Mini Beef Cheese Burger menggunakan Keju Asli Real California Milk

Baru-baru ini, aku berpeluang untuk turut serta dalam Real California Milk Cook-off Challenge. Untuk cabaran kali ini, 10 team berentap yang mana setiap team dianggotai oleh 2 orang peserta. Setiap team perlu menyediakan sekurang-kurangnya satu finger food dan cheese platter menggunakan keju asli dari Real California Milk. Nak tahu apa menu yang kami sediakan? Jom, check it out!


Cook-off Challenge ni adalah platform terbaik untuk kami semua menunjukkan kemahiran memasak masing-masing dan mencipta sajian keju yang menggabungkan aneka keju Real California Milk dengan pelbagai bahan/ramuan masakan. Hasil ciptaan diadili berasaskan penyampaian dan kreativiti yang menampilkan keserbagunaan keju, kelazatan hidangan serta kesenangan menyediakan sajian.


Kami diberi masa selama 1 jam untuk menyediakan hidangan lengkap iaitu cheese platter berserta finger food yang akan menonjolkan penggunaan keju asli dari Real California Milk. Inilah hasil kesemua hidangan daripada 10 team yang bertanding. Team kami adalah Team 3. Macam cook-off challenge tahun lepas, tahun ini pun sparring partner aku adalah orang yang sama iaitu Mawardi.


Mesti ada yang tertanya-tanya, apa menu untuk cheese platter dan finger food kami. Untuk finger food, kami telah sepakat untuk mempertaruhkan Mini Beef Cheese Burger. Jujurnya, ini first time kami buat patty beef burger sendiri. Alhamdulillah, apa yang kami rancang semuanya dapat dilaksanakan dengan baik. Cuma part nak pilih keju tu tricky sikit. Memandangkan ni first time kami try keju asli dari Real California, jadi ambil masa sikit untuk pilih keju mana yang terbaik untuk dipadankan dengan patty beef burger kami. Finally, kami telah pilih Mozarella cheese untuk diletakkan dalam patty beef dan Cheddar Mild cheese untuk diletakkan di atas patty beef. 


Actually, kita boleh menikmati pelbagai jenis keju California seperti Cheddar, Mozzarella, Pepper Jack dan Monterrey Jack. Bagi mereka yang lebih menggemari keju buatan khas, terdapat juga keju biru, keju salai dan keju organik dari California, semuanya dijamin dengan cap dagangan “Real California Milk”. 


Untuk perkongsian kali ini, aku nak share beberapa moments yang sempat dirakam sepanjang cook-off challenge berlangsung sebagai kenang-kenangan. Setiap kali aku join cook-off challenge, setiap kali itu lah aku nervous. Tapi, aku excited untuk join sebab dari situlah aku dapat belajar banyak benda especially dari Chef yang berpengalaman. Memang pengalaman dan kenangan yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit. 


Cabaran utama untuk cook-off challenge adalah time management. 1 jam memang sekejap je bila kita kalut especially nak kena siapkan Mini Beef Cheese Burger dan kena buat cheese platter yang bila orang tengok sedap mata memandang. Cabaran seterusnya adalah untuk memastikan hidangan yang kita sediakan mempunyai rasa yang sedap dan memenuhi citarasa para juri. Memang macam bersilat untuk siapkan hidangan ni. 


RESIPI MINI CHEESE BURGER

Bahan-bahan untuk patty burger
  1. Daging cincang (400g)
  2. Garlic Powder (1 tsp)
  3. Paprika Powder (1 tsp)
  4. Mixed Herbs (1 tsp)
  5. Oregano Leaves (1 tsp)
  6. Blackpepper (1 tsp)
  7. Garam (1/2 tsp)
  8. Seasoning (2 tsp)
  9. Tepung Gandum (1 tsp)
  10. Telur (1 biji)
  11. Real California Milk Mozarella Cheese
Cara penyediaan
  1. Hancurkan daging cincang
  2. Masukkan semua bahan-bahan (2-9) dan gaul sebati
  3. Akhir sekali, masukkan sebiji telur dan gaul sebati
  4. Biarkan patty burger selama 30 minit
  5. Gentel bulat patty burger dan masukkan Real California Milk Mozarella Cheese di tengah-tengah sebelum dimasak
]
Bahan-bahan untuk Mini Beef Cheese Burger
  1. Beef patty
  2. Real California Milk Cheddar Cheese
  3. Salad
  4. Tomato
  5. Telur Puyuh
  6. Sos Special
Cara penyediaan
  1. Grill beef patty tanpa menggunakan minyak untuk elak daripada daging hangit
  2. Guna api perlahan dan sentiasa balik patty burger untuk pastikan masak sekata
  3. Letakkan hirisan Real California Milk Cheddar Cheese di atas permukaan daging burger dan rejiskan sedikit air di tengah permukaan kulai. Tutup kuali seketika untuk pastikan cheese sedikit mencair
  4. Hiriskan mini bun burger, sapukan sedikit butter dan letak sekejap atas permukaan kuali
  5. Sapu sos special di permukaan roti, letakkan daun salad dan hirisan tomato
  6. Letak beef patty yang telah dimasak
  7. Letak sebiji telur puyuh yang sudah dimasak dalam microwave selama 5-10 minit
  8. Letak sedikit sos special dan letakkan roti
  9. Cucuk lidi dari atas permukaan roti sehingga ke bahagian bawah roti mini burger untuk pastikan Mini Beef Cheese Burger stabil untuk platting

Setelah berhempas-pulas selama 1 jam di dapur, inilah hasilnya. Apa komen korang? Personally, kami rasa sangat berpuas hati dengan hasil yang telah berjaya kami hidangkan. Paling happy bila dapat hasilkan Mini Beef Cheese Burger yang juicy, sedap dan tampak eksklusif!


Untuk cheese platter pula, kami gunakan aneka jenis seperti tomato cheery, strawberry, blueberry, mangga, mix-nuts, kepingan ayam dan daging paperoni serta biskut. Tips untuk menghasilkan cheese platter yang menarik adalah dengan meletakkan komponen yang besar dahulu especially kepingan cheese, tomato cherry dan buah-buahan. Last sekali baru penuhkan plate dengan mix-nuts. Satu lagi tips, pastikan warna antara bahan yang disusun secara sebelah-menyebelah adalah mempunyai warna yang kontra. Tips ni aku dapat selepas cook-off challenge hasil pertanyaan kepada Chef yang berpengalaman. 


Selesai sudah tugasan kami, seterusnya tibalah masanya untuk setiap hidangan diadili oleh semua juri professional yang ada. Mula-mula, kami kena present konsep hidangan yang telah kami sediakan. Time ni kita just explain tentang cheese mana yang kita pilih, apa kelebihan hidangan kita dan konsep yang cuba kita ketengahkan. 



Selepas sesi presentation, kami dah lega dan boleh proceed untuk makan tengah hari. Sementara itu, judges meneruskan tugasa mereka untuk mencuba semua hidangan. Untuk kali ini, mereka akan adili dari segi rasa dan keenakan hidangan pula. Pendek kata, hidangan kena cantik dan menarik, dalam masa yang sama mestilah sedap dan memenuhi citarasa para juri. Apakah keputusannya? Nantikan di akhir arikel. Jeng jeng jeng!


Selain cook-off challenge, kami juga diberi pendedahan tentang produk Real California Milk. Real California Milk telah melancarkan rangkaian keju asli mereka di pasaran Malaysia. Sajian berkeju jarang sekali ditolak oleh rakyat Malaysia. Malah, keju boleh dikatakan makanan pembuka selera kegemaran ramai. Kini terdapat lebih banyak produk yang mengandungi keju dan pelbagai pilihan keju di pasaran. Pasaran keju Malaysia diunjurkan bernilai RM1.094 bilion pada 2023 dan dijangka berkembang setiap tahun pada kadar 7.52% (CAGR 2023 - 2027). Personally, aku sendiri memang suka keju. Kalau jumpa makanan yang berasaskan keju, memang excited nak try.


Lembaga Penasihat Susu California (CMAB) yang merupakan lembaga pemasaran pertanian terbesar di California baru-baru ini telah menganjurkan satu acara untuk mendidik pengguna Malaysia tentang keju berkualiti tinggi mereka yang memaparkan cap dagangan Real California Milk. Terdapat pelbagai produk tenusu di bawah portfolio CMAB, yang bukan sahaja terhad kepada keju, susu, yogurt dan ais krim. 


Wakil CMAB di Malaysia iaitu Eddie Saw berkata lebih ramai rakyat Malaysia kini mula menghargai jaminan kualiti produk tenusu California seperti keju dan aiskrim yang memaparkan cap dagangan Real California Milk. Semua keju ini sungguh lazat dan boleh menikmatinya pada bila-bila masa dalam kehidupan seharian. Ramai rakyat Malaysia kini mula menggunakan keju dalam masakan mereka. 

Keju yang berbeza menawarkan kualiti dan fungsi unik yang tersendiri – sekali gusmembuka pelbagai pilihan kulinari menerusi pilihan luas masakan berasaskan keju. Satu perkara penting yang perlu diingat ialah keju yang memaparkan cap dagangan Real California Milk merupakan keju semula jadi asli. Keju kami menggunakan 100% susu sebenar daripada lembu di California dan telah memenangi anugerah di Amerika Syarikat dan juga luar negara.

 Eddie Saw, Wakil CMAB Malaysia


Cook-off Challenge yang membabitkan 20 pempengaruh gaya hidup dan makanan di Malaysia telah diadakan baru-baru ini untuk mengetengahkan kelainan dan kualiti produk tenusu dan keju California, terutamanya yang memaparkan cap dagangan “Real California Milk”. 



Chef Eksekutif Bertauliah Barbara Alexander, yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam dunia Kulinari dan Hospitaliti, telah mencipta empat resipi lazat menggunakan Keju California Sebenar iaitu Blue Cheese Chips, Korean Cheese Dogs, Iced Coffee Cheesecake Cream Puffs dan Buffalo Chicken & Blue Cheese Pizza. Seperti yang dikongsikan oleh Chef Barbara, resipi mudah untuk disediakan ini sangat popular dalam kalangan penduduk Asia, terutamanya untuk dihidangkan di majlis keramaian bersama keluarga dan juga untuk menyediakan sajian segera apabila kesuntukan masa. 


Satu auns keju semula jadi, seperti Cheddar, Jack, atau Mozzarella, mengandungi kira-kira 20% daripada keperluan kalsium harian yang disyorkan bagi seorang dewasa. Mereka yang sensitif kepada laktosa, atau tidak boleh ambil laktosa, masih boleh menikmati keju jika mereka pilih jenis keju keras semula jadi (proses penuaan) atau keju matang lembut, yang mengandungi sedikit atau tiada laktosa.

Chef Eksekutif Bertauliah, Barbara Alexander

 


Selain itu, Chef Barbara juga telah membuat demonstrasi untuk beberapa resipi berasaskan Keju Asli Rea California Milk. Untuk pengetahuan semua, ada 3 jenis keju iaitu Keju Tirauan, Keju Asli dan Keju Proses.

KEJU TIRUAN 
  • Diperbuat daripada susu bukan tenusu 
  • Diperbuat daripada minyak sayur / minyak sawit
KEJU ASLI
Diperbuat daripada susu 100%  seperti REAL CALIFORNIA MILK

KEJU PROSES 
Keju proses yang dihasilkan dengan memanaskan keju asli dan mencampurkan ramuan lain seperti pengemulsi dan pengawet termasuk krim, air, minyak sayur, kanji dadih dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut dan resipi berasaskan keju, korang boleh kunjungi www.realcaliforniamilk.com atau ikuti halaman Facebook @RCM Malaysia


Amerika Syarikat ialah pengeluar susu lembu terbesar di dunia dan California ialah negeri pengeluar susu terbesar dan pengeluar keju kedua terbesar. Kira-kira 50 pengeluar keju menghasilkan lebih daripada 250 jenis keju menggunakan hanya susu California. 

Pengeluar produk tenusu California amat prihatin tentang kesihatan, keselesaan dan keselamatan lembu dan mengutamakan penjagaan haiwan. California mempunyai banyak syarikat tenusu yang moden, canggih dari segi teknologi dan cekap, dengan amalan terbaik dari segi keselesaan dan penjagaan lembu berlandaskan usaha mencipta masa depan yang lebih bersih dan lestari. California merupakan negeri utama di A.S. dari segi pelaksanaan amalan perladangan tenusu yang lestari. 


Keputusan Cook-off Challenge Rela California Milk

Okey, sekarang kita dah sampai di kemuncak program iaitu keputusan Cook-Off Challenge. Berikut merupakan keputusan penuh untuk Top 3 Real California Milk Cheese Platter Cook-off Challenge 

Tempat ke-3
Kelly & Ivy


Tempat ke-2
Mawardi & MoKA


Tempat Pertama
Shamiera & Kak Min


Tahniah kepada semua pemenang dan tak dilupakan kepada semua peserta. We did our best! Sekarang, masing-masing dah jadi pro macam mana nak sedikaan cheese platter. Alhamdulillah untuk peluang dan pengalaman yang diberikan.


Walaupun aku tak pandai sangat memasak dan kurang ilmu dalam bidang kulinari, tetapi passion aku dalam memasak telah membuka jalan untuk aku pergi ke tahap ini. Tak sangka, dulu suka-suka masak dan ambil gambar untuk post di sosial media, sekarang dah start join cook-off challenge untuk cari pengalaman dan timba ilmu pengetahuan dalam bidang kulinari. InshaAllah, kalau ada rezeki dan diberi peluang, aku nak pursue dalam bidang kulinari. Mana tahu kan, di masa akan datang boleh buka cafe sendiri. Berangan itu kan percuma :) Apapun, doakan yang baik-baik semoga segalam impian dan cita-cita kita semua tercapai. Amin

Post a Comment

1 Comments

  1. Tahniah.. serius burger tu sedap. dah macam makan kt kedai dah rasanya. leh buka kedai premium burger dah kita ni hehe

    ReplyDelete