Buffet Ramadan 2024 Bawah RM90? Hanya Di Dewan MBSJ PU7 by Lugar De La Boda, Puchong


Di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat berpuasa dan Salam Ramadan al-Mubarak kepada semua. Mungkin ada yang tercari-cari tempat berbuka puasa yang murah atau lokasi buffet Ramadan yang berbaloi untuk majlis berbuka puasa bersama family atau kawan-kawan. Jadi, aku akan share beberapa lokasi terbaik yang korang boleh pertimbangkan. Untuk perkongsian kali ini, kalau korang mencari bufet Ramadan bawah RM90 di sekitar Selangor, korang boleh buat tempahan di Dewan MBSJ PU7 by Lugar De La Boda, Puchong.


Buffet Ramadhan 2024 Di Dewan MBSJ PU7 by Lugar De La Boda, Puchong 


Antara lokasi buffet Ramadan yang setiap tahun aku akan pergi adalah Lugar De La Boda. Tahun ni agak berbeza sebabnya dah tukar ke lokasi baru iaitu di Dewan MBSJ PU7. Dari segi juadah, aku yakin dan percaya semuanya sedap-sedap. Dikelola oleh pihak Hanana Group, satu jenama yang dipercayai dalam bidang catering, korang akan rasa harga yang dibayar adalah berbaloi dengan hidangan yang dihidangkan. 


Buffet Ramadhan Harga Bawah RM90 Di Selangor

Nikmati 80 Jenis Hidangan & Lebih Dari 12 Gerai Live Cooking Sempena Buffet Ramadhan 2024 Di Dewan MBSJ PU7 by Lugar De La Boda, Puchong. Buat julung kalinya Lugar De La Boda akan bertukar lokasi dari Dewan Lugar De La Boda ke lokasi baru di Dewan MSBJ Puchong Utama7 (Waze : Dewan MSBJ PU7). Ia hanya 1.2 km dari Dewan Lugar De La Boda. Untuk ramadhan kali ini, Lugar De La Boda akan mengadakan buffet ramadhan kali ke-7 di Dewan MSBJ PU7, Puchong.

Pengalaman mereka hampir 20 tahun di dalam bidang ini tak perlu di ragui lagi. Buffet ramadhan harga bawah RM90 di Selangor ini bermula dari 15 Mac 2024 (Jumaat) hingga 7 April 2024 dari 6:30 petang hingga 9:30 malam. Antara kemudahan yang disediakan ialah ruang solat lelaki dan wanita, tandas serta parkir di sekitar kawasan dewan.




Kenapa Perlu Pilih Buffet Ramadhan Di Dewan MSBJ PU7?

Antara sebab kenapa korang perlu berbuka puasa dengan buffet ramadhan di Dewan MSBJ PU7 by Lugar De La Boda Puchong adalah makanan yang dihidangkan memang sedap terutamanya lamb grill yang unlimited. Selain itu, tempat makan di dewan yang berhawa dingin sangat selesa. Jangan risau, parking yang luas memudahkan para pengunjung yang datang. Apa yang lagi best, Hanana Group siap ada perkhidmatan rela untuk mengawal lalu lintas (untuk 300 paxs ke atas).

Actually, kalau korang plan nak buat event atau gathering, tak kira bersama family atau dengan rakan sekerja dan sahabat handai, dewan ini mampu memuatkan sehingga 600 pax dalam satu-satu masa. Set up dia pun grand macam di hotel 5 bintang dengan deretan Gerai makanan di bahagian luar dewan dan meja buffet di dalam dewan. Untuk yang bawa anak kecil, kerusi bayi disediakan tetapi first come, first serve basis. Apa yang aku boleh jamin, pelbagai jenis menu yang disajikan memang menepati citarasa.


Senarai Menu Buffet Ramadhan Di Dewan MSBJ PU7

Antara menu yang bakal dihidangkan di meja buffet ialah Ayam Masak Merah, Ayam Masak Lemak, Daging Paprik, Ikan Goreng Cili Padi, Kupang Goreng Pedas, Lala Masak Halia, Sambal Sotong, Sayur Goreng Campur, Dalca Sayur dan macam-macam lagi. Semua menu ini akan berubah setiap hari.


Seterusnya, terdapat 12 stall makanan dan 'live cooking' yang korang wajib cuba :
  • Lamb grill live : menghidangkan kambing grill hanana bersama coleslow dan sos black pepper'
  • Special stall : live kuih badak berendam & juga kuih onde2
  • Noodles : mee kari chinese style/mee bandung/mee rebus /soto /bihun sup
  • Stall Aiskrim



Personally, setiap tahun aku datang berbuka puasa di Lugar De La Boda ni, antara menu yang mesti aku ambil adalah kambing grill dan soto. Macam-macam menu lain lagi yang ada, tapi 2 menu ni antara menu favorite aku bila datang berbuka puasa di sini.

Korang juga bakal merasai pelbagai hidangan di stall lain seperti Teppanyaki Counter, Char Kuew Toew, Roti John, Dim Sum, Air Balang 'Night Market Style', ABC Counter dan beberapa menu lain. Selain itu, meja buffet, anda bakal menikmati pencuci mulut seperti bubur of the day, buah- buahan tempatan, kuih-muih melayu, pelbagai jenis kek dan beberapa hidangan lain.




Memandangkan lokasi bufet Ramadan Lugar De La Boda untuk tahun 2024 ni agak berbeza, jangan risau. Dari segi perking dan fasiliti lain seperti tandas dan surau pun ada. Untuk lelaki, ruang solat disediakan manakan untuk perempuan disediakan surau. 



Harga Buffet Ramadhan Dewan MSBJ PU7 by Lugar De La Boda

Dewasa
RM85 (Seorang)

Kanak-Kanak (Bawah 11 Tahun)
RM49 (Seorang)

Warga Emas (60 Tahun Ke Atas)
RM49 (Seorang)

Special Price : 10 Pax RM 75 Seorang ( Dalam 1 Resit Rm750 Sahaja)

* Percuma Kepada Sesiapa Yang Hari Lahirnya Jatuh Pada Hari Tersebut. (Sila Tunjukan Kad Pengenalan Ketika Pendaftaran)

Untuk tempahan buffet ramadhan Puchong 2024 di Dewan MSBJ PU7 by Lugar De La Boda, anda boleh ke link ini : https://buffetramadhanputrajaya.onpay.my/order/form/buffetramadhanmbsj2024 , atau sila hubungi

Zuraini - 0163111074 
Liana - 016-4318434
 Shaidatul - 0166700473 
Kak Lin – 017-2345297


Untuk maklumat lanjut, korang boleh kunjungi website atau laman sosial media Hanana Group

Website

TikTok:


Hashtag :
#buffetramadhan #iftarramadhan #bukapuasa #ramadhan #buffetramadhan #buffetramadhan2024 #buffetlugardelaboda #ramadhantiba
#buffetramadan #buffetramadhanpuchong #buffetramadhanhanana #iftarramadhan #iftar #ramadhanditiktokshopping #ramadhantiba

Post a Comment

0 Comments