Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur Tawarkan Rawatan untuk Masalah Keguguran Rambut

Rambut ibarat mahkota untuk penampilan diri dan identiti seseorang individu tak kira untuk lelaki mahupun wanita. Memiliki rambut yang lebat sering dikaitkan dengan keremajaan dan kecergasan. Penampilan rambut dengan gaya yang berbeza mampu memberikan penampilan yang berbeza termasuklahi gaya raut wajah kepada seseorang.

Namun, kebelakangan ini kita sering kali mendengar tentang keluhan masalah keguguran rambut yang boleh menjadi igauan ngeri bagi sesetengah orang. Hakikatnya, keguguran rambut merupakan masalah biasa yang sering dihadapi oleh setiap orang. Cuma yang bezanya adalah tahap masalah keguguran rambut yang dihadapi. Kalau dah sampai tahap yang teruk sangat, ia mampu menjejaskan keyakinan diri seseorang untuk keluar berhadapan dengan orang ramai.


Untuk perkongsian kali ini, jom kita rungkai tentang kepentingan memiliki rambut yang sihat, masalah keguguran rambut dan rawatan yang boleh dibuat untuk menghadapi masalah ini.


Masalah Keguguran Rambut

Biasanya, rambut manusia boleh gugur 50-100 helai setiap hari. Jika rambut gugur melebihi 100 helai setiap hari, ada kemungkinan seseorang itu mengalami Alopecia. Alopecia, juga dikenali sebagai kebotakan, merupakan penyakit kulit kepala apabila jumlah rambut yang gugur lebih banyak daripada jumlah rambut yang tumbuh.

Jenis kebotakan yang paling biasa dialami oleh kebanyakan orang adalah alopecia areata yang mana ianya merupakan jenis kebotakan hanya pada titik tertentu di kepala. Keadaan ini boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor, bermula dari faktor genetik, tekanan, hingga penyakit tertentu.

Jika korang risau ianya memberi kesan buruk yang panjang, korang harus berjumpa dengan pakar berkaitan untuk menyelesaikan masalah kebotakan ini.



Rawatan Rambut Gugur Di Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur

Jika korang berada di sekitar Wangsa Maju, Gombak dan Setapak, Kuala Lumpur, aku cadangkan untuk korang ke Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur yang mana ia merupakan sebuah klinik rawatan rambut yang menawarkan pelbagai perkhidmatan terutamanya untuk masalah rambut gugur termasuk rawatan Klinik Kulit, Aesthetik, Rawatan Rambut, Jerawat dan Jeragat.

Bagi korang yang mengalami masalah rambut gugur yang serius, korang boleh cuba rawatan untuk rambut gugur yang sesuai dengan korang seperti rawatan hair regrowth therapy, hair loss therapy dan hair growth therapy yang ditawarkan.

Klinik Dr Bazilah menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan menggunakan teknologi terkini dalam melakukan rawatan rambut. Selain itu, klinik rawatan rambut gugur KL ini juga menawarkan konsultasi percuma sebelum melakukan rawatan supaya dapat mengetahui jenis rawatan yang sesuai untuk masalah rambut setiap individu.

Klinik rawatan rambut gugur Kuala Lumpur yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur ini juga sebenarnya merupakan sebuah klinik rawatan kulit di Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai servis aesthetic dan rawatan kulit termasuklah:

✅Masalah Rambut seperti rambut gugur,
✅Hair Removal,
✅Rawatan Aesthetic,
✅Skin Pigmentation,
✅Rawatan jerawat,
✅Rawatan parut jerawat,
✅Rawatan Kulit - Ekzema, Psoriasis, Allergy,
✅Fungal Infection,
✅Sexual Transmitted Disease - Syphillis, herpes infection, gonorrhea, chlamydia,
✅Minor Surgery - skin tag, wart removal, callus, mole removal, pyogenic granuloma removal.


Jadi, kalau korang tinggal di sekitar Kuala Lumpur terutamanya di kawasan Wangsa Maju, Gombak dan Setapak dan mencari kat mana nak buat rawatan rambut gugur yang murah, mesra muslimah, memiliki reputasi yang baik dan berpengalaman, korang boleh cuba buat Rawatan Rambut Gugur di Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur.

Kesimpulannya, kesihatan rambut adalah penting untuk memastikan penampilan dan identiti terjaga. Keguguran rambut boleh menjadi masalah besar dan boleh memberi impak kepada keyakinan diri seseorang. 

Kalau korang masalah keguguran rambut, boleh cuba dapatkan nasihat profesional dan meneroka pilihan yang tersedia secepat mungkin untuk mencari jalan penyelesaian yang paling berkesan. Dengan rawatan yang betul, kita boleh merawat sebelum terlambat sekaligus mendapatkan semula keyakinan diri untuk tempil lebih gah dan bergaya.



Cawangan Klinik Dr Bazilah

Website: 

Facebook: 

Instagram: 

Temujanji: 

Contact: 
0196571563


Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur
(Klinik Kulit / Aesthetik / Rambut / Jerawat / Jeragat)
Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul, 8, Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur.
Contact: 013-817 7005

Website: 


Klinik Dr Bazilah Bangi
C 10 G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan, Pusat Bandar 5 Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor
Contact: 03-8922 9681 / 0111-590 5931

Klinik Dr Bazilah Shah Alam
R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13, Shah Alam, 40100, Selangor.
Contact: 03-5035 7359

Website: 

Post a Comment

0 Comments