Kafe 28 Studio KL, Taman Setapak Indah

Kafe 28 Studio KL merupakan sebuah kafe yang tampil dengan konsep menarik iaitu menggabungkan seni, kopi dan komuniti di bawah satu bumbung dengan ruang yang estetik dan penuh inspirasi. 


Tanggal 20 April 2025 merupakan detik bersejarah bila Kuala Lumpur kini mempunyai satu lagi destinasi wajib singgah dengan perasmian Kafe 28 Studio KL. Bertapak di 9-1, Jalan 24/6, Taman Setapak Indah, kafe ini memperkenalkan satu konsep baharu yang menggabungkan bukan sahaja suasana estetik, malah mereka menyediakan ruang komuniti berskala kecil dan studio foto layan diri. Secara rasminya, ia telah beroperasi setiap hari dari jam 12 tengah hari sehingga 1 pagi.


Sempena majlis perasmian pembukaan Kafe 28 Studio KL ini, ia telah dihadiri oleh ramai jemputan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang antaranya penggemar kopi artisan, penggiat media sosial, rakan media, dan turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti tempatan


Kombinasi antara seni, kopi berkualiti dan suasana mesra menjadikan 28 Studio KL bukan sekadar sebuah kafe, malah ianya adalah ruang yang membangkitkan inspirasi serta mendukung interaksi yang bermakna. 


Siapa sangka, kafe yang unik ini diasaskan oleh anak muda yang berusia 28 tahun iaitu Qistina Batrisyia Binti Ahmad Nizam. 28 Studio KL telah ditubuhkan dengan tujuan untuk menjadi sebuah kafe yang selesa dan menarik, especially untuk para pelanggan yang ingin menikmati suasana yang chill & relax, lokasi ideal untuk gathering bersama family atau kawan-kawan bagi mengeratkan hubungan, dan sekaligus mencipta kenangan. 


28 Studio KL ialah kafe yang lahir daripada impian yang kini menjadi kenyataan. Ia dicipta sebagai ruang untuk orang ramai berhubung, berkongsi momen, dan menikmati 
secawan kopi yang disediakan dengan penuh perhatian. ‘28’ membawa makna permulaan baharu bagi saya dan ayah, dan saya berharap ia turut menjadi sumber inspirasi kepada setiap pelanggan yang melangkah masuk. 
Qistina


Menariknya, keseluruhan interior kafe ini telah direka oleh ayah Qistina sendiri, Ahmad Nizam Mansjur, yang juga pemilik syarikat Kayuk Sdn Bhd iaitu syarikat yang terkenal dengan kerja-kerja interior design. Seluruh ruang kafe ini menampilkan elemen kayu, pencahayaan semula jadi dan estetika moden yang membangkitkan rasa intimasi yang menenangkan jiwa. 


Sempena pembukaan rasmi, 100 pelanggan pertama berpeluang untuk turut serta memutar papan roda sekaligus berpeluang memenangi hadiah misteri eksklusif, sebagai satu bentuk penghargaan kepada komuniti yang hadir tanda memberi sokongan. 

Antara yang turut hadir memeriahkan majlis perembukan Kafe 28 Studio KL adalah beberapa nama yang dikenali dalam dunia seni visual dan media sosial. Antaranya pelukis kontemporari seperti Univorso, PocketQa, SITIS, Arif Khan dan Nazrul Jalil yang karya mereka menghiasi dinding-dinding kafe, menjadikannya seperti galeri mini yang hidup. Para tetamu juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar di sudut khas bertemakan semangat permulaan baharu, yang selari dengan visi 28 Studio KL. 

Pelancaran ini turut menerima kehadiran rakan strategik, Dzili Empire, yang memainkan peranan penting dalam pemasaran dan pembangunan jenama 28 Studio KL. 


Kami sangat bangga dapat menyokong projek yang bukan saja cantik secara visual, tetapi mempunyai nilai komuniti yang kuat
Dzili


Untuk korang yang merancang untuk berkunjung ke Kafe 28 Studio KL, ini antara menu minuman yang wajib korang cuba. Antaranya Matcha Pinkzz (Strawberry Matcha) yang menjadi pilihan utama. 

28 Studio KL bukan hanya destinasi santai, tetapi juga ruang yang boleh ditempah untuk pelbagai acara kecil; termasuk studio layan diri dan ‘28 Den’ untuk sesi eksklusif. 

Untuk pengetahuan semua, Kafe ini adalah mesra kanak-kanak, menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur. 



Dengan pelancaran rasmi 28 Studio KL yang memperkenalkan konsep ruang santai yang menggabungkan elemen seni, kopi dan komuniti; ia menjadikan ia berbeza dengan kafe-kafe yang lain. Semestinya, kunjungan ke sini akan memberikan satu pengalaman baru yang istimewa dan ia lebih daripada sekadar minum kopi. 


Untuk maklumat lanjut mengenai 28 Studio KL, ikuti akaun media sosial rasmi mereka @28studioKL di Instagram dan TikTok. 

Post a Comment

0 Comments