh MAE Maybank2U

Informasi Acara

Wilayah Tengah

Tarikh:
3 & 4 Jun 2023 Sabtu & Ahad)

Lokasi: 
Pusat Membeli-Belah IPC, Mutiara Damansara

Sesi: 
7 sesi setiap hari 60 minit untuk setiap sesi

| 12.30 - 1.30pm | 2:00 - 3.00pm | 3.30 - 4.30pm | 5.00 - 6.00pm | 6.30 - 7.30pm |
| 8.00 - 9.00pm | 9.30 - 10.30pm |


[MAE Pakei Sedap]

Promosi Super Early Bird
Dewasa
RM59.99 bersih setiap orang (Harga Biasa : RM89.99 bersih)

Warga Emas
RM49.99 bersih setiap orang (Harga Biasa : RM69.99 bersih)

Promosi Early Bird 
 Dewasa
RM69.99 bersih setiap orang Harga Biasa : RM89.99 bersih)

Warga Emas
RM59.99 bersih setiap orang (Harga Biasa : RM69.99 bersih)

Promosi Eksklusif
Dengan Pembelian 2 tiket orang dewasa, Percuma 2 tiket kanak-kanak dan 1 tiket warga emas


[MAE Pakej Sedap Gilerrr]

Promosi Super Early Bird 
Dewasa
RM128.00 bersih setiap orang (Harga Biasa : RM160.00 bersih)

Warga Emas
RM99.00 bersih setiap orang (Harga Biasa : RM99.00 bersih)

Promosi Early Bird
Dewasa
RM148.00 bersih setiap orang (Harga Biasa : RM160.00 bersih)

Warga Emas
RM99.00 bersih setiap orang (Harga Biasa : RM99.00 bersih)

Promosi Ekslusif
Dengan Pembelian 4 tiket orang dewasa, Percuma 4 tiket kanak-kanak & 2 tiket warga emas


Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 Oleh MAE Maybank2U

Informasi Acara

Wilayah Selatan

Tarikh: 
1 & 2 Julai 2023 (Sabtu & Ahad)

Lokasi: 
The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru

Sesi: 
7 sesi setiap hari 60 minit untuk setiap sesi

| 12.30 - 1.30pm | 2:00 - 3.00pm | 3.30 - 4.30pm | 5.00 - 6.00pm | 6.30 - 7.30pm |
8.00 - 9.00pm 9.30 - 10.30pm

[MAE Pakei Sedap]

Promosi Super Early Bird
Dewasa
RM59.99 bersih setiap orang (Harga Biasa : RM89.99 bersih)

Warga Emas
RM49.99 bersih setiap orang (Harga Biasa : RM69.99 bersih)

Promosi Early Bird 
 Dewasa
RM69.99 bersih setiap orang ( Harga Biasa : RM89.99 bersih)

Warga Emas
RM59.99 bersih setiap orang ( Harga Biasa : RM69.99 bersih)

Promosi Eksklusif
Dengan pembelian 2 tiket dewasa, Percuma 2 tiket kanak-kanak & 1 tiket warga emas


[MAE Pakej Sedap Gilerrr]

Promosi Super Early Bird 
Dewasa
RM128.00 bersih setiap orang (Harga Biasa : RM160.00 bersih)

Warga Emas
RM99.00 bersih setiap orang (Harga Biasa : RM99.00 bersih)

Promosi Early Bird
Dewasa
RM148.00 bersih setiap orang (Harga Biasa : RM160.00 bersih)
 
Warga Emas
RM99.00 bersih setiap orang (Harga Biasa : RM99.00 bersih)

Promosi Eksklusif
Dengan pembelian 4 tike dewasa, Percuma 4 tiket kanak-kanak & 2 tiket warga emas


Tiket acara boleh dibeli daripada platform digital MAE ole Maybank2 di https://emerchant.maybank2u.com.my atau platform lain yang tersedia iaitu tapak e-dagang Agro Best Services di https://www.agrobestservices.com

Untuk maklumat lebih lanjut, lawati laman Facebook Rasmi Agro Best Services Malaysia Sdn Bhd di Agro Best Services ataupun hubungi +601118891007 tau +601188881007.

Post a Comment

1 Comments

  1. Tempat saya ni terkenal dengan durian, tapi harga durian lagi tinggi dari harga diluar negeri. Haha.

    ReplyDelete